Pekan

Fantasy Series 6002

CHAPTER 70

Pada hujung minggu mereka, Lana, Mathias, Liana dan Seth ambil keputusan untuk turun ke pekan mengambil angin. Disebabkan jadual mereka yang padat dengan latihan dan kelas, baru mereka sempat hendak lakukan aktiviti outing bersama.

Menggunakan kenderaan yang disewa oleh Seth iaitu sebuah kereta tanpa hood, lelaki itu drive Liana, Lana dan Mathias ke pekan tersebut.

Siap memarkir kereta, mereka berempat berjalan kaki sepanjang perjalanan di dalam kawasan pasar dan tempat tinggal kawasan di pekan itu.

Saling jalan berdua-dua, Lana bersama Mathias comel mengenakan pakaian sedondon warnanya. Gadis itu dengan sundress purple dan sandal putih. Sementara Mathias mengenakan t-shirt round neck lengan pendek warna purple dan seluar khaki pendek warna hitam di padankan dengan sandal sama warna.

Liana dan Seth jalan berdua sambil berborak akan itu dan ini mengenai apa yang mereka lihat dan temui di dalam pasar tu.

Dan dalam diam, empat sekawan itu diperhatikan oleh beberapa pasang mata secara sembunyi.

"Mathias...tengok tu. Ada gerai perhiasan la.."beritahu Lana yang berjalan di belakang Liana dan Seth.

"So?"balas Mathias acuh tak acuh. '

"Ish!Kau ni kan...tak sweet langsung tau. Maknanya aku nak la. Takkan itu pun nak suruh aku cakap terang-terang?"balas Lana.

"Ha'ah...memang aku tak faham. Kalau nak cakap la nak. Kalau suka cakaplah suka. Nak bertapis-tapis segala bagai. Kau ingat otak lelaki ni kompleks macam otak perempuan ke?Yang boleh faham segala kejadahnya bahasa rahsia kau orang?"

Dua orang itu bertekak untuk kali keberapa tak dapat dihitung. Sudah banyak kali sebenarnya. Tapi tak dihiraukan sebab memang nature mereka berdua.

Liana waktu itu sedang termenung melihat pemandangan dimana orang bersampan dekat sungai kecil di tepi laluan mereka. Ada pasangan kekasih sedang duduk di dalam sampan tu. Momen tersebut buatkan dia teringat pada Ares serta merta. Beberapa bulan yang lepas dia dan Ares juga luangkan masa di dalam sampan.

"Kau nak naik ke?"aju Seth di sebelah tiba-tiba.

Tidak tersentak Liana menarik sengih nipis sebelum memandang ke depan. "Tak adalah...tengok je. Kenapa?"dia palingkan kepala ke Seth. "Kau nak naik sampan?"soalnya selepas tu.

"Aku ikut je mana kau nak. Lagipun kan ni hari outing kau lepas beberapa minggu terperap dalam akademi. Aku dah banyak kali ulang alik kawasan pekan ni.."beritahu Seth semasa merangkul bahu Liana lalu menarik gadis itu merapat tepi rusuknya.

"Okay....kalau macam tu belikan aku snek dan makanan paling sedap yang dijual dekat gerai-gerai kecil dekat sini."arah Liana menjuih bibir ke deretan stall kecil yang ada di sepanjang laluan mereka.

"Kalau macam tu kau nak gula-gula kapas?Kau sukakan?"aju Seth saat tunjuk ke arah sebuah gerai yang menjual gula-gula kapas tidak jauh dari situ.

Berkerut kening Liana bila terbayang wajah Ares sewaktu lelaki itu tersenyum saat membelikan dia gula-gula kapas. Gosh!Di mana-mana saja dia hanya teringatkan pada Guitar Boy dia. Sedih betul rasa. "Yang lain la pulak...macam snek ke..mee ke atau sup ke fruit candy ke...ada banyak sini..pilih mana yang kau rasa sedap.."dalihnya.

"Situ pun sedap. Potato tornado dia orang sedap. Kau nak add on apa?Cheese? Chilli flakes? Chicken flakes?Aku prefer cheese..."

Waktu itu ekor mata Liana perasan ada tak kena dengan sekelilingnya waktu itu. Jadi dia gerakkan kepalanya dari balik bahu Seth yang sedang merangkul dia. Sekali bila di toleh dia perasan seperti ada yang berpusing kemudian berpura-pura macam tengok sesuatu dekat gerai di situ. Macam orang mengelak dari di tangkap, macam tu feel yang Liana rasakan lepas nampak.

"Kenapa?"Seth pandang ke tepi bila perasan Liana toleh ke belakang.

Perlahan-lahan dia palingkan semula kepala ke depan dia menggeleng. "Tak ada apa-apa. Aku cuma nampak something."jelasnya.

Seth kucup tepi pelipis Liana sambil berkata. "hari ni aku belanja kau. So kau boleh demand apa aje tanpa limit.."

Liana pukul belakang badan Seth dengan tangan yang melingkari dipinggang lelaki tu sejak tadi. Dia tahu Seth cuma nak hiburkan hati dia, jadi dia tak nak komen lebih-lebih nak jaga hati kawan baiknya ini. "Jangan salahkan aku kalau duit kau habis.."

Tiba-tiba Lana berlari dari tepi Seth sambil pegang tangan Mathias. Mengheret lelaki itu berhenti di hadapan sebuah gerai perhiasan. Dengan riang dia tunjuk Mathias akan perhiasan di situ.

"Aku nak penyepit rambut ni.." beritahu Lana dengan teruja.

"Beli la kalau macam tu...kau cakap dengan aku buat apa?" balas Mathias semasa pandang tak berminat dengan perhiasan di situ.

"Belikan la untuk aku.."arah Lana.

Tidak lama kemudian barulah Liana dan Seth sertai Lana serta Mathias dekat gerai tu. Sambil dengar perbalahan dua orang itu, Liana belek dengan minat sanggul, penyepit rambut, gelang tangan, rantai leher, anting-anting, gelang kaki, brooch, cincin dan beberapa lagi jenis perhiasan yang tersusun kemas di situ.

Seth temui satu penyepit rambut rama-rama warna silver yang sayap rama-rama itu bergerak-gerak. Jadi dia capai satu sebelum di sepit pada rambut Liana begitu saja.

"Adik pilih la jangan tak pilih..banyak pilihan ni.."aju makcik penjual kepada Liana dan Seth di belakang meja jualan.

Liana balas dengan anggukan kecil dan senyuman nipis di bibir semasa

"Handsome lad...beli la satu untuk kekasih kamu ni.."aju makcik itu kepada Seth pula.

Seth ketawa sewaktu capai penyepit merah berbentuk bunga azalea lalu berkata. "Saya boleh aje beli tapi yang memakainya ni jarang pakai benda berhias.."beritahu dia semasa tanggalkan penyepit rama-rama dari rambut Liana lalu diseluk penyepit rambut bunga azalea tadi pada anak rambut Liana.

"Tak apa...beli sajalah. Kemudian boleh pakai."tambah makcik penjual itu sebelum memandang ke arah Lana dan Mathias masih berdebat mengenai fungsi gelang tangan dan gelang kaki.

"Lia..."panggil Seth masa makcik tadi pergi uruskan Lana dan Mathias dekat sebelah mereka.

"Hmm""Liana palingkan kepala lalu terpandang Seth yang sedang menarik sengih goofy kepadanya. Dah kenapa?

"Tadah tangan.."aju Seth.

Sambil berkerut kening tidak pasti, Liana tadahkan tangan dia. "Ada apa?"soalnya sambil tu.

Seth hulurkan tangan kanannya yang bergenggam akan sesuatu di dalamnya. Dan bila dia bawa tangannya atas tapak tangan Liana yang terbuka, dia buka genggamannya. "Untuk kau.."beritahu dia sebelum dedahkan apa yang diletakkan pada tapak tangan tu.

Liana pun apalagi, dia tunduk la pandang tapak tangan. Terpandang aje benda hitam berkaki lapan dan berbulu-bulu pada badan tu, dia terus jatuhkan benda tu ke bawah dengan mata terbutang luas. "Seth!"panggilnya dengan kening berkerut tak percaya.

"Ahahaha...kenapa?Comel apa. Macam kau.."ketawa Seth tunduk mengutip penyepit rambut seperti labah-labah hitam yang dibuang Liana tadi.

"Kau ni tak ada kerja agaknya.."bebel Liana.

"Kau patut tengok muka kau lepas Nampak labah-labah tu.."beritahu Seth dengan sisa ketawanya.

Tanpa belas, Liana tepuk belakang badan Seth. Tak ada kerja betul!

"Lia..tengok Mathias belikan aku gelang tangan.."beritahu Lana tidak semena di sebelah mereka.

"Lepas ni jangan kau nak mengungkit dengan aku ya!"tegas Mathias yang dalam diam tersenyum melihat reaksi ceria Lana.

Liana mendapatkan Lana lepas dirinya di panggil. Kawannya itu kelihatan seronok mengenakan gelang tangan pelbagai pendant di pergelangan tangan tu. "Cantik..."

"Kan...Mathias yang pilih.."beritahu Lana semasa Seth berdiri di sebelah Mathias.

"Memangnya kau orang berdua ni apa?Pasangan kekasih?Atau just some-some?"soal Seth semasa pandang Lana.

Mathias buat muka bangganya lalu pandang ke Seth. "Kenapa?Jelous ke?"

"Tak kuasanya aku nak jelous."sengih Seth dengan meleret. "Lia aku pun dah cukup bagus."

"So kau nak kata Lana tak bagus la.."Mathias dah mendabik dada cuba nak tunjuk dominan.

Perbualan dua lelaki itu sejak tadi diperhatikan oleh Lana dan Liana. Lana dengan senyuman terketap-ketap bibir, sementara Liana hanya geleng kepala kerana tak percaya dengan kerenah Seth suka nak menyakat Mathias. Seth tahu Mathias suka Lana, jadi Seth kalau boleh nak tengok Mathias marah kalau Seth usik Lana.

"Dah la kau orang berdua. Baik kita gerak sekarang. Aku dah lapar.."beritahu Liana sambil rangkul lengan Lana.

"Aku nak makan ayam golek dekat diner depan ni. Aku dengar sos dia memang umph habis!"semangat Lana beritahu saat memusingkan mereka ke arah hadapan.

"Aku tahu.."beritahu Liana.

Seth dan Mathias dekat belakang masih berbahas. Mengenai siapa paling bagus. Liana atau Lana.

Ketika semua orang sibuk dengan hal sendiri, hanya Liana sahaja yang berasa awas sepanjang masa mereka berjalan-jalan sekitar pekan tu. Dia yakin sepanjang masa itu mereka sebenarnya telah diperhatikan atau lebih tepat lagi diekori.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience