Tren 7.30 PM Chapter 3

Mystery & Detective Completed 10294

Bab 3

“Mak cik ni lapar kot..dari tadi dok tekup perut..muka pun dah pucat lesi aku tengok tu..” Azizah bisik sendiri. Hanya membuat andaian berdasarkan fizikal dan situasi yang turut dihadapinya masa itu.

“Mohon maaf tuan-tuan dan puan-puan..tren kami masih dalam proses baik pulih..mungkin dalam masa setengah jam lagi tren akan beroperasi semula..” jelas seorang petugas stesen yang muncul di tengah-tengah kelompok penumpang yang makin resah menanti.

“Ahhhh..”

“aduhhh..”

“Aisehhhh..”

“Aiyaaaa..”

“deyyyy..”

Macam-macam versi rungutan dapat didengari Azizah. Apa boleh buat, terpaksa jugalah tunggu. Takkan nak balik naik teksi pulak. Dengan jalan yang sesak waktu peak hours macam ni. Dah macam ikan sardin kena sumbat dalam tin je dekat atas jalan tu. Kena pulak nak naik teksi? Entah berapalah tambang yang dicas dek abang drebar teksi tu nanti. Mahal!

“Anak..” makcik sebelah memanggilnya semula. Kali ini suaranya agak lemah.

“Ye mak cik..??”

“Mak cik nak ikut anak balik rumah anak boleh tak..??” soalan yang tak dijangka oleh Azizah. Soalan itu membuatkan dia jadi gugup. Tak tahu apa yang ingin dibalasnya.

Kalau aku cakap ya, mana pulak aku nak bawak mak cik ni nanti. Aku pun duduk menyewa bilik je. Bilik aku pun kecil. Lagipun kalau aku bawak makcik ni balik, mesti tuan rumah yang sewakan aku bilik tu tak suka nanti. Pasal bawak orang sebarangan balik ke rumah. Serba salah jadinya Azizah. Hendak menidakkan pertanyaan makcik itu pun tak sanggup rasanya.

“Mak cik lapar tak..??” Azizah melarikan soalan makcik itu dengan soalannya pula. Gundah rasa hati hendak mengecewakan perasaan makcik tiu. Namun pertanyaan Azizah tiada terbalas. Tiada kata malah anggukan atau gelengan pun tiada. Dia hanya merenung bola mata Azizah dalam-dalam.

“Mak cik nak ikut anak balik..” sekali lagi dia buat Azizah tidak tenang.

Macam mana ni...

“Makcik tunggu sini ye.. saya belikan makanan dekat kaunter depan tu kejap ye..” Azizah berlalu dalam pergi dalam deretan manusia yang setia menunggu di stesen itu. Dia menuju ke pintu masuk stesen. Ada kedai kecil yang masih dibuka di stesen itu hingga larut malam untuk kesenangan penumpang. Mujur petugas yang menjaga laluan masuk membenarkan Azizah keluar sebentar untuk membeli sedikit makanan demimengalas perut yang telah benar-benar bergelodak.

Dua bungkus roti Butterscotch dan dua air kotak dibeli Azizah. Satu untuk dirinya dan satu lagi untuk mak cik yang duduk di sebelahnya tadi. Masuk semula ke dalam kawasan landasan, Azizah terpaksa menyelit semula di kalangan penumpang yang telah terbit pelbagai jenis bau. Bau ketiak jangan cakaplah. Perghh!

“Aikk..mana pulak mak cik tadi ni..??” Azizah tercari-cari insan yang menemaninya sepanjang masa di landasan tadi. Bayang makcik lesu tadi tidak lagi kelihatan.

…bersambung

Bab akan datang:

Kemana mak cik itu menghilangkan diri?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience