Lesung Chapter 4

Mystery & Detective Completed 10294

Bab 4

Tidak pernah sekali dalam umurnya bermandikan air yang ditakung di dalam kolah. Mandi sekadar perlu. Hujung anak mata seakan menangkap sesuatu di celahan lapisan zink yang menutupi sekeliling tandas itu. Bila diperhatikannya, seolah ada anak mata yang mengintainya dari luar. Kemerahan dan menyala.

“Nenek..!!” jerit Farisha terus sahaja mencapai tuala mandinya. Tidak menyangka dalam arus kemodenan dunia, masih ada lagi yang masih berkelakuan tidak senonoh. Mengintai dari rekahan dinding yang terbelah. Dalam tubuh yang masih kuyup berbalutkan tuala mandi, Farisha bergegas melangkah keluar. Mujur nenek Su berada di luar tandas. Sedang mengusap lesung yang disusunya di rak kayu bersebelahan dinding.

“Kenapa menjerit cu..??”

“Ada orang mengintai dekat lubang tandas tu nek..” suara Farisha terketar. Kesejukan serta kegelisahan bercampur menjadi satu. Wajah nenek Su diperhatikan seolah tidak mempunyai reaksi apa.

“Ohh.. mungkin itu ‘anak’ nenek..” ucapnya perlahan.

“Anak..??”

Mak ada mengatakan padaku yang nenek Su ini tinggal bersama anaknya. Baru aku teringat setelah nenek Su berkata tentang anaknya itu. Tapi walaupun anak, takkanlah dia biarkan sahaja anaknya itu berperangai sebegitu. Perangai tidak senonoh yang mungkin akan mendatangkan bala pada dirinya sendiri nanti.

Farisha berpeluk tubuh menahan kesejukan. Sesekali anak matanya melirik melihatkan semula ke dalam tandas. Trauma rasanya hendak memasuki tandas itu semula setelah apa yang terjadi. Tidak mahu peristiwa sama berulang kedua kalinya. Farisha mengeluh berat.

Dalam kedinginan, Farisha kembali menolehkan wajah melihatkan nenk Su yang berada di hadapannya. Tubuh itu pegun melihatkan dirinya. Matanya tercacap melihatkan ke arah kaki Farisha. Pandangan itu langsung tidak dilepaskan walau untuk seketika.

“Kenapa ni nek..??” hairan. Farisha tundukkan wajah memerhati kearah kakinya. Darah!

“Farisha datang bulan nek.. terkejut pasal ada yang mengintai, kelam kabut Farisha tak sempat nak buat apa dalam tandas tadi..!” lelehan dikaki baru dirasakan hangat. Lelehan darah yang mencair turun bersama air mandian yang tidak sempat hendak dikeringkannya tadi, mengalir halus di kakinya turun ke lantai. Tidak sedar kerana ketakutan yang melanda tadi. Bergegas di semula masuk ke dalam tandas. Lubang rekahan tandas yang tadinya menjadi ketakutannya ditutup dengan tuala mandinya. Usai urusan dalam bilik airnya, Farisha kembali melangkah keluar. Teringat yang mungkin ada titisan darah yang menitik di lantai dapur. Pasti nenek Su tidak senang jika dia tidak membersihkannya.

“Takkan tak ada langsung darah yang menitis..??” bisik Farisha sendiri. Nenek Su diperhatinya sedang sendiri di singki dapur. Enggan menggangu, Farisha segera melangkah naik menyusuri anak tangga menuju ke bilik. Langkah kaki farisha sekadar dijeling oleh nenek Su dengan lirikan senyum. Serta bibir yang sedikit kemerahan.

…bersambung

Bab akan datang:

Nenek mempunyai ‘anak’? Adakah anak nenek bukannya manusia?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience