Chapter 48
    "Tak apakan aku tinggalkan kau dekat sini sekejap?"tanya Seth sewaktu menyerahkan segelas air minuman kepada Liana.
     Dengan senyuman nipis di bibir Liana mengangguk. "It's okay. Aku boleh je sendiri. Kau pergi la bersiap buat persembahan tu.."
     "Tunggu aku. Nanti dah selesai. Aku temankan kau balik."
Liana perhatikan langkah Seth semasa lelaki itu jalan mencelah para tetamu sebelum serta kumpulan pelajar dari kelas Seth di lantai persembahan. Lelaki itu capai cello dari kerusi yang disediakan lalu duduk selesakan diri.
Sesaat kemudian kumpulan itu memulakan persembahan mereka. Berkumandang jelas alunan lagu dari kumpulan tersebut yang mana mewarnai seluruh ballroom itu.
Liana kemudiannya alihkan perhatiannya ke arah tetamu yang ada di situ sebelum melihat kelibat Putera Mahkota Ares tidak jauh dari tempat dia berdiri. Lelaki itu sibuk berbual dengan sekumpulan nobles dan anak gadis tetamu di situ.
Mesti penat jadi Ares kan...tak satu-satu regulation sebagai kerabat diraja perlu di patuhi. Dari satu protocol ke satu protocol. Kalau silap buat malu satu kerajaan.
Letih berdiri sejak tadi, Liana dekati salah satu kerusi kosong berdekatan dengannya. Dan duduk sahaja dia di situ, kelibat Redd dan Puteri Aria pula muncul. Dua orang itu mengenakan pakaian yang serba sedondon warnanya. bagai pinang di belah dua. Itu perumpaan Liana untuk pasangan tersebut bila lihat betapa cerianya Puteri Aria saat merangkul lengan Redd.
Lantas sesi tari menari pun bermula. Mulanya Raja Aryan dan Permaisuri Johenah yang memulakan sesi tari menari itu, lalu diikuti oleh Puteri Aria bersama Redd. Dan seperti di duga, Putera Mahkota Ares menari dengan tetamu wanita yang hadir ke situ.
Tercebik bibir Liana bila nampak Ares. Bukan sebab dia tak dapat menari dengan lelaki, tapi sebab dia rindukan lelaki tu. Bak kata orang, dekat tapi jauh. Ada depan mata tapi tak boleh disentuh. Entah jadi ke tidak lelaki tu nak kenalkan dirinya pada Raja Aryan dan Permaisuri Johenah. Kalau boleh dia tak jumpa sekarang sebab tak sedia. Maklumlah identiti dia sebagai anak cinta pertama Permaisuri Johenah masih belum diketahui Putera Mahkota Ares. Risau pulak dia memikirkan reaksi Permaisuri Johenah nanti kalau bertemu dengan dia.
Tiba-tiba seseorang berdiri menghadang sudut pandangan Liana. Membuatkan Liana mendongak ke atas lalu bertentang mata dengan lelaki sama yang mendampingi Ares sepanjang majlis tadi.
   "Ya saya?"tegur Liana terkebil-kebil bingung.
    "Selamat sejahtera cik, nama saya Jeremiah. Pengiring Putera Mahkota."tunduk lelaki itu dengan tertib pada Liana.
    "Ahh...ya. Saya tahu. Boleh saya bantu?"senyum Liana dengan mesra tanda hormat.
     "Saya diberi pesan untuk membawa Cik Liana ke bilik umum putera mahkota."beritahu Jeremiah semasa tunduk sedikit ke bawah supaya Liana dapat dengar dengan jelas.
     "Sekarang?"kening Liana terangkat tinggi.
     "Ya cik."
Walaupun dalam keadaan teragak-agak Liana mengangguk. Kenapa nak jumpa dia dalam bilik umum pulak?
      "Ikut saya."Jeremiah mengaju tangannya ke satu arah.
Liana capai beg tangan kecilnya lalu bangun dari situ. Sempat dia menoleh ke arah Seth, nak tengok rakannya perasan ke tidak. Rupanya tidak, lelaki itu terlalu sibuk dengan cello di tangan untuk sedar yang dia keluar dari dewan tu.
Click!
Clack!
Click!
Clack!
Hanya berdua, Liana jalan di belakang Jeremiah. Memerhati belakang kepala lelaki itu dengan perasaan tertanya-tanya.
     "Awak tak nak tanya apa-apa ke?"soal Liana memecah kesunyian antara mereka berdua di koridor sepi itu.
Jeremiah di hadapan tersenyum nipis. Tanpa menoleh dia pusing ke kiri lalu mendaki tangga untuk naik ke tingkat atas.
     "Cik nak saya tanya tentang apa?"
      "Apa saja memandangkan awak sendiri perlu iringi saya atas arahan putera mahkota?"Liana menjungkit bahu tak tahu.
      Setiba di puncak tangga itu, Jeremiah pusing ke kiri lalu menyusuri koridor sekali lagi. "Saya takkan persoalkan sesiapa yang tuan putera percayakan. Kalau tuan putera tak percaya dia takkan biarkan sesiapa dekati dirinya begitu saja."jelas Jeremiah sebaik berhenti di hadapan sebuah pintu.
       Berhadapan sahaja akan mereka berdua, Liana pandang wajah Jeremiah untuk seketika sebelum tersenyum. "Terima kasih Jeremiah."ucapnya apabila lelaki itu bantu dia membuka pintu.
      "Dengan hormat saya."balas Jeremiah meletakkan tangan di dada sebelah lagi di belakang badan. "Cik tunggu di dalam selesakan diri."
      "Baik."angguk Liana sebelum berjalan masuk ke ruangan itu.
Dup!
Dap!
Dup!
Dap!
Jantung berdegup. Liana pandang sekeliling bilik itu dengan perasaan gemuruhnya. Bukan takut tapi seronok. Besar sungguh ruangan tu. Set sofa di tengah-tengah. Sekeliling bilik tu ada rak dan buku tersusun kemas. Tingkap jendela yang sangat besar. Bau juga harum!Bau Ares!
Oh my god!
Ini ke tempat Ares duduk?
Seronoknya!
Sambil angkat kain dressnya Liana jalan sekeliling bilik itu dengan teruja. Dia tidak sentuh tapi hanya lihat kerana ingin tahu. Setibanya dia di depan jendela itu, Liana jenguk kepala keluar, membiarkan angin malam menyapa wajah.
    "Wahh!!"nganga dia kerana dari situ dia boleh Nampak pemandangan seluruh bangunan akademi mereka.
Disebabkan waktu malam, bangunan akademi itu bercahaya yang sangat cantik. Lagi-lagi bila dipandang dari jauh. Tak sangka sedekat ini rupa-rupanya istana dengan akademi.
     "Cantik kan?"suara itu muncul dari belakang dengan mengejut.
Melompat Liana dibuatnya. Dia dengan laju berpaling kebelakang. Dan tanpa diduga wajahnya terus tersembam pada pakaian berbau harum itu. Niatnya hendak jarakkan diri tapi tidak sempat apabila sepasang tangan muncul lalu memegang kedua belah pinggangnya sebelum tubuh dia terangkat ke udara sesaat kemudian.
     "Ares!"panggil Liana dengan cemas apabila dia diletakkan atas birai tingkap itu. Mencari keselamatan tangannya memegang bahu di depannya. Lemah semangat dibuatnya.
     "Hai Lia!"senyum Ares dengan handsome di depan muka Liana. Hujung hidungnya dilaga pada hidung Liana sebelum dia mengucup lembut pipi kiri dengan lama.
     Tawa kecil lepas dari Liana saat Ares berbuat begitu. Senyuman lebar ikut terukir di bibir. "Hai.."
     "Rindunya aku dekat kau!Tak pernah aku berpisah dengan kau lebih dari dua minggu macam ni.."
      Liana terus memeluk sekeliling bahu Ares. "Saya pun rindukan awak."ucapnya sebelum memberi kucupan di pipi kanan tu beberapa kali.
      Senang dengan hal itu, Ares tersenyum lebar. "Aku tak boleh lama dekat sini.."
      "Dah nak pergi ke?"Liana jauhkan pelukannya. Wajah Ares di pandang dengan kerutan di kening.
      "It's okay. Lepas ni hari-hari aku boleh jumpa kau."Ares usap tepi pipi Liana dengan ibu jarinya. "Aku cuma nak beritahu kau, sesi perjumpaan dengan ayahanda dan bonda terpaksa di tangguhkan. Puteri Aria nampaknya ambil keputusan untuk lakukannya terlebih dahulu."
      Liana buat muka. "Apa maksudnya?" Puteri Aria buat apa?"
      "Kau kenal kan Redd Sterling?"
      "Kenal."
       "Well..sebelum aku sempat beritahu ayahanda dan bonda mengenai kita berdua. Puteri Aria terlebih dahulu announce yang Redd Sterling adalah kekasih dia di depan ke semua tetamu tadi. Sepertinya bonda dan ayahanda kurang selesa dengan tindakan Puteri Aria. Nak tak nak aku kena mengalah dulu.."keluh Ares dengan kesal.
       "Sabar kan aje la dengan Puteri Aria tu.."beritahu Liana. "Adik awak jugak."
        "Nanti kalau ada peluang lagi, aku akan cuba kenalkan kau pada mereka. Okay."Ares kata sebelum dia mengucup lembut hujung hidung Liana.
        Bersama senyuman nipis di bibir, Liana tekap kedua-dua belah pipi Ares. Dia tenung dalam-dalam mata itu. "Ada sesuatu yang saya nak awak tahu Ares."niat dia terima permintaan Ares untuk ke istana ini adalah mahu berterus terang pada Ares sebelum semuanya terlambat. Selepas ini apa saja yang berlaku dia terima dengan hati terbuka.
Share this novel