Dukun Unjam Chapter 10

Mystery & Detective Completed 10294

Bab 10

“Mah..!! Mah..!!” tubuh isterinya itu digoncangkannya beberapa kali. Namun masih tiada tanda yang tubuh itu bereaksi apatah lagi menyahut panggilannya. Ketukan air hujan di cucur atap lantas sahaja menenggelamkan suaranya. Pak Kassim jadi tidak keruan.

Dibeleknya batang leher milik isterinya itu beberapa kali. Seolah ada suatu kesan lebam berbelit di keliling leher itu. Di dalam hati telah diruntun kesedihan. Melihatkan isteri seperti bangkai yang tiada bernyawa lagi. Tubuh itu longlai. Sejuk membeku sedingin angina hujan yang bertiup.

“Telah aku katakana padamu..usah dilanggar pantang yang kuberikan..tetapi kau degil..!” serak satu suara muncul di hujung pintu rumahnya. Tempias menerobos masuk disaat satu susuk tubuh melangkah naik. Kuakan pintu yang ditampar angin kencang beralun tidak mahu berhenti.

“Apa kau dah buat dengan isteri aku..!!” jerit Pak Kassim saat melihatkan dukun yang dikunjunginya semalam. Kali ini kehadirannya dengan wajah yang cukup bengis.

“Kau melanggar pantang yang telah aku tetapkan..!! inilah balasannya untuk kau..!!”

“Tapi kenapa kau kaitkan isteri aku dalam hal ini..yang bersalah adalah aku..hukumlah aku..bukannya dia..!!”

Hujan semakin lebat di luar sana. Namun hujan di dalam hati Pak Kassim lebih lebat dari yang terlihat. Wajah isteri diusapnya entah keberapa kalinya. Sesekali kelibat dukun unjam yang mundar mandir di hadapannya itu diperhatikannya.

“Kau berjanji..dan perjanjian itu tetap akan kulaksanakan..!” ucapnya diiringi petir yang memekakkan telinga. Sambaran cahaya yang terang mengaburi pandangan Pak Kassim. Selintas, terasa seperti tubuhnya digegarkan seseorang.

“Abang..!! bangunlah..apa ni tidur siang sampai mengigau ni..??” bebel isterinya setelah Pak Kassim membuka mata. Mamai dia seketika memerhatikan sekeliling. Wajah isteri yang terpampang di hadapannya itu terus sahaja dipeluknya.

“Maafkan abang Mah..maafkan abang..!” rayunya dengan dakapan erat ke tubuh isterinya. Juraian air mata tidak mampu menafsirkan betapa dia genbira melihatkan isteri yang masih utuh berdiri di sisinya.

“Abang ni kenapa..?? itulah..lain kali sembahyang dulu kalau nak tidur petang pun..tak adalah mengigau macam ni..!” bebel isterinya lalu melepaskan rangkulan Pak Kassim. Rimas jadinya bila diperlakukan sebegitu.

“Abang mimpikan Mah kena bunuh..kena bunuh dengan Dukun Unjam..”

“Ehh abang ni..mengarut je..! dah..pergilah mandi..solat..lepas tu jangan lupa pergi bank masukkan duit anak kita yang saya pesan tadi tu..” leternya lalu terus meninggalkan Pak Kassim termanggu sendiri. Dadanya diraup penuh kelegaan. Mujurlah itu hanya sekadar mimpi yang menggangu tidurnya. Walaupun ketakutan itu masih melekat di dinding hatinya, namun Pak kassim bersyukur bahawa kejadian itu hanyalah sekadar mimpi. Dia tekad, walau apa yang terjadi, tidak akan sesekali dia menyekutukan Allah dengan melanggar arahannya. Cukuplah ia sekadar mimpi, janganlah hingga menjadi realiti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience