Miyoko Tiga Pagi Chapter 5

Mystery & Detective Completed 10294

Bab 5

Sesuatu dirasakan speeti ada yang menarik hujung bajunya. Azman berpaling ke belakang lihatkan keliling. Hujung belakang bajunya diperhatikan jika ada serangga yang menghinggapi. Kerana berasakan seolah ada yang ‘mengusik’ hujung bajunya kala dia menunduk di dalam kereta tadi.

“Hmm..” keluhan Azman saat menyedari tiada apa yang terlekat di hujung kemejanya. Dia kembali melangkah masuk, merapati pintu rumah, sambil diekori rapat Miyoko.

“Assalamualaikum..” ucap Azman sebelum memsuki ruang rumahnya. Sekali lagi dentuman suara itu memekikkan telinga Miyoko. Kembali dia semula menjauhi ruangan rumah itu kerana ucapan yang didengarinya itu. Pintu rumah ditutup erat. Miyoko kembali sendiri di luar rumah. Tiada keizinan untuk dia memasuki ruang rumah itu.

“Uuuuu…uuuuu..uuuuuuuu..” Miyoko menangis seorangan di luar pagar rumah. Hiba merasakan yang dia kini keseorangan. Dia duduk seorangan di bawah pohon yang didiaminya selama ini sambil memangku anak patung kesayangannya. Lama dia menyendiri merintih seorangan. Namun tiada siapa yang peduli. Hinggalah suatu saat dimana dilihatnya pintu rumah Amira dikuak perlahan. Air matanya dikesat. Senyuman kembali terpaut. Mungkin kali ini ada nasibnya untuk masuk.

Ina keluar menjinjing plastik sampah dari dalam rumah. Pintu pagar dibuka lalu menuju kea rah tong sampah diluar rumah itu. Miyoko sekadar memerhatikan. Setiap langkah Ina diekorinya rapat. Semkain hampir dengan pintu rumah, semakin melebar senyuman Miyoko. Kakinya mekangkah seiringan dengan Ina. Ina terhenti di muka pintu. Merasakan seperti ada anak mata yang melihatnya. Dia berpaling ke belakang, namun tidak melihatkan sesiapa. Mungkin hanya perasaanya sahaja fikirnya. Saat kaki melangkah masuk ke dalam rumah, terpaan angina malam yang dingin mengekorinya masuk. Cepat-cepat pintu ditutupnya rapat.

Miyoko akhirnya ‘diizinkan’ masuk!

Perlahan-lahan langkahnya dibawa mendaki anak tangga yang mendiami ruang tengah rumah itu. Langkahnya dibawa mencarikan teman barunya tadi. Amira dicarinya di setiap pelusuk rumah. Miyoko perlu mencari teman barunya di rumah barunya itu. Saat pintu bilik Amira dibukanya luas, terlihat sekujur tubuh anak kecil itu sedang terbaring enak di atas katil empuk miliknya. Anak kecil itu tidur seorangan di bilik yang bersebelahan dengan bilik ibunya.

Miyoko menghampiri hujung katil. Dia melangkah naik perlahan-lahan. Duduk bertinggung di hujung kaki Amira yang sedang lena dibuai mimpi. Wajah Amira diperhatikannya dengan senyuman. Lama diperhatikannya hinggalah tubuh itu meliuk menggeliat tika tidur. Hujung kaki Amira dibeleknya. Selimut yang membaluti tubuh perlahan dilurutkannya turun. Saat anak mata Amira terbuka kecil melihatkan dirinya di hujung katil itu, Miyoko mula membuka mulut.

“Tak tidur lagi..??” ucap Miyoko dengan satu senyuman.

***Tamat***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience