Pssstt Chapter 2

Mystery & Detective Completed 10294

Bab 2

Tetapi dia tidak pasti apakah ia. Kerana tiada susuk tubuh ataupun kelipan kelopak mata yang dapat dilihatnya dalam kegelapan itu. Hanya bauan sahaja yang diberikan menandakan kehadirannya.

“Puan tak balik lagi..??” serta-merta tubuhnya seakan terhambur ke udara. Kepalang terkejutnya Aishah bila dia disapa sedemikian rupa dari arah belakang. Dia hanya mengurut dada sambil mengucapkan syukur dengan apa yang dilihatnya ketika itu. Seorang pengawal keselamatan bangunan berdiri betul-betul di belakangnya ketika itu.

“Terkejut saya awak tegur macam tu..” keluhnya berisi kelegaan. Sekurang-kurangnya dia tidak seorangan.

“Maaf puan..sebab saya tengok lampu pejabat masih menyala..pasal tu saya datang jenguk..tak sangka pula ada yang masih kerja lagi..” ucapnya lemah lembut. Lantas berpaling lalu melangkah untuk meninggalkan Aishah dengan kerjanya semula.

“Kak..boleh temankan saya sekejap tak..?? saya nak siapkan sikit saje kerja saya ni..seram pulak rasanya duduk sorang-sorang dalam pejabat ni..” pinta Aishah agar dirinya ditemani seketika. Dengan harapan pengawal keselamatan bangunan itu tidak menolak permintaannya.

“Boleh..” balasnya dengan senyuman terukir di bibir. Lantas dia berpaling lalu mendekati Aishah semula.

“Nama akak siapa..??”

“Panggil Kak Jah je..akak dah lama kerja dekat sini..Cuma jarang pulak ada yang kerja sampai ke tengah malam macam puan ni..” kerusi ditariknya lalu duduk bersebelahan dengan Aishah. Anak matanya sekdar memerhatikan jemari Aishah yang menari ligat di atas kekunci computer. Aishah kekal fokus terhadap aksara di papan pemuka komputernya. Debaran tadi hilang bersama waktu. Dengan adanya teman untuk dia menyelesaikan kerjanya ketika itu, tiada apa lagi yang hendak dirisaukannya.

“Puan dah lama kerja dekat sini..??”

Pandangan mereka bertaut. Dari tadi terlalu sibuk dengan kerjanya sehinggakan insan yang menemaninya itu pasti kebosanan fikirnya. Aishah bersandar sebentar. Wajah Kak Jah itu diperhatinya. Mungkin dalam lingkungan 50an umur Kak Jah itu fikirnya.

“Saya baru je pindah kerja dekat sini..tapi tak sangka pulak banyak sangat kerja yang pending sepeninggalan pekerja yang lama dulu..itu yang saya siapkan tu..” tuturnya dengan bersahaja. Sesekali pandangannya teralih melihatkan ruang pantry yang ada mengganggu fokusnya tadi. Entah mengapa sejak kemunculan Kak Jah itu, tiada pula kedengaran lagu bunyian pelik itu. Mungkin hantu itu gentarkan Kak Jah. Aishah tersengih lalu tersenyum sendiri.

“Kenapa puan tersenyum..??” lontaran soalan Kak Jah itu disambut Aishah dengan kening yang sedikit terangkat. Perlu atau tidak dia perjelaskan perihal tadi pada pengawal keselamatan itu?

“Tak ada apa pun sebenarnya..Cuma tadi saya rasa macam ada sesuatu yang menggangu saya dalam pejabat ni..itu yang saya mintakan akak temankan saya sekejap..” Aishah berterus terang agar Kak Jah tidak menyangka buruk terhadap dirinya.

…bersambung

Bab akan datang:

Apakah yang menganggu Aishah itu? Ada hantu ke di pejabat itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience