Dukun Unjam Chapter 9

Mystery & Detective Completed 10294

Bab 9

Pak Kassim diam seribu bahasa saat semua pekerjanya mengasingkan ikan ke dalam peti. Fikirannya jauh melayang memikirkan perihal bala yang bakal menimpanya. Tidak disoalnya pula semalam bala jenis apakah yang bakal menimpa. Dia duduk termenung seorangan sambil memerhatikan peti ikannya dipenuhi hingga tidak mampu ditutup.

“Kita naik ke jeti dulu..cuaca tak berapa cantik dekat depan sana..” rebut kelihatan mula membukat di tengah lautan. Gusar jika bot kecil miliknya itu dilambung ombak tinggi, Pak Kassim segera bertindak untuk meninggalkan kawasan itu untuk menuju ke jeti.

Segala urusan diselesaikan di dalam hujan yang turun bagaikan tidak mahu berhenti. Kelibat Ah Siong yang tidak berhenti menguntumkan senyum saat menerima lambakan ikan dari bot milik Pak Kassim. Wang ringgit yang menjadi upahnya melaut diagihkan kepada pekerjanya yang selama ini setia bersamanya. Saat bot ditambat di jeti sebelum menuju pulang ke rumah, seekor gagak dilihatnya bertenggek terpaku di atas bumbung rumahnya, kebasahan dalam hujan.

“Apa dibuatnya gagak ni bertenggek dalam hujan..??” hati kecilnya bermonolog sendiri. Detak hujan yang mengetuk cucur atap mengiringi langkahnya memasuki rumah. Dalam kebasahan Pak Kassim tercari-cari isterinya. Selalunya saat dia pulang ke umah, pasti wajah isterinya itu akan menghiasi di tabir pintu. Namun tidak pada hari ini.

“Mana pula hilangnya bini aku ni..??” seluruh pelusuk rumah dicarinya. Wajah si isteri langsung tidak kelihatan. Mungkin ke rumah sebelah lalu terperangkap dalam hujan fikir Pak Kassim. Tanpa berfikir panjang, bilik air terus ditujuinya. Selesai urusannya di bilik mandi, wajah isteri tetap tidak kelihatan. Dek kerana lapar yang kepalang, meja makan ditujunya untuk menjamah apa yang telah disediakan oleh isterinya. Sedang leka dia menjamah makanan di dapur, bunyi papan bergesel di atas ruang ramu rumah ditangkap telinganya. Mungkin isterinya telah pulang fikir Pak Kassim. Dia hanya menanti sambil melihatkan ke arah pintu dapur. Bunyi keriukan lantai itu masih tidak berhenti. Seolah ada seseorang mundar mandir sahaja di ruang tamu rumahnya.

“Mah..??” panggil Pak Kassim terhadap isterinya. Namun tidak bersahut. Lama dinantinya, namun wajah itu tidak kunjung tiba jua. Usai makanan dihabiskan, Pak Kassim membawa langkah menuju ke arah ruang tamu rumah. Lampu tidak terpasang saat dia turun ke dapur tadi. Dalam kelam, suis lampu rumahnya dicari dengan tangan meraba-raba ke arah dinding rumah.

Di saat lampu kalimantang ruang tamu rumahnya menyala terang, terlihatlah dia sekujur tubuh yang terbaring tidak sedarkan diri di atas lantai. Wajah isteri yang selama ini mendampingi dirinya seakan pucat tidak bernyawa. Berkejar Pak Kassim mendapatkan isterinya lalu terus sahaja dipangkunya ke ribaan.

…bersambung

Bab akan datang:

Apa yang terjadi dengan isteri Pak Kassim? Mengapa dia tidak sedar diri?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience