Potret Miyoko Chapter 5

Mystery & Detective Completed 10294

Bab 5

Celik separuh mata Ina memerhatikan Azman. Lega Azman melihatkan Ina kembali sedar setelah apa yang dilaluinya tadi.

"Kenapa dengan Ina bang..??" Ina mengurut perlahan kepalanya. Azman bertinggung di sebelah isterinya itu sambil mengusap telapak tangannya.

"Takde apa-apa sayang..sayang rehat kejap atas sofa ni..abang ambilkan air untuk sayang ye..??"

Ina mengangguk. Hanya membiarkan sahaja Azman berlalu pergi meninggalkan dia keseorangan di ruang tamu itu. Azman sekadar menuangkan secawan air suam ke dalam gelas dan segera kembali semula mendapatkan Ina. Dia duduk memangku kepala Ina di atas sofa itu.

"Minum air ni sayang.." huluran air suam ditolak Ina. Dia enggan menghirupnya walaupun setitik. Hanya menggeleng mengatakan tidak mahu.

"Abang bawak sayang naik atas ye..nanti kejap lagi abang nak ajak kawan abang datang rumah..nak tengok-tengokkan sayang.." Ustaz Rahim berlegar dalam fikiran Azman. Mungkin imam surau itu boleh membantunya. Namun terlebih dahulu dia perlu menguruskan Ina yang masih lemah tidak bermaya itu.

"Kejap lagilah bang..Ina nak baring atas pangkuan abang sekejap.." rayu Ina terus sahaja membatalkan niat Azman untuk bangkit. Wajah Ina diperhatikannya masih sugul. Mungkin kepenatan akibat dirasuk entah mana punya jembalang. Azman hanya membiarkan sahaja Ina rebah di pangkuan pehanya sementara menunggu saat dia kembali tenang semula.

"Abang.."

"Hmm..??"

"Miyoko tu comel tak..??"

Soalan Ina kembali menghadirkan debar di dada Azman. Kembali pandangan mereka bertaut. Namun Ina seperti tidak mengetahui apa yang sedang diperkatakannya.

"Sudahlah sayang..takde apalah.." seraya soalan itu dipangkas Azman. Namun debar dihati masih berbaki.

"Ok.." Ina terus berdiam diri. Kepala dilenggokkan sedikit mengereng merapati badan Azman. Lega Azman seketika. Mungkin sekadar soalan bersahaja dari Ina fikirnya.

Melihatkan Ina yang terlelap, Azman segera mencapai telefon bimbit isterinya itu. Dibeleknya galeri album gambar yang tersimpan di dalam telefon itu. Dia mencari semula gambar Miyoko yang dilihatnya tadi. Namun sesuatu yang tak dijangkanya terpampang di skrin telefon itu. Puluhan potret selfie Ina sendirian di dalam rumah itu.

…bersambung

Bab akan datang:

Apa yang dia lihat melalui potret selfie Ina itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience