Koridor Chapter 2

Mystery & Detective Completed 10294

Bab 2

Namun entah di mana silapnya, kes itu bagaikan terapung di awangan tiada jalan penyelesaian. Rentetan peristiwa itu, Fahrin tekad untuk menyiasat sendiri perkara itu bersama dengan rakan-rakan sekuliahnya.

“Malam nanti kita pergi..” ucap Fahrin disambut sorakan kecil oleh Johar.

Tepat jam 11.30 malam, kesemuanya berkumpul di kawasan yang ditetapkan Fahrin. Kamera diusung oleh Johar dan Zaki. Nani dan Johar akan bertindak sebagai pengemudi mereka. Lampu suluh dan beberapa batang lilin digenggam erat Fahrin.

“Kau nak buat apa dengan lilin tu Fahrin..??” soal Johar kebingungan. Lampu suluh sahaja sudah memadai fikirnya. Mengapa perlu pula lilin?

“Mana tau kalau-kalau ada hantu..boleh jugak kita bagi dia lilin ni..buat jadi permainan dia..” seloroh kata-kata Fahrin diterima dengan kedutan di wajah rakan yang lain.

“Kalau ada hantu aku tak nak pergi weh..” Nani perkatakan apa yang bersarang dalam hatinya. Setahu dia bukan itu tujuan asal mereka ke situ. Kata Fahrin mereka hanya ingin merakam suasana itu dari aras bawah bangunan sahaja. Tidak mungkin sama sekali mereka akan ke aras lima bangunan itu. Lagi-lagi ke koridor tempat mayat-mayat itu dijumpai dahulu. Tidak mungkin!

“Kalau macam tu kau tinggal dekat kereta ni..tunggu sampai kami balik..tapi jangan pulak kau menjerit terlolong nanti bila kami dah tinggalkan kau..” ugut Fahrin bernada sindiran.

Wajah Nani diperhatikannya kian berubah riak. Dari keriangan pada awalnya tadi, kini sudah mengalir peluh renek seram di puncak dahinya.

“Yelah..! aku ikutlah..!” menyesal sudah tiada bergunanya lagi. Kaki sudah menjejak ke kawasan yang terpampang papan tanda Dilarang Masuk itu. Pandangan mata bertukar sesama mereka. Kata akhir dipersetujui. Pagar dipanjat untuk merentasi menuju ke arah bangunan terbengkalai itu.

“Dulu ada orang pernah cerita pada aku..bila malam je akanada kelibat yang berkeliaran dekat kawasan ni..” Fahrin berbisik sambil lampu suluh dihalanya menerangi kawasan. Balam-balam cahaya menembak ke arah tiang-tiang bangunan. Lantai bangunan berselerak dengan pelbagai sampah dan barangan pembinaan yang ditinggalkan. sesekali bila angina bertiup lembut, bunyi helaian kertas yang beterbangan di lantai bangunan pun sudah cukup untuk menimbulkan bibit seram.

“Kau dah rakam belum Johar..??” soal Fahrin melihatkan Johar yang mengekorinya dari belakang. Sekadar hujung ibu jemari diangkatnya menandakan sudah kepada Fahrin. Mereka bergerak dalam kumpulan. Setiap pelosok ruang mereka jelajahi. Mencari tanda-tanda jika ada kebenaran wujudnya unsur mistik di kawasan itu. Kerana Fahrin hanya mengesyaki satu perkara, mangsa-mangsa itu dahulu dibunuh bukan oleh manusia. Itu buah fikirannya.

“Kalau hantu yang muncul tiba-tiba macam mana weh..??” Nani berbisik perlahan di celah-celah Johar dan Fahrin. Zaki mengekek tergelak mendengarkan soalan spontan Nani itu.

…bersambung

Bab akan datang:

Bagaimana keadaan di tempat itu? Dapatkah mereka merakam sesuatu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience