Tren 7.30 PM Chapter 2

Mystery & Detective Completed 10294

Bab 2

“Lapar..??”

“Ha ah..tengahari tadi tak makan..sibuk sangat dalam office..banyak kerja..ingatkan dapatlah balik awal..boleh makan dekat rumah..”

Malang betul hari ni. Kerja menimbun sampai tak dapat nak makan tengahari. Sarapan pagi tadi pulak makan kuih je. Nak balik ni pulak tren buat hal. Bersapau dah sejam lebih aku dekat stesen ni.

“Hmmm..” apa lagi boleh dibuat? Mengeluh je lah.

Pandang lagi di sekeliling. Makin ramai pula yang mengerumuni ruang dalam stesen itu. Semuanya resah menanti ketibaan tren yang entah bila siap dibaikinya. Ada yang menggaru kepala, ada yang terlentok tidur berlandaskan dinding stesen dan tak kurang juga ada yang terjoget-joget seorangan melayan dendangan lagu di cuping telinga. Paling ketara dikalangan semua manusia di stesen itu adalah golongan yang terkena sindrom tunduk. Hampir 80% pengguna tren di situ semuanya tertunduk. Tiada menghiraukan orang lain di kiri dan kanan mereka. Tunduk mengadap dan membelek handphone masing-masing. Fac, Whatsap, Wechat, Instagram dan macam-macam lagilah media sosial yang dimuatkan ke dalam telefon bimbit masing-masing. Apalah nak jadi dunia ni kan?? Masyarakat seolah hilang kata-kata.

“Anak tinggal dekat mana..??” mak cik sebelah bersuara semula. Pantas kepala Azizah berputar melihatkan wajah makcik yang menegurnya. Pandangan Azizah terpaku memerhatikan wajah makcik itu. Azizah cuba mengagak umurnya. Mungkin dalam lingkungan 50an. Kedut jelas kelihatan di wajahnya. Sedikit pucat wajah itu seperti kekurangan darah. Makcik ni tak sihat ke??

“Saya tinggal dekat Kajang mak cik..” tutur Azizah.

“Kerjanya dekat mana..??”

“Ampang mak cik..”

“Jauhnya kerja..??”

Apa nak buat mak cik. Kos hidup tinggal di bandar besar macam Kuala Lumpur ni buatkan aku terpaksa tinggal jauh dari tempat kerja. Nak sewa rumah dekat Ampang? Memang tak lah. Sewa bilik saiz 5 kaki x 10 kaki, saiz reban ayam tu pun dah RM800 sebulan. Inikan pulak nak sewa sebiji rumah dalam kawasan Ampang. Habis gaji sebulan aku rasanya dek bayar sewa rumah je nanti.

“he he he..dah biasa mak cik..”

Mak cik itu hanya mengangguk dan menundukkan kepalanya setelah mendengar jawapan dari Azizah. Kesian Azizah memerhatikan mak cik itu. Dia nampak seolah mak cik itu punya masalah yang dipendamnya. Bukan mahu mengambil tahu urusan tepi kain orang lain, tapi dia dapat melihat seperti ada kecelaruan di balik mata mak cik itu. Mukanya pucat seperti menanggung kesakitan yang teramat. Atau mungkin juga dia sedang menahan lapar seperti aku??

“Mak cik tak apa-apa ke..??” Azizah membongkok sedikit melihatkan mak cik yang sedang tunduk diam. Mendengarkan soalan Azizah dia mendongak semula kepalanya. Tepat wajah Azizah diperhatikannya. Namun mak cik itu hanya menggelengkan kepalanya. Tiada satu pun tutur kata keluar dari mulutnya.

…bersambung

Bab akan datang:

Mengapa mak cik itu tidak bercakap? Adakah dia sedang menahan sakit?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience