Koridor Chapter 8

Mystery & Detective Completed 10294

Bab 8

Seperti sahaja dia hanya tinggal seorangan di bangunan itu. Tidak bertemankan sesiapa. Entah apa yang terjadi di ats sana, sukar dia sendiri hendak bayangkan. Nani bulatkan tekad. Dia perlu melaporkan pada pihak berkuasa. Biar sahaja mereka yang menguruskan perihal itu. Dia meredah malam keseorangan, membawa langkah laju meninggalkan perkarangan bangunan misteri itu.

Pihak polis tiba sejurus laporan dilakukan Nani. Perkarangan bangunan terang benderang dengan cahaya biru menerangi. Kawasan yang tadinya suram tiada sebarang bunyi, kini mula bingit dengan perbualan sesame anggota polis yang datang menyiasat.

Di tingkat empat bangunan, lokasi yang sama dimana pembunuhan ngeri pernah berlaku suatu ketika dahulu, ketiga-tiga rakan baik Nani itu dijumpai. Tergantung di siling bangunan dengan kesan kelaran di leher.

“Tuan..rasanya kita ada bukti untuk kes pembunuhan ini..” kamera milik Zaki yang terpasang di sepanjang masa dihulurkan seorang pegawai polis kepada pihak atasannya. Inspektor Hashim meneliti isi kandungan kamera dari awal kejadian itu bermula sehinggalah di saat Fahrin terjelepok jatuh. Setiap detik yang terakam ditelitinya.

Beberapa minit yang berlalu tanpa sebarang pergerakan, di hujung anak tangga kelihatan susuk tubuh Johar dan Fahrin menyusup naik dari arah anak tangga. Dan kemudian disusuli Nani yang menggenggam sebilah pisau di lengan kirinya. Satu persatu peristiwa itu ditelitinya sehinggalah keputusan akhir dibulatkan oleh Inspektor Hashim.

“Tahan Nani di atas tuduhan membunuh..” ucapnya perlahan. Anak matanya sekadar memerhati tiga susuk mayat yang diusung turun dengan beg mayat yang sudah tersarung. Dalam hatinya bertingkah resah dengan apa yang telah diperhatikannya. Entah mengapa manusia sanggup berbunuh sesama manusia fikirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience