Penunggu Pohon Rambai Chapter 2

Mystery & Detective Completed 10294

Bab 2

"Sabaq Mail.. hang orang macam Man ni, hang kene banyak istighfar.." Majid pula cuba menenangkan Mail.

"Hau hite ha hagi.. haku hak hengar.." Rahman kembali pasang telinga. Hendak mendengar seseram mana cerita si Mail itu.

"Hade horang hakap.." Mail mengajuk sengau si Rahman. Penumbuk diangkat Rahman diarahkan kepada Mail.

"Sorry..tersasul.." Mail tertawa.

"Ada orang habaq mai.. ataih pokok tu ada penunggu..barang siapa dok lalu situ malam-malam.." Mail terhenti sambil membuntangkan matanya melihatkan Majid dan Rahman.

"Poommm...!!"

Tersentak Rahman tika Mail mengetuk meja sekuat hatinya.

"Hodoh hau hi..! Thejut haku.." rungut Rahman pucat lesi mukanya.

"Akan di ganggu oleh si penunggu pohon rambai tu.." Mail merendahkan nada suaranya. Tergeleng-geleng kepalanya seolah bermunajat.

"Hupe hantu hu hane..??" Rahman makin teruja.

"Rambutnya panjang mengurai separas lutut..mukanya tertutup dek rambut yang mengurai..kain putih berjela panjangnya membaluti diri.." Mail terangguk-angguk pula. Rahman mengepit kaki.

"Bila rambutnya terselak..terserlah mukanya yang hodoh..mata terjojol keluar sebelah..ulat-ulat kecil keluar dari liang mukanya..gigi taringnya panjang melepasi dagu..darah sentiasa tak henti mengalir keluar dari celahan giginya.." mata Mail makin mengecil memerhatikan Rahman. Dia yakin, Rahman telah mula gentar.

"Itu jalan kau balik tiap-tiap malam kan Man..??" Mail jungkitkan kening. Senyuman penuh makna diberikan pada Rahman. Meja diketuknya dengan jari sedetik demi sedetik. Menanti jawapan dari Rahman.

"Hahhh..hau hipu..!! Hantu hakde..!!" bentak Rahman dan terus beredar meninggalkan Mail dan Majid.

Kini, dia sendiri berhadapan demgan situasi seperti yang diceritakan Mail. Hari gelap, tiada bulan menerangi dan...

Pokok rambai hanya 50 meter sahaja dari tempatnya berdiri.

Pohon itu cukup rendang. Berpuluh tahun sudah lamanya pohon itu berdiri tegak di tanah kubur itu. Namun baru ini pertama kali didengarnya tentang penunggu di pokok itu.

"Hahh..hail hipu he hu..haje hak henehan haku.." bisik Rahman perlahan. Cuba menenangkan dirinya sendiri.

Langkah diatur perlahan. Matanya hanya terarah ke jalan yang samar-samar sahaja dilihatnya. Tanpa lampu suluh dan cahaya bulan, cukup sukar baginya melihat apa yang ada di hadapannya.

Rahman tersentak saat bunyi si burung pungguk memecah suasana. Cukup sayu bunyi yang didendangkan si burung pungguk. Seolah meniupkan irama seram terus ke cuping telinganya.

"Hantu hunya hurung..haku hapat hau..haku hijak-hijak hau.." matanya meliar mencari sinar mata si burung. Puas dikerlingnya ke setiap pelosok arah. Namun tetap tak kelihatan.

Kata orang andai ada binatang berbunyi di waktu malam, itu tandanya mereka melihatkan sesuatu. Sesuatu yang tidak dapat dilihat manusia. Mungkin sesuatu yang pelik. Kata orang tua-tua lagi, detak bunyi cicak di dalam rumah juga menandakan sesuatu.

Pokok rambai kini betul-betul di sebelah kanannya.

...bersambung

Bab akan datang:

Mengapa Mail kata pokok itu berpenunggu? Pernahkah dia melihat sendiri hantu itu muncul di hadapannya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience