Lesung Chapter 11

Mystery & Detective Completed 10294

Bab 11

Mereka dibiarkan hidup terasing di pinggir istana selepas sahaja kejadian itu..lagipun, ada desas desus mengatakan yang segala itu berpunca dari tukang masak itu sendiri..hinggakan isteri raja itu melahirkan seorang bayi yang berupakan lotong..”

Farisha hanya mampu membayangkan dalam fikirannya sendiri bagaimanakah terjadi perkara sebegitu. Jika difikirkan logik, sudah tentu mustahil perkara sebegitu untuk berlaku. Bagaimana sepasang suami isteri yang sememangnya ternanti-nanti kelahiran bayi sulung itu dikejutkan dengan kemunculan yang sebegitu. Teriakan si anak kecil yang mereka nantikan, namun dihampakan dengan lolongan serupa anak lotong.

“Apa yang jadi lepas tu kak..??” soal Farisha lagi.

“Tukang masak itu duduk merata tanpa belas si raja dan penduduk istana..sehinggalah pada suatu hari ketika umur si anak kecil itu meningkat remaja..segalanya mula berubah..setiap malam di bulan purnama, anak itu akan melolong dari tengah malam sehinggalah ke subuh..tiada siapa mengetahui apa puncanya..bahkan si tukang masak yang menjaganya itu juga turut keliru dengan perwatakan anak angkatnya itu..dek kerana tidak tertahan lagi dengan bunyi lolongan itu, raja di istana telah mengarahkan panglimanya untuk pergi membunuh anak kandungnya itu..”

“Kejamnya..” fokus Farisha sedikit terganggu. Patutkah dia bertanya lebih memandangkan cerita itu seperti hanya rekaan semata. Seperti dicipta sekadar untuk menakut-nakutkan orang ramai. Atau juga mungkin sekadar untuk memburukkan insan yang berada di istana ketika itu.

“Ada mulut-mulut yang mencerca tukang masak istana itu kononnya dialah punca kepada segalanya..setiap hidangan yang disajikan kepada isteri raja itu dititiskan dengan darah dari seekor lotong yang telah dibunuhnya..situlah segalanya bermula..semuanya adalah kerana ketaksuban terhadap ilmu hitam yang dipelajarinya untuk kekal hidup dalam satu tempoh masa yang lama..”

Tubuhnya dibawa merapati Farisha. Jemari lembut yang terdampar di atas meja dielusnya lembut. Dalam keresahan wajah, Farisha ditenungnya tanpa berkelip.

“Nama tukang masak istana itu Sugayah..kerana didapati dia mengamalkan ilmu hitam, lantas dia telah dihukum bunuh oleh raja yang memerintah kampung itu..sejak dari peristiwa itu, bagaikan ada sumpahan yang melaknati seisi warga kampung itu..satu persatu peristiwa buruk berlaku..dek kerana tidak tertahan dengan gangguan, mereka berpakat meninggalkan kampung itu sehingga tidak berpenghuni..” elusan jemari lembut ke atas tangan Farisha terhenti seketika.

“Ha ha ha..kelakarlah akak ni..kalau iye pun nak takutkan saya, janganlah buat cerita sampai macam tu sekali pada nenek saudara saya tu..” Farisha tersengih. Cerita Cikgu Salmah itu terlalu berat untuk dihadamnya. Tidak mungkin nenek Su adalah tukang masak istana seperti yang dicanangkan masyarakat terdahulu.

“Suka hati kamulah Farisha..akak bercerita atas apa yang akak dengar je selama ni..dan akak rasa rumah yang kamu tumpang tu, dah terlalu lama tak berpenghuni..” ucap Cikgu Salmah sebelum bangkit dan berlalu pergi. Ada kelas yang perlu dihadirinya. Farisha ditinggalkan seorangan termanggu berfikir sendiri.

Lamunannya terhenti kala telefon bimbit di dalam beg tangannya berdering.

“Assalamualaikum ibu..maaflah, semalam dekat rumah nenek Su tak ada coverage..tak dapat Farisha nak call ibu..”

“Waalaikumsalam..mana satu yang betul ni..?? Nenek Su telefon ibu pagi ni dia bagitau kamu tak sampai-sampai lagi dekat rumah dia dari petang semalam..kamu dekat mana sebenarnya ni..??” leter ibunya di hujung talian menyentak perasaannya. Perlahan-lahan satu persatu deretan peristiwa dari petang semalam kembali bernaung dalam fikiran. Hal penceritaan Cikgu Salmah turut dicantumkannya satu persatu.

Tahyul dan dongeng adakalanya melampaui tahap pemikiran. Namun diri yang melalui sendiri pasti akan merasi kebenarannya. Dan Farisha pasti,dongeng yang telah didengarinya tadi mungkin ada benarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience