Pssstt Chapter 3

Mystery & Detective Completed 10294

Bab 3

“Maksud puan…hantu..??” kata-kata Kak Jah itu mendakap perhatian Aishah. Sememangnya dia tidak pernah mempercayai akan perkara karut marut sebegitu. Mana mungkin hantu itu wujud. Lebih-lebih lagi di ibu kota yang pesat membangun seperti Kuala Lumpur itu. Mungkin jua hantu-hantu sendiri telah bertempiaran melarikan diri dek kerana pembangunan itu.

“Tak ada apelah kak..lagipun hantu mana ada wujud kan..??” tingkahnya bersahaja lalu terus mengadap kembali kerjanya yang berderet tunggu disiapkan. Kak Jah tersengih lalu melepaskan sengihan terhadap kata-kata sinikal Aishah itu.

“Puan nak dengar satu cerita..??”

“Boleh jugak..” alang-alang dirinya mula diselubungi rasa mengantuk, jika ada yang duduk berbual atau bercerita padanya, sekurang-kurangnya rasa mengantuk itu akan pergi jua. Aishah hanya menanti dengan ketukan ke atas papan kekunci komputernya. Kak Jah membetulkan sisi duduknya lalu mengarah ke sisi Aishah.

“Ada suatu kisah dahulu tentang seorang wanita yang membunuh diri..nekad memutuskan nyawanya dengan melemaskan diri di dalam tangki air di pejabatnya bekerja...hampir dua minggu mayatnya tak dijumpai sesiapa..”

Aishah tolehkan wajah memerhatikan Kak Jah yang telah mula bercerita. Tidak disangkanya pula cerita sebegitu yang ingin diceritakannya. Kala larut malam menjengah tiba, cerita berunsurkan pembunuhan pula jadi topiknya. Namun dia akur. Terus memasang telinga mendengarkan celoteh rakan barunya itu.

“Disebabkan tekanan kerja yang melampau, wanita tu tekad untuk membunuh dirinya..entah kenapa tiada siapa yang tahu akan puncanya..namun yang menjadi persoalan sehingga sekarang, entah kenapa bayangan wanita itu masih tak mahu pergi meninggalkan ruangan pejabat tempatnya bekerja..”

“Maksudnya..roh perempuan tu berkeliaran..??” tertarik dengan penceritaan Kak jah, Aishah terhenti kerjanya seketika. Pandangannya terus terarah melihatkan Kak jah yang mengangguk mengiakan kata-katanya itu.

“Hampir setiap malam roh perempuan tu akan berlegar di sekitar pejabatnya..ada suatu masa, seorang pekerja yang baru bekerja di pejabat itu, disakat sehingga meracau pekerja tu dibuatnya..keesokan harinya bila semua pekerja masuk pejabat, mereka nampak budak yang baru bekerja tu terdampar dekat depan lif..”

Aishah meneguk air liurnya saat melihatkan wajah Kak Jah yang semakin serius bercerita. Sesekali tangannya mengarau ke udara.

“Budak perempuan tu kena bunuh ke..??” soal Aishah ragu-ragu. Tidak pernah pula didengarinya selama ini ada manusia yang mati dek dibunuh jembalang. Manusia berbunuh sesama manusia adalah didengarinya.

“Tak..budak perempuan tu pengsan,,tapi bila dia dah sedar, orang soal tentang punca dia pengsan di pejabat tu, dia cakap dia ada berbual dengan seorang wanita..masa tu dah larut malam..dia cakap perempuan misteri tu datang masa dia tengah membancuh kopi di pantri..bila dia toleh ke belakang, ada susuk tubuh yang berdiri perhatikan dia..”

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah cerita yang Kak Jah sampaikan itu adalah budak perempuan di pejabat itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience