CHAPTER 16
Hujung minggu pun tiba, akhirnya waktu yang dinantikan, Lana ditemani Liana dan Mathias dapat pelepasan untuk keluar dari kawasan akademi. Kebetulan hari itu juga adalah hari outing buat mereka semua. Di bawa dengan uber, mereka bertiga menuju ke Pekan Almar dimana pertandingan bakal diadakan. Memang dah bersiap awal hari itu, Mathias orang pertama yang muncul di depan pintu asrama pelajar perempuan.
Masing-masing mengenakan dress dan suit serta kot labuh, mereka bertiga keluar dari kenderaan itu dengan serentak. Bila mereka berdiri menghadap pintu masuk bangunan seperti kubah okestra London, mulut mereka ternganga kerana kagum melihat infrastruktur tempat itu.
    "Kau sure kau dah bawa semuanya?"tanya Liana.
    "Dah."
    "Pass pertandingan?Borang jemputan?Soft copy dan hard copy?"Liana tunduk memegang beg tangan Lana.
    "Iya...dah. Semua ada. Jangan la gelabah. kau ni mengalahkan aku pulak."sambil merangkul lengan Liana, Lana ketawa. Lucu lihat sikap risau Liana itu.
    "Tunggu apa lagi. Jom la kita masuk. Aku harap kau yang menang."ajak Mathias di sebelah Liana.
     "Kyaa!Aku pulak yang terlebih excited!"lari Liana setempat di situ.
Seluruh tempat itu sibuk dengan para peserta. Tempat duduk khas untuk penonton juga telah penuh diduduki. Meja dimana para juri berada di sebelah kanan pentas. Deretan piala dan pingat tersusun kemas pada kiri penjuru atas pentas.
Pengacara program dengan rancak dan bersemangat menyampaikan ucapannya. Kata-kata pembukanya cukup jelas untuk menarik perhatian mereka yang hadirkan diri pada hari itu. Sampaikan semua bertepuk tangan kuat setelah ucapan itu selesai.
Kemudiannya di ikuti dengan persembahan kugiran dan band.
Sangat meriah. Itulah suasana yang dapat digambarkan waktu itu, Kerana para penonton ikut sama menyanyi dan bersorak apabila artis dan tetamu jemputan membuat persembahan.
Sehinggalah tiba masa untuk memaklumkan para pemenang pertandingan. Memang berdebar saat menanti keputusan itu. Hal ini kerana sebelum pemenang di wara-warakan, hasil ciptaan setiap peserta bakal di bentangkan berserta dengan pereka cipta mereka.
     "Lepas ni mesti kau kan Lana?"soal Mathias dekat sebelah tidak sabar. Kepalanya sudah lenguh menjenguk leher menanti giliran nama Lana dipanggil.
      "Mungkin.."senyum Lana.
Liana dekat sebelah hanya saksikan setiap lagu dan muzik yang dimainkan dalam skrin Utama atas pentas tu. Dia tertarik sebab ramai rupa-rupanya composer dan artis yang dapat mencipta lagu yang menarik. Mereka semua muda-muda lagi tu! Kagum dia!
      "Dan kita persilakan peserta terakhir kita yang telah banyak menangkap perhatian serta hati juri yang menilai hasil karyanya. Yang bertajuk, 'Blue Fireflies'."
      "Oh my god!Itu kau punya kan?"bisik Mathias saat pegang tangan Lana dengan erat.
Sementara itu Lana genggam tangan Liana di sebelahnya. Dia pandang ke depan bersedia hendak bangun apabila lagunya mula dimainkan. Hasil yang dia kerah selama dua minggu tanpa rehat dan atas bantuan Liana. Akhirnya!
      "Perkenalkan kepada semua peserta bagi pemenang pertandingan ini Miley Helena..."
Seperti guruh berdentum, Liana, Lana dan Mathias dekat seat belakang berdiri dengan serentak. Senyuman di bibir memudar. Memandang terkejut ke arah pentas apabila seorang gadis berjalan naik mendapatkan hadiah tempat pertama. Mereka semua dumbfounded dengan apa yang baru disaksikan oleh mereka.
Liana sudah ternganga.
Lana pula menekup mulut dengan kedua-dua tangan. Wajahnya pucat lesi.
      "Apa semua ni?"soal Mathias begitu tercengang. "Kenapa nama orang lain pulak?"dia pandang akan Lana di sampingnya. "Siapa perempuan tu?Last time aku dengar itu lagu yang kau ciptakan?"
      "Aku tak tahu.."geleng Lana dengan air mata bergenangan di kelopak matanya.
     "Kau sure ke kau hantar betul-betul kau punya bahan Lana?"Liana pusingkan badan Lana menghadapnya. "Cakap dekat aku.."
     Cepat-cepat Lana menggeleng kepala. "Aku tak tahu...aku cuma hantar ikut email yang dia orang bagi dekat aku..lepas tu aku tak tahu.."nangisnya tersedu sedan.
Tak guna betul!Rahang Liana berketik!
      "Tak boleh jadi ni!Ini semua penipuan!"lafaz Liana dengan berang. Dia keluar dari tempat duduk penonton untuk ke belakang pentas. Dia perlu berjumpa dengan pengurus program sampah ni!
      "Kau nak ke mana Lia!"panggil Mathias.
Liana tidak hiraukan panggilan itu. Dia hanya jalan mencelah manusia yang ramai di situ sehinggalah tiba di belakang pentas. Habis semua kru dia tegur semata nak cari siapa pengurus program tu.
Selepas 5 minit pencarian, akhirnya dia tiba di booth tempat dimana pengurus dan beberapa orang ahli jawatankuasa berkumpul.
      "Encik pengurus!"panggil Liana bila berdiri di depan lelaki berkepala botak di antara ramai-ramai orang di situ.
      Tersentak lelaki tu bila dipanggil begitu. Senyuman di bibirnya ikut memudar sebaik bertentang mata dengan gadis yang berwajah marah itu. "Ya?Siapa kamu ni?"
Beberapa orang staf yang berdekatan mula berhenti dari bercakap apalagi melakukan kerja. mereka semua terarah pada pengurus mereka di situ.
      "Apa semua ni hah?Guna karya orang lain atas nama orang lain?program jenis apa ni!"marah Liana sambil tunding jari ke arah pentas.
      "Apa kamu merepekkan ni?"
      Mata Liana melirik ke kanan apabila perasan ada kelibat gadis berambut perang muncul di situ dengan pingat dan cek. "Ini...apa semua ni!Siapa perempuan tak guna ni?Kenapa dia guna hasil karya kawan saya!?"marahnya.
Semua disitu menahan nafas terkejut, mereka terkebil-kebil bingung.
       "Apa ni main tuduh-tuduh?"kerut gadis bernama Miley itu kepada Liana saat berdiri di samping pengurus tersebut.
      "Kau diam!Sebelum penumbuk aku hinggap dekat muka karat kau tu!"marah Liana tidak semena memandang bengang ke gadis tersebut.
       "Cik!Bawa bertenang. Jangan begini."minta pengurus yang sememangnya tidak tahu menahu apa yang berlaku. "Cuba jelaskan dulu. Benda boleh bincangkan... kenapa perlu guna kekerasan.."
       "Hei cakap tu elok sikit ya. Kau tahu tak kau tengah bercakap dengan siapa sekarang ni?"marah gadis itu kepada Liana tidak semena.
       Liana dengan laju memandang penampilan serba mewah dan kaya perempuan karat di depannya itu. Pandai la bercakap!"Memangnya kau siapa hah!Sampai berani-berani nak ambil hasil karya kawan aku kemudian mengaku itu kau punya. Kepala otak kau!"makinya dengan lantang.
       "Siapa yang kau cuba tuduh hah. Aku adalah anak kepada Mayor Bandar ni... jangan sesuka nak menuduh kalau tak ada bukti!Dasar perempuan gila!"
       Berderau darah Liana bila dengar perempuan tu bercakap. Dia yang memang jenis cepat hilang sabar pun apalagi. "Siapa yang kau panggil gila hah!Aku ke kau yang rampas hasil karya orang kemudian mengaku tu idea kau! Jangan harap aku akan biarkan hal ni! Aku akan beritahu dekat orang luar sana, anak kepada mayor bandar ni adalah penipu!"beritahunya semasa berpusing ke arah tangga hendak naik ke pentas.
Memang tidak la dia nak biarkan aje macam tu!
Gadis bernama Miley itu membutang mata penuh ketakutan. Dia pandang Liana yang sudah berada di atas tangga belakang pentas tu cepat-cepat berlari hendak mengejar langkah Liana.
      "Jangan!"arah gadis itu semasa pegang rambut Liana lalu merentapnya dengan kuat hingga menyebabkan Liana hilang keseimbangan.
      "Argh!"jerit Liana saat dia bergerak ke belakang hendak terjatuh. Dia cuba pegang sesuatu untuk dipegang. Tapi tidak sempat apabila dia berguling ke belakang sebelum jatuh dari tangga tu.
       "LIA!"
Barulah Lana dan Mathias muncul. Dua orang itu berlari ke arah Liana sebelum mendapatkan rakan mereka.
Share this novel