Puja Chapter 5

Mystery & Detective Completed 10294

Bab 5

Dia tetap yakin. Pemujaan itu harus ditamatkan dengan cara yang telah disyaratkan. Tiada lagi jalan keluar yang lain.

“Tapi..” ucap Azlan terketar-ketar. Dia yakin Faris tidak seberani itu.Dalam hati tetap berkata bahawa itu bukan Faris yang dikenalinya.

“Tak ada tapi lagi..sebelum nyawa kita melayang..kita kena usahakan jalan untuk selamatkan diri kita..” Faris terus memaksa.Azlan terpaksa akur walau bergelodak dalam hatinya.Dia duduk bersila mendepani Faris yang telah bersiap sedia dengan sekeping duit syiling.Dengan helaan nafas panjang, Azlan meletakkan hujung jari telunjuknya ke atas sekeping duit syiling yang berada di kotak HOME.

“Kita mulakan..??” ucap Faris tersenyum seimpul. Azlan sekadar mengangguk.

“Spirit spirit of the coin..if you are here..come join with us..” mantera singkat dibacakan Faris sambil bola matanya terpaku melihatkan hujung jari di atas duit syiling. Azlan diam tidak berkata apa. Dia tahu ritual itu.Namun kali ini biarlah Faris yang mengemudinya pula.

“Spirit spirit of the coin..if you are here..come join with us..” kali kedua mantera itu dibacakan Faris. Kali ini lebih lantang.Namun masih tiada reaksi atau sebarang pergerakan pada duit syiling di atas papan Ouija lukisannya itu.

Pandangan Azlan dan Faris bertaut.Ini semua tidak masuk akal.Azlan kian runsing.Mungkin tiada lagi jalan keluar seperti yang didakwa Faris. Ini semua kerja gila!

Baru sahaja Azlan hendak meluahkan rasa tidak senangnya, kepingan syiling mula bergerak dengan sendirinya.Membawa jari mengekori pergerakan duit syiling.Dari kotak HOME meuju ke kotak YES.Azlan meneguk air liurnya. Roh itu telah datang!

Faris gumam seketika.Namun semangat diperkuatkannya.Dia tidak mahu lagi dibelenggu keresahan.Dia mahu dilepaskan dari rantai maut yang mengikat dirinya itu.

“Siapa nama kau..??” ucap Faris perlahan. Ucap katanya cuba berdiplomasi. Perlahan-lahan jari mereka dibawa dari satu huruf ke satu huruf. Ejaan membentuk satu nama memperkenalkan dirinya.

Z-A-K-I

Tak mungkin. Itu nama salah seorang rakan mereka yang telah terbunuh minggu lepas. Mengapa pula nama itu yang dieja oleh roh yang meresap ke kepingan syiling itu? Faris tidak boleh leka.Dia perlu meneruskan upacara itu. Biar apa sahaja dugaan yang mendatang.

“Boleh kau lepaskan kami Zaki..??”Faris meneruskan perbualannya dengan roh yang mungkin sedang menyesatkan mereka itu.

Syiling bergerak perlahan-lahan menuju ke kotak NO.

“Tapi kenapa..??”Faris terus menyoal.

S-Y-A-R-A-T

“Dia letakkan syarat untuk lepaskan kita..” kata-kata Azlan dibalas anggukan oleh Faris.

“Apa syaratnya..??”

B-U-N-U-H

“Faris..aku rasa ada yang tak kena ni..bukan ini sepatutnya yang kita lakukan..aku tak rasa syarat ini jalan keluar yang sesuai..kita hantar saja dia balik..” Azlan kian dihimpit rasa seram.Bulu romanya kian meremang.Kesejukan tiba-tiba sahaja melanda walaupun tiada angin yang berpuput di dalam bilik itu.

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah kebebasan yang dimaksudkan adalah dengan membunuh?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience