Miyoko Tiga Pagi Chapter 1

Mystery & Detective Completed 10294

Bab 1

Dia datang..

Dengan lenggang lenggoknya..

Dia datang..

Dengan senyum manisnya..

Miyoko menyusuri laluan utama di Taman Anggerik. Sebuah taman yang baru dibuka sejak beberapa hari yang lepas. Dia mencari kediaman barunya selepas kediaman lamanya dirobohi akibat dari pembangunan pesat di kawasan itu. Dia melangkah, setapak demi setapak, mencari-cari rumah barunya.

“Nak masuk rumah mana..??”

Di kiri dan kanannya berdiri megah deretan rumah teres dua tingkat yang masih kosong dan tidak berpenghuni. Cuma segelintir sahaja penghuninya masih belum mendiami kediaman baru itu. Yang lain-lain, masih kosong dan bergelap.

Miyoko teringat kembali kediaman lamanya dahulu sebelum kawasan itu dibangunkan. Berpuluh tahun dia telah menetap disana bersendirian. Tiada siapa pernah menggangu dirinya saat itu. Namun manusia, rakus, tanpa perasaan belas terus sahaja membinasakan apa sahaja yang berda di depan mata. Bertiketkan atas nama pembangunan, lereng bukit tempatnya selalu bermain, diratakan. Kerana pembangunan, anak air yang menjadi tempat mandinya sebelum ini ditimbus. Kerana pembangunan, perkuburan lama ibu dan ayahnya, Haruka dan Jeneral Kumito diratah jua tanpa belas.

Miyoko menaruh dendam dengan kezaliman manusia. Kerana kezaliman itu, dia terpisah dengan kuburan ayah dan ibunya. Kerana kezaliman itu, dia kini tiada punya apa. Kerana kezaliman itu, dia kini keseorangan. Keseorangan mencari laluan hidup barunya di kawasan yang baru.

“Siapa nak tumpangkan Miyoko..??” dia merintih sendiri. Terus melangkah di sisi kanan jalan raya mencuri lihat andai ada yang memberinya peluang untuk menumpang dalam rumah mereka. Ada jua tempat teduhnya sementara dia mencuba mencari kediaman yang baru kelak.

Laungan azan Isyak kedengaran jelas dari hujung taman. Sebuah surau yang dibina untuk penghuni taman itu mula diisi dengan Jemaah. Beberapa penghuni taman mula menjadikan surau di taman itu sebagai tempat untuk mengadap tuhan yang maha esa. Namun Miyoko menaruh perasaan benci terhadap kawasan itu. Tiap kali dia melewati kawasan surau itu, pasti dia akan merasakan tidak selesa. Seperti ada sesuatu yang menolaknya daripada kesana.

“Miyoko tak nak pergi sana lagi..” rungutnya. Dia teringat kembali peristiwa minggu pertama taman itu mula didiami. Waktu itu, dia sudah berpunyakan sebuah rumah untuk ditumpanginya.

Namun hanya sementara. Rumah itu duduknya betul-betul bersebelahan dengan kawasan surau yang dibencinya itu. Setiap kali laungan itu berkumandang ke udara, pasti dia akan merasakan kegahangan yang tidak terperi. Kulitnya terasa disiat-siat. Mukanya terasa seperti disiram air yang menggelegak. Tubuhnya terasa seperti dipanggang di atas bara yang memanas.

Makin lama dia menetap di dalam rumah itu, makin dia merasakan tidak selesa. Rumah itu tidak seperti rumah lamanya dahulu. Hanya sebuah kolong lama yang ditinggalkan di dalam hutan.

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah rumah itu berhantu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience