Penunggu Pohon Rambai Chapter 1

Mystery & Detective Completed 10294

Bab 1

Rahman bersiul menolak basikal tua jenama Riley miliknya. Siulan sekadar menghiburkan hati yang sedang panas menggelegak. Menggelegak dek kerana rantai basikalnya putus tanpa memberi salam.

Terlalu lama sudah basikal itu menjadi kuda tunggangannya saban hari. Banyak tahun juga basikal itu telah mencurahkan bakti pada si empunya milik.

Namun entah mengapa malam itu, meragam pula basikal Riley kesayangannya itu. Maka terpaksalah malam itu, Rahman menapak pulang rumah. Sambil menolak basikal tuanya.

"Hutih hutih helatiiii...herah herah helimaaaa.." bait lagu Putih-Putih Melati dendangan ST12 dinyanyikan Rahman. Sengau.

Ye. Rahman dilahirkan sedikit sengau. Kerana itulah dia digelar Rahman Sengau di seantero kampung.

Akan tetapi sesengau sengau Rahman, dia merupakan salah seorang penternak ikan keli yang berjaya di kampungnya. Dia disegani dek kerana kepandaiannya berniaga. Malah dia juga seorang yang pemurah.

Kerana itulah dia Rahman Sengau.

Lampu suluh yang dibawanya tiap malam, tiba-tiba sahaja berkelip-kelip seolah mahu padam. Diketuknya perlahan ke handle basikal, terus sahaja lampu itu terpadam tidak bernyawa.

"Haaalaa hau hii..hase hi hau hak hadammm..!" rungut Rahman sengau sambil menyelitkan lampu suluhnya ke poket baju melayu.

"Hapehah hasib haku hi..hantai hutus..hampu hadam.."keluhnya lagi mengenangkan nasib.

Rahman melihat kelilingnya. Semak belukar dan pohonan hutan memenuhi di sebelah kanannya. Dan di sebelah kiri..

TANAH PERKUBURAN KG. SIALANG

Rahman tepuk dahi. Bertambah satu lagi dugaannya. Dari keputusan rantai basikal, lampu terpadam dan kini terpaksa pula melalui kawasan perkuburan untuk pulang ke rumahnya.

Cerita-cerita tidak enak mengenai kawasan itu mula berlegar di kepala Rahman. Paling diingatinya kisah yang diceritakan si Mail semasa minum bersamanya tempoh hari di kedai kopi Wak Lan.

"Betul Man..! Orang kampung dah haru la ni..memang pokok rambai yang dekat kubur tu, ada penunggu dok tunggu dia..!" bersungguh Mail bercerita. Matanya mundar-mandir melihatkan sekeliling. Semua yang ada di kedai kopi itu, taat mendengar ceritanya.

"Hahhh..hau hipu..hane hade hantu haman hoden hacam hi.." Rahman meneguk kopi yang terhidang. Kuih jemput-jemput dikunyahnya penuh rakus. Cebisan surat khabar pembalut nasi lemak yang melihatkan foto Nora Danish dikerenyuknya.

"Harkhu harse hgau hang hirleee.." mulut masih penuh mengunyah, namun tetap juga dia ingin berbicara.

"Hang pasai pa Man..hang nak cakap, bagilah kosong mulut hang dulu..dah la hang cakap normal pun aku tak paham..bila hang cakap masa mulut penuh, lagilah aku tak paham.." berkerut dahi Mail memandang Rahman.

Jemput-jemput ditelannya. Rahman meneguk semula kopi untuk melicinkan tekaknya semula.

"Haku hakap..hau hu hile..!"

"Ehhh..aku cerita benda betul.. hang sembuq aku cakap aku menipu..!" Mail bangun dari kerusinya. Masakan dia menipu, kerana dia sendiri pernah melihatkan penunggu pohon rambai itu.

…bersambung

Bab akan datang:

Benarkah seperti yang dikatakan Mail ada hantu di pokok rambai itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience