Rasuk Gadis Melayu Chapter 4

Mystery & Detective Completed 10294

Bab 4

Hampir setengah jam menanti, dukun Hashim tiba menjengah bilik dengan termengah-mengah. Peluh renek mengalir di dahinya. Mungkin kepenatan mendaki anak tangga untuk menuju ke tingkat tiga bangunan asrama ini.

"Cepat..baringkan dia.." ucap dukun Hashim lalu terus mengenggam beberapa ulas lada hitam di telapak tangan kanannya. Mulut terkumat kamit membacakan serapah. Entah apa bait katanya tidak difahami.

"Dukun..kalau saya nak tengok wajah hantu yang merasuk tu..boleh..??"aku sendiri tidak tahu dari mana datangnya keberanian. Mungkin kerana pelajar yabg dirasuk itu adalah pelajar kesayanganku. Hingga aku merasakan ingin berbicara dengan makhluk yang merasuk dirinya itu.

"Boleh.." ucap dukun Hashim lantas menyuruhku memejamkan mata. Perlahan wajahku dipuput angin lembut dek hembusan nafas dukun Hashim yang meniup ke arahku. Bauan kemeyan makin kuat menusuk rongga hidungku.

"Buka matamu.." ucap dukun Hashim perlahan. Dengan penuh debaran, kelopak mata aku buka. Dalam hati berbisik entah gerangan apa yang akan kulihat nanti.

Saat mata terbuka luas, segalanya dapat aku perhatikan. Susuk tubuh Aishah yang sedang terbaring dilantai dikelilingi oleh beberapa pelajar dan Cikgu Shukri. Mereka tenang kerana tidak melihatkan apa yang tersembunyi. Namun aku, terkesima kerana ini adalah pemgalaman pertamaku. Melihat hantu dengan mata kepalaku sendiri. Dan dia kini mengadap mendepani aku dengan senyuman yang meleret.

"Jangan takut cikgu...tok dah 'kuncikan' dia..tanyalah apa yang cikgu hendak tanyakan.." ujar dukun Hashim kembali meratib sendirian. Aku terus memerhatikan sesusuk tubuh yang duduk bersila mendepani aku.

Tubuhnya kurus seperti tidak berisi. Rambutnya mengurai hingga melimpahi lantai. Kulitnya berkedut seolah tiada isi di balik kulit. Matanya cengkung menampakkan tulang yang membaluti. Dan wajahnya mengerikan. Lebih mengerikan daripada wajah mayat yang telah mati beratus tahun. Pucat dan tidak bermaya. Berulat dan bernanah. Hanya tersenyum meleret tanpa berkata apa.

"Kenapa kau suka merasuk pelajar di asrama ini..??" Aku memberanikan diri bertanyakan soalan. Namun dia hanya diam terus merenung ke arahku.

"Jawablah aku tanya..kenapa senyap..??" Memang ketika itu aku tidak tahu dari mana datangnya keberanian. Hinggakan diri hantu ituku cabar seperti manusia biasa.

"Kenapa kau tak pergi merasuk pelajar lelaki..??" Sekali lagi soalan aku halakan padanya. Namun dia tetap tersengih dan hanya memandang teguh ke arahku. Kepalanya terhuyung hayang dilenggokkan. Tetap tidak menjawab segala persoalanku.

"Kenapa mesti pelajar melayu..?? Kenapa kau tak merasuk pelajar Cina..?? India..??" Itu merupakan persoalan paling ketara ingin ku tahu jawapannya. Mengapa asyik sahaja pelajar Melayu yang diganggu selama ini? Bertahun sudah dia menggangu. Namun sasarannya tetap pelajar gadis melayu di sekolah itu.

"Jawablah..!! Kenapa gadis melayu..?!" Aku benar-benar kehilangan akal. Benar aku marah. Kalau boleh hendak sahaja aku memukul ke arah kepalanya yang melenggok seolah menyindir diriku ini.

"He he he.." kali ini barulah ku dengar suaranya yang serak itu. Dia tersengih lalu terus bangun. Hujung kepala Aishah ditujuinya. Perlahan helai rambut gadis itu diusapnya. Raut wajah Aishah diraupnya dengan jemari yang berkedut. Perlahan, wajahnya dipanggung semula melihatkan ke arah aku sambil berkata.

"Siapa bilang gadis melayu tak menawan..tak menarik hati..tiada terpikat..kalaulah memang tak mungkin aku tertarik..kalaulah memang tak mungkin aku kan jatuh....aduhaiiiii...!!"

Erkkkk!

"Lemah lembut gayanya..indah manis si dia..heyyy...!!"

"Ramai-ramai menyanyi..!!" Jeritnya sambil mengepang kedua belah tangan ke udara.

"Siapa bilang gadis melayu tak menawan..tak menarik hati..tiada terpikattttttt.." ulangnya semula menjawab segala persoalanku yang lama bernaung dalam diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience