Puja Chapter 4

Mystery & Detective Completed 10294

Bab 4

Antara dirinya dirobek atau mencederakan sesiapa sahaja yang muncul dihadapannya ketika itu.

Kerana pujukan dengan kata-kata tidak mampu meredakan suasana itu, Azlan tekad memecahkan pintu bilik Faris.Saat pintu itu terbuka luas, Faris dilihatnya sedang duduk bersila di atas katil dengan sebilah gunting.Faris tersenyum perlihatkan barisan giginya.Dalam kegelapan bilik yang tiada langsung dipasangkan lampu, Faris termanggu sendiri.

“Faris..mengucap..” perlahan dia merapati Faris sambil ibunya hanya berdiri di pintu memerhatikan gelagat dua rakan baik itu.Azlan pasti yang Faris berada dalam situasi tekanan dan dipalit pelbagai emosi.Dia tidak boleh berkeras. Kerana dia sendiri tidak tahu apa yang sedang direncanakan di dalam fikiran Faris kala itu.

“Pergi..!!” jerit Faris meliukkan tubuh memerhatikan ibunya yang berdiri di muka pintu. Cukup dibencinya kala melihatkan wajah itu.

“Faris..mengucap..itu ibu kau yang kau marahkan tu..” pujuk Azlan terus menerus. Sekilas pandangannya dikalihkan kea rah ibu faris.Diarahnya pergi hanya dengan isyarat. Sedaya upaya dia akan cuba mententeramkan Faris yang sedang dalam kekeliruan itu.

“Kita akan mati Lan..kita akan mati..” sedu diucapnya. Faris kembali tundukkan wajah sambil hujung kakinya dilunjurkan.Mulut terkumat kamit entah apa butir kata yang disebutnya.

“Aku ada acara nak lepaskan kita dari belenggu ni Lan..” bisik Faris perlahan. Dia mengengsot merapati Azlan yang duduk di bucu katil dengan pandangan yang tidak dilepaskan ke arah bilah gunting yang dipegang Faris.

“Letak dulu gunting tu Faris..” gusar dengan tingkah laku Faris, Azlan bangkit lalu menjauhi dari sisi katil. Faris terkebil-kebil melihat lalu mengangkat naik gunting yang hampir sahaja meragut nyawanya.Akur dengan arahan Azlan.Gunting diletakkannya di kepala katil lalu terus sahaja dia berdiri merapati meja tulisnya.Sekeping kertas putih diambilnya dari laci. Dengan sebatang pen berdakwat merah dilakarnya susunan 26 abjad rumi dan sebaris nombor dari 0 hingga 9 di sekeliling kertas itu. Tiga kotak tertulisnya perkataan YES, NO dan HOME dilakar di pertengahan kertas.

“Kau buat apa ni Faris..??” tegur Azlan dari arah belakang. Dia masih ragu-ragu. Entah apa yang dilakukan Faris tidak dapat dilihatnya kerana terhalang dek tubuh. Saat Faris berpaling, lembaran kertas yang telah dilakarnya ditunjukkan kea rah Azlan dengan senyuman.

“Ini jalan keluar kita Lan..ini sahaja caranya..” lemaran kertas diletakkan ke lantai bilik. Faris bersila mengadap kepingan kertas yang terletak rapi di lantai bilik.

“Ouija board..?? kau gila ke..?!” cukuplah hanya sekali pengalaman dia dengan papan puaka itu. Sudah lima jiwa ditariknya pergi. Kini hendak lagi mendambakan diri pada sekeping papan yang nyata membawa bencana.

“Ini sahaja caranya Azlan..roh berkeliaran tak dapat keluar kerana kita..kita biarkan dia tanpa diarahkan pergi..kau pun tahu syarat yang dikenakan ke atas pemuja Ouija..!” tegas Faris dengan mata yang dijegilkan kearah Azlan.

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah Azlan akan menuruti cadangan Faris agar dapat hentikan semua ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience