Puja Chapter 7

Mystery & Detective Completed 10294

Bab 7

Matanya buntang melihatkan Faris yang tersenyum memandang ke arahnnya.

“Aku pasti akan selamat dari dibunuh roh itu..” bisik Faris ke cuping telinga rakan baiknya itu. Usai berkata demikian, dihunusnya gunting di genggamannya ke arah dada kiri Azlan.Tiga kali tikaman tepat ke jantung Azlan sudah mampu untuk menghentikan denyut jantungnya.Membuak-buak darah mengalir membasahi lantai.Faris tersenyum lalu bersandar ke sisi katil.Akhirnya dia selamat.Selamat dari menjadi mangsa pembunuhan ngeri roh yang menjadi dampingan sekeping syiling.Dia menhela nafas panjangnya lalu tertawa sekuat mungkin.Segala keresahan sudah terlepas dari bebanannya.

“Ya Allah Faris..apa kau buat ni..!!” terpaan ayah dan ibunya di pintu bilik akhirnya menyedarkan Faris. Dia hanya terkedu melihatkan sekujur tubuh berlumuran darah terbaring di lantai biliknya.Sebilah gunting berada dalam genggamannya turut berlumuran darah.Semuanya sudah terlambat.Enam nyawa telah diragut pergi. Hanya berbaki satu sahaja lagi yang tidak akan disentuh si syaitan penyesat umat manusia.Dan nyawa yang tidak akan diusik di syaitan durjana itu adalah nyawa Faris.

Firman Allah SWT.

[ “ Maka janganlah kamu membuat sekutu untuk Allah padahal kamu mengetahui (bahawa Allah adalah maha Esa )” ]

Surah Al Baqarah : Ayat 22

Faris telah dipenjarakan dan didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Hukuman tali gantung menantinya atas kerana perbuatannya yang lalu.Dalam bibit kesedihan dia meratapi hari yang mendatang manakala iblis yang menyesatkan dirinya terus terlepas dan bersorak gembira di atas kemenangan dirinya.Seorang lagi anak Adam Berjaya disesatkannya. Semoga doa akhir Faris ketika di penjara diterima Allah hendaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience