Lesung Chapter 10

Mystery & Detective Completed 10294

Bab 10

“Akak tahu ke apa-apa pasal istana lama tu..?? saya ingatkan petang nanti lepas balik dari sekolah nak singgah sekejap dekat situ.. pagi tadi ada sorang pak cik tengah menyapu laman istana tu..tapi tak sempat pulak saya nak menegur..”

“Jangan..” Cikgu Salmah terus sahaja menoleh. Terik wajahnya seakan tidak senang dengan hajat Farisha. Kerana Cikgu Salmah seakan tidak senang dengan hajatnya itu, Farisha sekadar berdiam diri tidak lagi berkata apa. Mungkin ada sesuatu yang menggangu fikiran Cikgu Salmah ketika itu.

“Ini cerita orang kampung yang menjadi buah mulut sesama mereka.. sejauh mana kebenarannya akak sendiri tak pasti..” termenung tanpa ada kelipan. Pandangan sekadar menatap timbunan buku di atas meja. Cikgu Salmah berat untuk menuturkannya. Namun untuk kebaikan Farisha, dia rasa dia perlu menyatakannya.

“Dahulu kononnya di dalam kampung itu, adanya seorang pemimpin yang berketurunan baik-baik..kata orang pemimpin itu dari keturunan bangsawan yang melarikan diri dari keluarganya lalu menetap dan membuat penempatan baru di kampung itu..dijadikan cerita, menetaplah dia dan berkeluargalah dia di sana sehingga akhir riwayatnya..” sebutir-sebutir ulas kata cikgu Salmah itu didengari Farisha dengan teliti. Cikgu Salmah menarik nafas panjang sebelum menyambung semula ceritanya.

“Tapi.. bukan semua yang kelihatan indah di luar itu, indah sama di dalamannya kan..??”

“Maksud akak..??”

“Semasa isteri si raja ini dahulu mengandung, dia pernah membuat permintaan pada si raja ini..dia mengidamkan sambal gesek yang dicicah bersama-sama dengan darah.. ikan bilis yang digaul mentah lalu dititiskan air asam limau dan beberapa titik darah.. sepanjang usia kandungan itu berada dalam perut si isteri raja itu, selama itulah dia dihidangkan dengan lauk sebegitu..”

“Akak ni biar betul..??”

“Tak ada gunanya kalau akak menipu Farisha kan..??”

Dan Farisha hanya mampu menunduk.

“Sembilan bulan selepas bayi itu dikandungkan, maka lahirlah dia ke muka bumi dengan selamatnya..tapi..” Cikgu Salmah terhenti bicaranya seketika. Belakang tengkuk diusapnya berkali-kali. Sesekali anak mata melihatkan sekeliling.

“Tapi apa kak..?? apa jadi pada bayi tu..??”

“Anak yang lahir tu bukan seperti bayi yang biasa..wajahnya seakan seekor anak lotong..badannya dipenuhi bulu halus dari kaki hingga ke muka..dan tangisannya seakan bunyi lolongan lotong yang biasa kita dengar dalam hutan tu..”

“Ya Allah..!” mulutnya ditekup dengan kedua belah tangan. Apa yang baru didengarinya itu benar-benar dirasakan ngeri. Entah mengapa pula sehingga begitu jadinya pada si bayi yang tidak berdosa itu.

“Kerana tidak dapat menerima kenyataan akan hal yang menimpanya..lalu anak kecil itu dibiarkan begitu sahaja oleh raja dan isterinya itu..bayi kecil itu diserahkan kepada tukang masak istana yang kebetulan hidupnya memang sebatang kara..tiada suami apatah lagi anak..

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah Nenek Su merupakan tukang masak istana seperti yang diceritakan Cikgu Salmah yang menjaga anak lotong itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience