Hadang.

Fantasy Series 5991

CHAPTER 90

Dua minggu berlalu, sesi pemilihan peserta Muse Diraja juga telah selesai dengan lancar memandangkan kesemua 30 orang peserta berjaya menjalani sesi persembahan mereka tanpa bias dan dinilai dengan saksama oleh para juri yang terlibat. Termasuk Putera Mahkota Ares yang turut memilih setiap pelajar berdasarkan kualiti setiap persembahan yang dia saksikan.

Dan sejak itu segalanya berjalan seperti biasa.

Kisah percintaan Liana dengan Putera Mahkota Ares disambut baik oleh kesemua pelajar akademi itu walaupun ada la sedikit rasa iri di sana sini dalam kalangan pelajar perempuan yang pernah dijadikan sebagai calon pasangan Putera Mahkota Ares,namun tiada siapa yang berniat hendak dengki atau bermusuhan dengan Liana.

Lana dan Mathias sedang sibuk dengan persediaan peperiksaan mereka sambil jalani rutin mereka sebagai pasangan kekasih yang tidak ubah seperti anjing dan kucing. Bergaduh sekejap tentang itu dan ini kemudian berbaik semula.

Seth dalam proses untuk move on dari perasaan suka dia terhadap Liana banyak sibukkan diri dengan kelas serta latihan fencing lelaki itu. Kadang-kadang luangkan masa bersama dengan Liana sekiranya kawan baiknya itu memerlukan teman untuk hang out sekiranya Mathias dan Lana sibuk.

Puteri Aria pulak sibuk dengan study dan pembelajarannya kerana hendak cuba lupakan Redd melalui kesibukkannya itu selepas berita break up dia dengan Redd tersebar luas dalam akademi. Menyebabkan pelajar lelaki di situ mula dekati Puteri Aria dan cuba mengambil hati gadis itu dengan berani. Faham-faham sendiri la perangai Puteri Aria bagaimana. Yang mana hanya di layan Puteri Aria acuh tak acuh. Walaupun begitu sikap bratty dia masih ada dan kerap buatkan hari Liana sedikit pun tidak tenang kerana gadis itu tidak pernah miss dari menemui Liana. Ibaratnya bertemu dengan Liana adalah satu pekerjaan tetap dia dekat situ. Ada saja masa mula la antic dia hendak mengangguk ketenteraman Liana. Sama ada sewaktu Liana di cafeteria, atau dalam studio atau ketika Liana luangkan masa bersama Ares. Dia akan ada depan mata Liana. Dan Liana menjadi Liana, sudah terbiasa dengan sikap Puteri Aria dia hanya layankan saja tanpa berasa jengkel atau kerimasan.

Putera Mahkota Ares walaupun sibuk dia kerap cuba luangkan masa bersama dengan Liana sama ada memanggil Liana terus ke istana atau lelaki itu yang menjemput Liana sendiri di akademi. Kalau tidak sempat mereka berdua hanya berhubung melalui panggilan telefon. Mostly kebanyakan hari Putera Mahkota hanya dapat luangkan masa untuk 10-20 dengan Liana kerana kepadatan jadual dia sebagai putera mahkota. Yang mana difahami Liana.

Dan begitulah hari seterusnya.....

Pelajar-pelajar kelab fencing penuh di atas lantai latihan dengan pakaian lengkap fencing berwarna putih mereka. Ada yang mengenakan helmet ada yang tidak. Terkinja-kinja setiap seorang di situ saat melakukan pergerakkan rutin latihan masing-masing.

Dan ramai-ramai di situ kelihatan dua orang yang ringkas mengenakan pakaian sukan rasmi akademi. Iaitu hoodie dan sweatpants seragam berwarna merah merun. Bersila di atas bangku menghadap antara satu sama lain dan dalam dunia mereka. Langsung tidak peduli dengan sekeliling mereka.

           "Comelnya!"Lana gomol pipi Liana dengan kedua-dua tangan selepas merias sahabatnya itu dengan make up dan perhiasan ringkas di rambut pendek paras leher Liana.

           "Kelas seni kau melibatkan cara nak berias sekali ke Lana?"tanya Liana tidak menolak tangan Lana dari pipi dia waktu itu.

           "Of course..20 markah. Master Yana kata kalau aku score markah penuh test lain aku boleh conquer dengan mudah."beritahu Lana dengan bersemangat sewaktu seorang pelajar fencing jatuh tumbang ke tepi depan bench tempat mereka duduk.

           "Dua hari lagi test aku nak mula. Kau punya pertanding minggu depan kan?"Lana capai berus kening dari beg peralatannya lalu memandang muka Liana semula.

Waktu itu pelajar fencing yang jatuh tumbang tadi bangun sebelum menghayun pedang fencingnya kepada lawan dia tanpa berlengah.

           "Ha'ah, pemilihan hari tu cuma 10 orang aje yang terpilih. Aku tak sangka Master Karina akan strict kan jumlah peserta untuk Muse Diraja tu...aku ingat at least separuh terpilih, rupanya tak."

Tiba-tiba muncul seorang pemain fencing dari arah kanan melompat ke belakang dan hampir hendak terjatuh ke arah mereka berdua tetapi sempat diimbang dengan kemas oleh pemain fencing itu serta merta.

            "Mestilah...kan biasiswa Muse Diraja tu hanya untuk seorang aje pemenang."Lana tersengih puas hati melihat kening Liana yang dia kemaskan. Senang dengan hasil kerjanya.

             "Kau rasa aku boleh menang tak?"

             "Bodek putera mahkota kau la...mana tahu dapat nombor satu terus tanpa bertanding...."

              "Pandai la kau!"

Ketika itulah pintu bilik latihan fencing terbuka, Redd berjalan masuk ke situ lalu jalan berarak mendekati tempat dimana Liana dan Lana berada. Kehadirannya itu serta merta buatkan beberapa pelajar fencing dekat lantai latihan berhenti dari bergerak, mereka semua berdiri dekat situ perhatikan langkah Redd terutama sekali Seth.

           "Lia!"panggil Redd dengan marah.

Tersentak terus kepala Liana ke belakang bahunya bila dengar.

Lana yang kebingungan memandang ke depannya dalam keadaan tangan dia kaku di Udara memegang pelentik bulu mata.

           Kening Liana terangkat tinggi. "Ada apa ni Redd?"

           "Ikut saya sekejap. Ada sesuatu yang saya nak cakapkan dengan awak.."Redd tunduk capai lengan Liana, dia tarik tiba-tiba.

            "Hei!Kau nak apakan tu hah!"Lana dengan automatik pegang Liana.

            Mata Liana Terkedip-kedip laju kebingungan. "Sekejap Redd-"

            "Ikut aje la.."desak Redd dengan kening mencerlung.

             Hendak terjatuh Liana dibuat tarikan itu. Dia turunkan kaki dari situ dan berdiri tegak dalam keadaan terpaksa dan tergesa-gesa bila Redd merentap lengan kanan dia macam tu aje. "Awak ni kenapa Redd?"soal dia tersekat-sekat.

Namun saat Redd hendak berpaling beberapa orang pelajar fencing dekat situ berdiri dengan posture guarding mereka. Memagari laluan keluar itu sambil memandang serius ke muka lelaki itu kerana lelaki itu cuba tarik Liana pergi.

Sementara Seth disitu tenang bersahaja menyaksikan situasi itu tanpa mengatakan apa-apa. Dia tidak terkejut atau berasa cemas kerana ketika itu Redd berada dalam kawasan dia. Kalau Redd hendak lakukan sesuatu, Redd perlu berhadapan dengan kesemua anak buah kelab pasukan fencing yang diketuai oleh Seth. Satu kelab itu telah tahu apa posisi Liana dekat situ. Jadi tanpa diberitahu mereka semua secara automatik tahu apa yang perlu dilakukan jika Liana dalam kesusahan.

             Kening Redd mencerlung tajam saat melihat mereka di depan dia waktu itu. Hairan kenapa mereka di situ cuba menghadang dia. "Apa kau orang cuba buat hah?Ke tepi.."arah dia.

Kata-kata Redd itu sedikit pun tidak buatkan mereka di situ bergerak apalagi terkutik.

Lana dekat belakang sudah kerisauan. Dia sempat capai telefon dan menghantar pesanan kepada Mathias melaluinya waktu itu.

              "Kau orang tak dengar ke!Aku kata ke tepi sekarang."arah Redd lagi.

Seth tanggalkan helmet dari kepala dia lalu menyerahkan set pedang serta helmet itu kepada seorang daripada mereka berdekatan dengannya sebelum dia jalan mendapatkan Redd.

             "Dia orang takkan berundur selagi kau tak lepaskan Liana kau tahu.."ujarnya sambil tu.

              Kepala Redd tersentak. Dia memaling pantas ke kiri lalu bertemu muka berpeluh Seth yang sedang menarik sengih meleret ke arahnya. "Aku perlu bercakap dengan Liana sekejap.."tangannya dieratkan cengkaman pada lengan Liana.

              Seth berdiri tiga langkah di hadapan Redd waktu itu. "Kalau ya pun tak payah nak tarik Lia macam tu sekali."beritahunya semasa menjuih dagu ke lengan Liana yang dicengkam kuat oleh Redd waktu itu.

Silih ganti matanya memandang wajah tegang Redd dan mereka semua. Liana di situ sudah mula cemas kerana risau dengan keadaan tegang depan mata dia. Dah kenapa pulak ni? Jangan sampai bergaduh sudah la.

             "Ada apa sebenarnya ni Redd?"tanya Liana dengan risau apabila lihat wajah keruh Redd waktu itu.

               Dengan renungan letih Redd pandang wajah Liana. Tangannya jatuh lemah ke sisi dari mencengkam lengan Liana. "Tolong saya kali ni aje...saya janji lepas ni saya takkan ganggu awak lagi.."pintanya dengan perlahan.

                Mata Liana Terkedip-kedip tidak faham. "Tentang apa?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience