Lesung Chapter 2

Mystery & Detective Completed 10294

Bab 2

Anak mata langsung tidak dialihkan dari melihatkan binaan istana lama di sebelah kiri teksinya itu. Kerana sejarah istana itu tidak seindah keteguhan binaannya.

“Woww..! Ada istana rupanya.. ingatkan nama kampung ni sekadar nama sahaja..kalau saya nak pergi istana tu ambil gambar sekejap boleh pak cik..??”

“Jangan mengarut..!!” tengking pemandu teksi yang wajahnya mula pucat. Farisha langsung diam tidak berkata apa. Entah mengapa soalannya seolah langsung tidak digemari oleh pemandu teksi itu. Mungkin masih marah kerana dipaksa membawanya masuk ke dalam laluan ini fikir Farisha.

“Pak cik..berhenti dekat tepi tu..” ucap Farisha selepas dilihatnya sebuah pondok kecil di kanan jalan. Menurut kata ibunya, berhadapan dengan rumah nenek saudaranya itu ada sebuah pondok. Setelah dilihatnya sekeliling, sebuah rumah lama yang terpisah jauh dari rumah-rumah kampung yang lain mendakap perhatiannya.

“Ini rasanya rumah nenek saudara saya tu pak cik..”

“Rasanya..?? apa maksud anak ni..??”

“Saya sebenarnya tak pernah datang ke rumah nenek saudara saya ni..baru pertama kali..kalau ikutkan gambaran yang mak saya beritahu, mungkin inilah rumahnya itu..” bayaran tambang yang dipinta segera dijelaskan Farisha. Hari hampir sahaja senja saat dia melangkah keluar dari teksi yang membawanya kesitu. Kiri dan kanan jalan diperhatikannya cukup lengang. Tiada langsung sebuah rumah yang berdekatan dengan rumah nenek saudaranya itu. Langkah kaki dibawanya masuk mendekati rumah.

“Assalamualaikum..!”

Hening. Daun tingkap yang tertutup rapi di sekeliling rumah kayu itu seakan menandakan rumah itu tidak berpenghuni. Namun gerak hati berat mengatakan itulah rumahnya. Farisha kekal menanti di hujung anak tangga rumah sambil anak matanya meliar melihatkan sekeliling.

“Assalamualaikum..!” salam kali keduanya turut tidak dijawab sesiapa dari dalam. Bunyi burung gagak yang berbunyi nyaring dari atas sebatang pohon kelapa di laman rumah itu menyentak lamunan Farisha. Laungan gagak yang kemudiannya disahut dek lolongan lotong, sejenis monyet yang bersifat pemalu, bertalu-talu memecahkan hening senja itu. Farisha terdiam seketika.

Kuakan daun pintu rumah yang dibuka perlahan dari dalam sedikit melegakan hatinya. Tandanya rumah lama itu berpenghuni. Senyuman kembali bertaut di bibirnya setelah seketika dia dipalu dengan perasaan seram dan gundah.

“Assalamualaikum nek.. saya Farisha.. anak Salmah.. mak saya cakap, dia ada telefon nenek minggu lepas.. pasal saya nak menumpang sementara dekat rumah nenek ni..” ucap Farisha selepas sesusuk tubuh wanita tua mengintainya dari balik pintu. Samar cahaya dari dalam rumah menghalang Farisha untuk melihatkan susuk tubuh itu dengan lebih jelas.

“Masuklah cu..dah lama nenek tunggu kehadiran kamu..panggil sahaja nenek..nenek Su..” suara itu serak. Farisha mengangguk dan tersenyum. Maknanya arah tujuannya itu tepat. Tidak perlulah dia merisaukan lagi tentang perihal tersesat. Perlahan anak tangga didakinya menuju ke atas rumah.

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah nenek itu tinggal berseorangan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience