Dukun Unjam Chapter 4

Mystery & Detective Completed 10294

Bab 4

“Aku tahu dia guna apa nak dapatkan ikan banyak-banyak macam tu Sim..”

Pak Kassim bingkas bangun. Kali ini kata-kata Pak Dollah jirannya itu benar-benar menggamit nalurinya. Jika benar dia tahu bagaimana caranya Jailani berjaya mengaut keuntungan besar ketika melaut, hendak juga dia bertanyakan bagaimana. Sekurang-kurangnya mungkin cara yang digunakan Jailani boleh dipraktikkannya selepas ini jika ke laut.

“Dia pakai ape Dollah..?? Pukat jenis lain ke..?? atau dia ada port tukun baru..??”

Semua yang diperkatakan Pak Kassim dibalas gelengan oleh Pak Dollah.

“Bukan Sim.. dia pakai unjam..”

“Unjam..??”

“Ye..”

Pak Kassim cuba berfikir sejenak. Seingat dirinya memang kaedah tradisional nelayan lama ada menggunakan unjam sebagai kaedah menarik ikan untuk berkumpul di sesuatu kawasan. Caranya adalah menggunakan beberapa pelepah kelapa atau pinang yang diikatkan pemberat dan pelampung di kedua belah hujung, lalu dilepaskan di tengah laut. Pelepah yang terendam lama di dalam laut masin akan menjadi masam selepas beberapa ketika lalu akan menarik ikan-ikan kecil untuk berkumpul di sekelilingnya. Apabila ikan kecil mula berkumpul, maka ikan-ikan yang bersaiz mega turut akan berkeliaran di kawasan tersebut untuk memburu ikan-ikan kecil itu. Tapi kaedah itu selalunya digunakan oleh nelayan di kawasan pesisir pantai. Tidak sesuai digunakan untuk nelayan sepertinya yang mencari rezeki di kawasan laut lepas.

“Mengarutlah kau Dollah..mana ada orang pakai unjam dekat laut lepas..macam mana nak pasang pukat..lagipun arus dekat tengah laut tu besar..senang-senang je nanti unjam tu hanyut kena bawak dek arus..” bidas Pak Kassim tidak mempercayai kata-kata Pak Dollah. Jika benar kaedah sebegitu digunakan Jailani, pasti sudah berpuluh unjam dapat dilihatnya di tengah laut itu. Pelampung-pelampung yang timbul pasti akan jelas kelihatan.

“Unjam dia istimewa Sim..ada baca-baca..” Pak Dollah berbisik perlahan.

“Baca-baca..??”

“Ha ah..dia mintak dukun dekat kampung sebelah kita ni sediakan unjam tu..”

Mendengarkan sahaja perkataan dukun sudah mampu menegakkan bulu roma Pak Kassim. Bukan menolak atau menyangkal kata-kata Pak Dollah, tapi dia tahu hukumnya andai sesiapa yang bergantung harap pada dukun ini. Jika tidak kena caranya, boleh jatuh hukum syirik! Syirik kerana menyekutukan Allah.

“Itupun kalau kau nak cubalah Sim.. mana tahu kalau lepas kau pakai unjam dukun tu, banyak pulak hasil ikan kau.. belum cuba belum tahu kan..?? Kau tak suka sekali menjual untung kau beribu-ribu ringgit macam si Jailani tu..??” sambung Pak Dollah saat Pak Kassim sedang terpinga sendiri.

“Ahh.. mengarutlah semua tu.. dah la.. aku nak naik berehat..” terus sahaja Pak Dollah ditinggalkannya terpinga-pinga di anak tangga rumahnya itu. Hatinya merungut. Entah mengapa asyik sahaja kaum sebangsa dengannya itu masih lagi mempercayai perkara-perkara sebegitu dewasa ini.

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah Pak Kassim tetap dengan pendiriannya untuk tidak menggunakan cara syirik sebegitu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience