Gitar Hitam

Fantasy Series 6003

CHAPTER 63

Hah!

Lega.

Liana lepaskan hela nafas panjangnya semasa masukkan kunci pada tombol pintu biliknya. Sambil pegang beg violin di tangan di tolak pintu itu ke dalam dan melangkah masuk sambil tunduk memandang kaki kerana hendak menanggalkan kasut sebaik saja masuk ke situ.

Akhirnya selepas hari yang panjang tamat jugak sesi latihan dan kelas dia. Penat dia bukan dekat situ tapi dekat Lana. Kawan baiknya itu tidak habis-habis bertanya tentang Seth dan Ares. Terlalu terkejut dengan kenyataan yang sebenarnya dua orang itu adalah sepupu.

Nak tak nak Reeya terpaksa jugak jelaskan semuanya dari awal. Termasuk la bahagian dimana Permaisuri Johenah bantah hubungan dia bersama Ares. Lana menjadi Lana rakan baiknya itu beri reaksi terover sedih dan marah mengalahkan dirinya.

Tepat jam 6 petang mereka semua telah bubar untuk pulang ke dorm masing-masing. Bersiap untuk makan malam pula nanti.

Klik.

Pintu di tutup lalu selak kunci di tolak ke tepi semasa kasutnya di tanggalkan. Selesai menyusun kasut di rak sebelah pintu barulah dia berpusing. Sekali tu...amik kau!

KEDEBUK!

Jatuh casing violin tu ke lantai sebab Liana begitu terkejut bila lihat lelaki bersuit biru sedang duduk bersila sebelah kaki memegang gitar hitam miliknya. Untuk beberapa saat dia hanya berdiri dekat depan pintu tu. Cuba nak pastikan apa yang dia lihat adalah nyata bukan ilusi gara-gara angau rindu dia pada jejaka bernama Ares!

         "Macam mana awak boleh masuk ke dalam bilik saya ni?"tanya Liana dengan perlahan.

Dring!

         "Aku boleh berada dekat mana-mana ruang di dalam akademi ni begitu aje. Termasuk bilik kau."

         Liana mengedipkan mata. Dia fikirkan Ares sudahpun pulang semula ke istana lama. Tak sangka pulak lelaki itu berada dalam biliknya. "Sejak bila awak ada dekat sini?"

Dring!

         Jari runcing Ares bergerak sepanjang tali gitar tu. "That's it huh?Acting like we didn't know each other?"

Liana kejung di situ. Dia lirik setiap pergerakkan Ares. Lelaki itu gerak mengangkat kepala lalu memandang tepat ke arahnya. Dan bila hal itu terjadi, Ares turunkan kaki dari katil tu dan meletakkan gitar hitam tadi di tempat asal semula.

        "Baik awak keluar. Sebelum sesiapa sedar awak ada di dalam bilik saya Ares." gelabah Liana bila Ares bergerak. Jangan dekat pada dia sudah!Bahaya nanti!Sudahlah dia sedang rindukan Ares, kalau lelaki tu sentuh dia, rasanya dia takkan dapat lepaskan Ares lagi!Peduli la Permaisuri Johenah murka ke tidak nanti!

          Dengan letih Ares meraup wajahnya dengan kedua-dua tapak tangan. Sebelum menekupnya apabila kedua-dua tangan dia itu di tegakkan atas kaki. "Aku tahu kau sedih dan marah dengan keputusan tiba-tiba kita break up...but I'm swear to you!I love you till it make me in so much pain!"lafaznya.

Kalau Ares rasa begitu, bagaimana dengan dirinya ni?Siang malam menangis. Makan tidak kenyang, tidur pun tidak lena!Liana mengetap bibir dengan erat.

Dalam keadaan terketar-ketar, Liana tunduk mengutip beg violin yang terjatuh tadi sebelum gerak ke meja belajarnya, violin itu diletakkan atas meja. Lalu dia berdiri di situ membelakangkan Ares. Tidak bergerak. Tak tahu nak buat apa. Takut satu hal. Gembira satu hal. Sedih pun satu hal!

          Sambil dia berkata, Liana pun berpusing semula ke arah katilnya. "Ares...saya minta awak untuk keluar dari-"tapi kata-katanya terhenti setelah lihat Ares sudahpun rebah di atas katil. Ya Tuhanku! "Awak.."dia lari ke arah katil sebelum melutut di tepi tu mendapatkan Ares. "Awak..kenapa ni?"tubuh Ares di goyang cemas. "Mana Jeremiah?Pengawal awak..?" tanya Liana lagi saat mahu bangun dari situ hendak ke arah pintu.

Waktu itulah Ares angkat tangan, dia capai pergelangan tangan Liana sebelum menarik Liana pada masa yang sama dia duduk tegak semula

Flop!

          Terduduk Liana atas riba Ares sesaat kemudian. Dengan mata terbutang luas, dia pandang muka Ares yang waktu itu begitu hampir dengan hujung hidung dia. "A-Ares, saya-"
belum sempat dia menuturkan kata-kata, bibirnya di pagut dengan bibir Ares.

Ares memegang tepi kepala Liana untuk menghalang Liana dari bergerak sebelum tangan tangan sebelahnya melingkar ke sekeliling pinggang tu.

        "Ares!Hentikannya.."minta Liana semasa menepuk perlahan bahu tu. "Kita tak boleh-"

Ares mendiamkan Liana dengan dengan mendalamkan kucupan ke bibir itu.

Selepas beberapa minit berlalu, barulah Ares menjauhkan wajahnya. Namun tangan dia masih memeluk sekeliling pinggang tu.

Dalam keadaan bingung tidak mengedipkan matanya Liana pandang wajah Ares dalam keadaan panas di leher dan wajahnya.Nafasnya tercungap perlahan cuba hendak cari Udara selepas seketika tidak bernafas dengan betul dibuat tindakan Ares tadi. Apa yang-

        "Get back semula pada aku ya.."minta Ares di depan wajah Liana. "Salah aku bonda murka dah hantar surat amaran tu pada kau..yang mana bukan persetujuan aku untuk lakukannya."tangan Liana dicapai lalu disemat kemas ke celah jari jemarinya.

Kalau Ares bijak, Ares sepatutnya mengatakan hal tersebut ketika bersama dengan dia. Bukan seorang diri. Jadi tak adalah Ares rasa sesakit ni.

Liana pandang Ares dengan kening berkerut hendak menangis. Dia bawa tangannya naik memegang tepi kanan muka Ares sebelum di usap dengan ibu jarinya. Dia pun hendak lakukan hal yang sama....tapi Ares lebih tahu tentang hal ni sekiranya mereka bertemu semula dan hal ini ketahuan....

         "Awak tahu kita tak boleh...kalau bonda awak tahu, dia akan buang saya dari akademi ni. I can't effort the lose once I get kick from this academy later.."beritahunya sambil memandang mata letih Ares. Betul ke kata Jeremiah yang Ares tidak tidur dengan lena kebelakangan ni?Sebabnya dia boleh nampak dari garis di mata Ares.

         "No!I want you...I miss you..please. Get back to me...my love..."minta Ares menjatuhkan dahinya ke bahu Liana. "Peduli la tentang bonda...kita boleh bertemu secara rahsia seperti biasa...aku akan pastikan kita takkan ketahuan. Tangannya melingkar erat ke sekeliling badan Liana. Kalau boleh dia mahu peluk sampai bila-bila.

         Liana tersenyum sedih. "Maafkan saya Ares."ucapnya.

          "Aku tak nak dengar kau minta maaf pada aku Lia...aku nak kau setuju dengan permintaan aku ni"

          "Saya tak boleh lakukannya Ares..tolong la faham."

         Tidak semena Ares tegakkan kepalanya, Pelukan itu di lepaskan sebelum dia memegang kedua-dua belah kepala Liana. "Pandang aku kalau macam tu...beritahu aku. Kau tak cintakan aku! Kalau kau cakap macam tu!Aku akan berhenti dari ganggu kau!"tegasnya.

Serta merta Liana di serbu rasa sedih. Dadanya menjadi sebu kerana mahu menangis bila Ares minta dia cakap macam tu. Memang tak la dia nak cakap begitu!

          "Cakap Lia!"desak Ares saat nafasnya naik turun.

          Enggan mengatakannya, Liana dengan mengejut bangun dari riba Ares. Dia undur ke belakang menjauhkan diri. "Keluar sekarang.." arah dia menunding jari ke arah pintu yang tertutup.

Ares pandang dengan riak tercengangnya. Dia begitu sakit hati kerana Liana sanggup lepaskan cinta mereka begitu saja!

          "Kenapa kau tak nak cakap?Kalau kau pilih reputasi di akademi ni dari aku?Kenapa kau tak boleh cakap kau tak cintakan aku Liana!"marah Ares dengan nada perlahan.

Sebab dia tak boleh nak cakap!Dia cintakan Ares!Dia sayangkan Ares. Malah dia telah menyukai Ares pada hari pertama mereka bertemu di hutan dua tahun yang lalu! Air mata perlahan-lahan mengancam mahu mengalir. Liana pandang ke arah Ares dengan keadaan seram sejuk di hujung jari tangan dan kakinya.

          "Tolonglah...jangan buat saya macam ni. Awak dan saya tak boleh bersama...awak tahu hal tu kan?"

           Waktu itu Ares merasakan kepalanya berdenyut sakit. Sudah beberapa har ni dia tidak tidur lena. Hanya sejam dua sahaja dia dapat tidur. Makan juga kurang kerana tiada selera akibat tekanan yang dirasai gara-gara memikirkan Liana. "Siapa yang kata?"deramnya dari balik ketapan gigi.

Liana pandang takut akan Ares waktu itu. Lelaki itu kelihatan menakutkan bila marah dan serius. Kalau boleh dia nak keluar dari situ sekarang jugak.

           "Kau cakap atau aku jerit biar satu dorm ni dengar suara aku.. biar dia orang tahu aku ada dalam bilik kau!"cabar Ares yang begitu terdesak mahukan keputusan Liana!

           Dah sudah!Kenapa nak main ugut-ugut pulak?Cepat-cepat Liana menggeleng kepala. "Ares..jangan."mintanya berkerut kening kerisauan. Kalau Ares jerit habis la dia nanti. Kena perang dengan semua peminat Ares di akademi ni tak pasal-pasal.

            Ares bangun dari katil tu. "Kalau macam tu beri aku jawapannya sekarang.." sambil memandang Liana, dia atur langkah ke arah gadis tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience