Koridor Chapter 1

Mystery & Detective Completed 10294

Bab 1

Kuala Lumpur, 23 May 2010 – Tiga orang mayat dijumpai tergantung di sebuah ruang pejabat yang ditinggalkan. menurut kata saksi yang kebetulan berada di kawasan itu, ketika ketiga-tiga mayat itu dijumpainya, kesemuanya telah dalam keadaan tergantung dengan leher yang dijerut. Saksi berkenaan yang bekerja sebagai pengutip barang-barang lusuh di sekitar ibu kota masih tidak dapat mempercayai akan peristiwa tersebut. Selama hampir 15 tahun dia melalui kawasan tersebut, inilah kali pertama kejadian seumpama itu berlaku di hadapan matanya sendiri.

Mangsa yang terlibat dikenali sebagai Rogayah Bt. Zaini, Latifah bt. Omar dan Shahirah bt. Zaidin. Di samping itu, kesemua mayat turut didapati mempunyai kesan kelaran yang sama di pangkal leher mereka. Namun pihak polis menafikan dakwaan bahawa mangsa telah dirogol sebelum mereka dibunuh. Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. Pihak polis mengklasifikasikan kes tersebut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Sebarang saksi kejadian diminta tampil untuk memudahkan urusan siasatan pihak polis.

“Inilah keratan akhbar yang aku cakapkan tu..!” Johar menepuk helaian surat khabar lama yang baru diambilnya dari arkib perpustakaan. Fahrin yang sedang leka menguraikan satu persatu fakta yang terkandung di dalam keratan itu terkejut dengan tindakan spontan Johar itu.

“Yang kau riang sangat ni kenapa..?? Kau ingat senang-senang je ke kita nak masuk bangunan tu..?? Aku dah pergi ushamalam tadi..memang bangunan tu terbengkalai..tapi ada pak guard yang jaga dekat pintu masuk bangunan tu..siap ada pagar lagi..” omel Fahrin lalu menutup helaian akhbar di tangannya. Akhbar diletakkan di sisi meja. Sebatang pen dicapainya lalu ditulisnya sesuatu ke dalam buku nota.

“Kalau dah susah-susah sangat..kita pecah masuk je..panjat pagar tu..” cadang Johar kian teruja. Semakin mencabar halangan, semakin teruja dia untuk meneruskan kerja gila itu. Fahrin hanya menggeleng dengan senyuman sinis terukir di bibir.

Tugasan untuk memenuhi kriteria modul yang mereka duduki di dalam semester akhir pengajian. Tertera arahan di atas nota seperti yang diarahkan oleh pensyarah mereka, untuk menghasilkan sebuah drama berdurasi lima minit sebagai tugasan terakhir mereka semester itu. Pada permulaannya mereka bertingkah sesama sendiri mengenai subjek yang ingin mereka paparkan dalam drama pendek itu. Ada yang cuba mencadangkan soal percintaan, ada yang sibuk mencadangkan perihal dokumentari dan macam-macam lagi. Tapi Fahrin, dia mahu lari dari kebiasaan.

Peristiwa tiga wanita yang dibunuh secara misteri beberapa tahun yang lalu menggamit akalnya. Kematian yang tidak mampu dirungkai oleh pihak polis itu menjadi persoalan setiap insan yang mengikuti perkembangan cerita tersebut. Jika benar mayat-mayat itu dibunuh oleh manusia, pasti akan tertangkapnya penjenayah yang kejam itu.

…bersambung

Bab akan datang:

Dapatkah mereka menyiapkan tugasan seperti yang dirancang?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience