CHAPTER 66
Puteri Aria meletakkan napkin di atas dia mengerling ke arah Permaisuri Johenah. "Apa yang bonda lakukan sejak tadi?Sampai anakanda siap makan bonda masih tekun membelek skrin ipad tu?"
Permaisuri Johenah mengangguk kepala. "Bonda sedang membaca profile calon bakal isteri kekanda Ares kamu.."beritahu sambil scroll skrin ipad tu.
Kening Puteri Aria terjungkit. "Sekali lagi?"soal dia. Membayangkan sikap abangnya yang aneh itu, dia yakin sekalipun 100 calon datang menemui lelaki tu tiada seorang pun bakal diterima oleh Ares tidak kira apa sekalipun sebabnya. Bukan setakat akan menyusahkan calon-calon tu, Ares mungkin akan menyakiti hati mereka dengan hanya sepatah perkataan sahaja. "Sebaiknya bonda batalkan saja rancangan bonda itu.."
Permaisuri Johenah tersentak. Dia mengangkat kepalanya memandang Puteri Aria di sofa satu seat di tepi sofa di mana dia sedang berada. "Kenapa anakanda berkata begitu?"
Duh!Obviously!Demi menjaga air muka semua calon-calon tu nanti. Kalau mereka nak jadi pasangan abang sulungnya, mereka pertama sekali perlu menepati citarasa cerewet Ares. Seperti ayahanda mereka berdua, Ares mempunyai kecenderungan untuk menyukai sesuatu atau seseorang yang betul-betul dia mahukan. Selagi Ares tidak mahu selagi tu Ares tidak pandang atau pedulikan sesuatu tu atau seseorang tu. Basic knowledge!
"Kekanda Ares tidak akan menerima mana-mana calon yang bonda tetapkan... anakanda rasa bonda lebih tahu sikap kekanda Ares bagaimana kan?"Puteri Aria pandang funny ke Permaisuri Johenah.
Terkedu waktu itu. Permaisuri Johenah jadi sentap kerana teringatkan hal yang disampaikan oleh Ares kepadanya beberapa minggu yang lepas. Anakanda sulungnya itu nekad hendak protes semua permintaan dan kata-kata dia. Semuanya kerana tidak dapat bersama dengan gadis bernama Liana Florence tu. Bukannya dia mahu menolak, tapi bila difikirkan semula dia rasa kekok dan tidak senang mengenangkan latar belakang Liana adalah anak kepada cinta pertama dia?Andai kata mereka bertemu semula satu hari, macam mana dia nak handle!?
"Tidak mengapalah, awal-awal berkenalan la dulu.."ujarnya perlahan.
"Ikut suka bonda la...anakanda dah beritahu awal mengenainya. Jangan sampai bila kekanda Ares bertemu dengan mereka dan semua calon itu mengadu mengenai tindakan kekanda Ares kepada mereka, baru bonda hendak menyesal..."Puteri Aria bangun dari situ. "Anakanda minta diri dulu. Ada latihan recitation yang perlu anakanda jalankan. Bonda tak apa kan tinggal di sini sendiri?" pamitnya.
"Ya..tidak mengapa. Kamu boleh beransur pergi."
Puteri Aria memberi tundukkan kecil sebelum berpaling dari situ.
Keluar sahaja Puteri Aria dari ruangan persendirian permaisuri, dia atur langkahnya menyusuri koridor sebelah kiri. Biasanya dia guna tangga sayap utara sebab lebih hampir ,tapi hari ini dia nak ambil angin sekejap, jadi jalan jauh pilihan dia.
Kebetulan, pada masa Puteri Aria mahu membelok, Jeremiah keluar dari pintu bilik bacaan Putera Mahkota Ares bersama dua orang maid. Dua orang itu sedang menatang dua buah dulang yang terisi dengan makanan. Dan bila dia mendekat baru Puteri Aria Nampak dengan jelas.
Serentak mereka bertiga tunduk memberi hormat kepada Puteri Aria sebaik bertembung dengan gadis tersebut.
"Selamat sejahtera Puteri Aria."tunduk mereka.
"Hm.."angguk Puteri Aria dengan kecil menyambut sapaan mereka acuh tak acuh kerana waktu itu dia mengerling ke makanan yang tidak tersentuh sedikit pun dalam pinggan di dulang depannya. "Ares tak nak makan lagi?"tanya dia menjadi hairan.
Jeremiah yang tunduk memandang ke lantai mengangguk kepala. "Ya tuan puteri."
"Kenapa?"
Jeremiah mengetap bibir seketika cuba menyusun ayat. "Tuanku berada dalam mood yang tidak baik sejak beberapa hari kebelakangan. Jadi selera makan tuanku sedikit terganggu."jelasnya dengan cermat.
Kening kanan Puteri Aria terangkat tinggi. Dia menyilangkan tangan berasa curiga dengan keadaan yang sudah berlanjutan lama. Oh really??Kalau macam tu kenapa dia berasa something shady tersembunyi dekat sini?
"Hari tu sakit...kemudian tak sedap perut...dekat akademi naik angin macam kena rasuk hantu...kali ni tiada mood. Memangnya kamu fikir saya ni apa?lembab sangat sampai tak boleh nak tangkap apa yang berlaku ke?Ada sesuatu dah berlaku kan?!Mana dia?" Puteri Aria terus rampas dulang berisi makanan dari maid depannya lalu tolak pintu bilik tu dengan tangan sebelah lagi.
"Tuan puteri!"panggil Jeremiah dengan kalut di belakang apabila gadis remaja itu berjalan masuk ke bilik itu dengan lekas.
Puteri Aria pandang tak percaya lepas tengok depan mata dia waktu itu. "Apa yang dah berlaku ni?"tanya dia sambil melihat sekeliling bilik itu yang kelihatan tidak terurus dan penuh dengan helaian kertas dan buku yang terbuka sana sini, gitar tergeletak sepi dekat atas permaidani ruang tengah tu. Lalu Ares terbaring di atas sofa dengan lengan di atas mata. "Ares!"panggilnya semasa mendekat.
Ares yang hanya mengenakan kemeja hitam tidak berbutang kemas dan lengan Panjang kemeja tu dibiarkan lepas tidak dilipat mahupun di kancing.
"Apa dah berlaku dekat kau ni?"tanya Puteri Aria semasa menyepak sedikit buku dan sepah yang ada di sekitar sofa tu supaya dia dapat lalu. Lalu meja bujur di tepi sofa yang penuh dengan barang dia biarkan dan meletakkan dulang makanan tadi ke atas helaian kertas di situ. "Hei..bangun cepat."arahnya menepuk dada Ares.
Tidak bergerak.
Apa yang dah berlaku pada Ares ni?Dah tak ubah macam orang putus cinta pun ada. Eh..sekejap!Putus cinta huh?Sejak hari lahir Ares hari tu sejak tu abang dia tidak keluar ke istana masuk ke hutan?Dan sejak itu abang dia mula berkelakuan aneh? Puteri Aria buat muka semasa pandang ke Ares. Ahh!I see...I see! Siapakah gadis bertuah yang dah buat abang jiwa batu dia ni frust menonggeng begini?
"Ares.."panggil Aria lagi saat pegang lengan yang menutupi mata tu.
Dengan longlai lengan tu jatuh ke tepi. Mendedahkan wajah letih Ares waktu itu.
Tergamam Puteri Aria lepas nampak. Siang tadi bukan main hebat lagi naik angin. Balik istana lembik dah macam orang puasa seharian tak makan apa-apa.
"Kau nak apa?"
"Kau tu dah kenapa? Sakit jumpa doktor...tak nak makan minum air, tak selera nak makan, ambil vitamin..."pandang Puteri Aria ke mata terpejam tu.
Untuk seketika Ares hanya diam memejamkan mata.
"Kau tahu berlapar takkan dapat bantu kau apa-apa?Be a man can you?"keluh Puteri Aria semasa capai gelas berisi jus oren yang masih sejuk itu.
"Get lost Aria!"arah Putera Mahkota Ares dengan lemah. Suara itu pun tenggelam timbul.
"Not until you tell me..who make you like this?"sengih Puteri Aria berasa lucu bila tengok abang dia yang sentiasa tough dan hebat ini lemah begini. Kalau rakyat jelata mesti jadi bahan setahun. "Beritahu aku sekarang."
Barulah Ares membuka mata. Dengan lemah tiada tenaga dia turunkan tatapannya ke Puteri Aria di sebelahnya atas sofa tu. "Kau nak gelakkan aku la ni?Kalau ya..berhambus. Aku tak ada tenaga nak melayan kau!"
Slap!
Satu tamparan hinggap di perut rata lagikan berotot Ares tu.
"Hei tak guna!Aku cuba nak tolong kau dekat sini. Jangan nak berlagak sangat boleh tak?!"
"What ever!"
Puteri Aria menjuling mata menyampah. "Kalau ayahanda tahu keadaan kau macam ni ayahanda boleh naik murka tahu tak. At least minum la sikit kalau kau nak mogok ke apa... dah berapa hari kau tak makan apa-apa ni?"
Ares tidak mengatakan apa-apa. Lelaki itu kembali memejamkan mata.
"Hish!"
"Keluar aje la Aria. Aku tak ada mood nak hadap kerenah kau.."
"Macam mana aku nak keluar bila tengok keadaan kau macam ni?Kau tahu tak bonda tengah carikan kau jodoh sekarang ni?Kau lembik-lembik bukannya boleh bawak ke mana...bangun sekarang. Makan!"lengan Ares di goncang kuat.
Ares melepaskan hela nafas yang panjang. Dengan letih dia bangunkan dirinya dari baringnya lalu mencapai gelas yang Puteri Aria pegang. Tanpa berlengah dia terus teguk minuman tu hingga gelas tu kosong.
Kuasa anak bongsu!Kalau bab memaksa memang juara!Ahaks!
"Hah. Kan elok macam ni."Puteri Aria capai gelas yang telah kosong tu lalu diletakkan semula dalam dulang.
"Sekarang keluar."arah Putera Mahkota Ares memandang bosan akan Puteri Aria.
Puteri Aria buat muka. Dasar lelaki menjengkelkan!
"Kau sure tak nak cerita dekat aku apa-apa?"
"Kau budak-budak lagi. Duduk diam-diam. Ni masalah orang besar." Putera Mahkota Ares tolak Puteri Aria supaya adiknya itu bangun dari situ.
"Tapi aku-"
Putera Mahkota Ares kembali baring di atas sofa tu sambil lambai tangan menghalau Puteri Aria.
Dengan menggerutu jengkel Puteri Aria terpaksa bangun. Dia pandang abangnya yang sedang baring itu. Dah kenapa sikap lama Ares muncul balik ni? "Fine!Suka hati kau situ. Kalau kau sakit ke apa ..memang aku tolong gelakkan aje nanti!"kakinya dihentak geram sewaktu berpaling ke arah pintu dan keluar dari situ marah-marah.
Share this novel