Dukun Unjam Chapter 1

Mystery & Detective Completed 10294

Bab 1

Lautan luas bukan tempat untuk dicabar. Lautan luas bukan tempat untuk menguji segala kekuatan. Lautan luas bukanlah tempat untuk dipersendakan kewujudannya. Bentangan alam yang meliputi tiga per empat bentuk muka bumi itu bukanlah sesuatu yang boleh diambil enteng kewujudannya.

Punca rezeki kepada sebilangan nelayan yang menjadikan lautan sebagai tempat pekerjaan. Ikan dipukat dan dikail naik untuk dijadikan punca pendapatan. Ikan yang dibawa naik ke daratan dijual dan ditukar nilainya dengan wang ringgit. Agar hasil yang diperolehi mampu untuk menampung perbelanjaan harian seisi keluarga. Semakin banyak hasil laut yang dikaut naik, maka semakin banyaklah perolehan yang diterima oleh si nelayan setibanya ke darat setelah seharian meredah lautan mencari rezeki.

Namun tidak semua nasibnya baik. Ada masanya hasil yang diperoleh tidak seberapa. Ada masanya hasil yang diperoleh tidak selumayan yang diharapkan. Sekadar cukup-cukup makan untuk menampung perbelanjaan harian. Lumrah hidup seorang nelayan yang berkubang di lautan mencari sesuap nasi.

Dalam keterujaan nelayan mencari rezeki di laut, ada segelintir yang menjadi alpa dengan kenikmatan dunia yang dikecapi. Tidak kurang jua yang mengeluh kesah setiap hari kerana merasakan sia-sia membanting tulang empat kerat seharian pabila hasilnya tidak seberapa. Dan kelompok inilah yang akhirnya terjerat dalam kancah yang tidak direstui sang Pencipta. Pabila nafsu menggelodak jiwa. Pabila hasad menguasai diri. Hinggakan menjerat diri mempergunakan syaitan sebagai pendamping diri.

Dan disinilah permulaan kisah dukun yang dipergunakan nelayan untuk mengaut hasil laut yang lumayan. Dan dukun itu adalah Dukun Unjam. Dukun si penarik ikan.

Pak Kassim mengeluh berat melihatkan hasil pukatnya yang baru ditarik naik. Hanya beberapa ekor ikan tamban dan selar kuning sahaja yang berjaya dibawanya naik. Tiada lagi ikan-ikan bersaiz mega yang menjadi mangsa kepada pukatnya sejak sekian lama dia menjadi nelayan di laut bebas itu. Keringat yang dipiuh seharian seakan tidak berbaloi dirasakannya. Pelaburan yang dilaburkannya terhadap bot, kelengkapan dan pekerjanya seakan tidak balik modal. Hanya kerugian yang jelas dapat dilihatnya dengan mata kasar.

“Kemanalah ikan-ikan ni pergi..” keluhan berat dilepaskan Pak Kassim. Dia tersandar di tengah-tengah bot menghilangkan penat yang bersarang. Matahari dilihatnya makin meningkat naik menerikkan suasana. Asap rokok yang baru dihidupkannya dihisap dalam-dalam. Seolah cuba merawat segala gundah dalam dadanya. Dia cuba bertenang dan berfikir sejenak akan keperitan yang dialaminya.

“Bukan rezeki kita Sim..kalau ada rezeki Allah bagi..dah tentu bertong-tong ikan kita bawak naik..tapi kalau tak ada rezeki..macam inilah..tarik pukat kosong je naik ke atas bot..” ucap Pak Rahim rakan baiknya selama ini. Pak Kassim dan Pak Rahim bersahabat sejak dari zaman bujangnya lagi.

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah Pak Kassim yang menggunakan khidmat Dukun Unjam itu untuk mendapatkan rezeki?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience