Potret Miyoko Chapter 3

Mystery & Detective Completed 10294

Bab 3

Huluran sabun di muka pintu tandas pantas disambut Azman. Ketika itu dia masih ingat lagi yang kulit tangannya bersentuhan dengan tangan Ina. Yang menimbulkan keanehan pada dirinya ketika itu, telapak tangan Ina dirasakan amat kasar dan berkedut. Azman hanya menyangka yang mungkin isterinya baru selesai mencuci pinggan di dapur. Kerana itulah kulit tangannya sedikit kesat berbanding biasa. Telahannya bersangka mungkinkah ada kaitan antara cerita isterinya itu dengab peristiwa yang dialaminya sendiri itu. Azman menggeleng. Tidak mungkin bisik hatinya.

"Macam mana pulak sayang tahu nama dia Miyoko..??" Azman segera membuang jauh angannya. Wajah Ina diperhatikan semula.

"Sayang pernah bercakap dengan dia.." tersekat-sekat suaranya. Sekali lagi dia mengilas wajah melihatkan ke arah tangga. Terasa seperti ada yang melihatnya dari situ.

"Sayang..??"tegur Azman kembali saat Ina seperti kehilangan arah.

"Haaa..??"

"Abang tanya..mana sayang tau nama dia Miyoko..??"

Ina merenung dalam wajah Azman. Buntang bola matanya hingga menampakkan urat halus dalam bola matanya.

"Sayang cakap sayang ada bercakap dengan dia..!!" tempik Ina tidak bersebab.

"Ehh..kenapa pulak nak marah-marah ni..??"

Ina hanya diam dan tertunduk. Dia langsung tidak mempedulikan Azman di hadapannya. Hujung kakinya menghentak perlahan ke lantai. Jari tangannya menggesek laju skrin telefon bimbitnya.

"Sayang..??" telapak tangan Ina dielus Azman.

"Kau nak tengok Miyoko..??" Ujar Ina masih lagi tertunduk. Wajahnya disembunyikan di balik helaian rambutnya yang mengurai panjang. Dan suara itu agak keanak-anakan didengarinya. Tidak seperti biasa.

Azman kaget. Apa sebenarnya terjadi pada Ina langsung tak dapat ditekanya. Tiba-tiba sahaja perwatakannya berubah.

"Sayang kenapa ni..??" Azman mula bertinggung di hadapan isterinya. Bahu Ina digenggamnya kemas. Perlahan rambut Ina diselaknya. Namun wajah itu masih lagi tidak dapat dilihatnya jelas.

"Aku tanya..kau nak tengok Miyoko atau tak..?!" Azman ditolak kasar oleh Ina. Tercampak Azman sedikit ke belakang akibat tolakan itu. Dia jadi tak keruan. Ina seperti kerasukan. Semakin galak dia menjerit tidak ketentuan arah. Habis segala bantal yang tersisip rapi di atas sofa itu dicampaknya ke arah Azman.

"Aku tanya kau nak tengok Miyoko atau tak..?!" ucapnya buat kali yang ketiga. Kali ini wajahnya didongak perlahan memandang Azman. Sinis senyuman dilemparkan ke arah Azman. Jari kanannya melambai memanggil Azman minta dirapati.

"Sayang..bawak mengucap sayang..kenapa ni...??" Azman bingkas berdiri. Dia yakin ada sesuatu yang tidak kena dengan isterinya itu. Matanya meliar tercari-cari telefon bimbitnya. Dia perlukan pertolongan seseorang yang lebih arif. Mungkin Uztaz Rahim yang selalu menjadi imam di surau taman perumahannya itu. Namun hampa kerana telefon bimbit itu betul-betul berada di sebelah isterinya. Azman kehilangan punca.

…bersambung

Bab akan datang:

Siapakah yang dapat membantu Azman?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience