Miyoko Tiga Pagi Chapter 2

Mystery & Detective Completed 10294

Bab 2

Di sebelahnya berdiri tegak sebatang pohon ru yang rendang. Di hadapan kolong kediamannya pula terdapat sebuah lombong tinggal tempatnya selalu bermain dahulu. Bezanya cuma dahulu tiada manusia yang mengganggunya. Namun itu dahulu, sewaktu hanya dia sahaja yang tinggal disitu. Sebelum kolong kediamannya ditolak dek jentera dan dhumban masuk ke dalam lombong tinggal itu. Tika itu, Miyoko hanya mampu menangis melihatkan kediamannya ranap.

“Miyoko nak balik..” rengeknya lalu duduk bersandar di sebatang pohon di tepian jalan itu. Kereta yang lalu lalang di hadapannya dilambai. Tiap pemandu yang melintasinya pasti akan dilambai meminta belas. Moga-moga akan ada yang melihat ‘kelibat’ dirinya itu.

Pasir di atas tanah dikuisnya dengan jari. Anak matanya sekadar merenung lenggokkan daun yang meliuk ditolak angina sepoi-sepoi. Cahaya bulan sekadar menerangi suram malam itu. Cahayanya samar-samar namun sudah cukup untuk menerangi. Rambutnya turut dialun angina yang bertiup. Sesekali disisirnya hujung rambutnya itu dengan jari. Tanpa disedari, air matanya berlinang gugur ke bumi. Miyoko rindukan ayah dan ibunya yang entah kemana hilangnya setelah kubur mereka diratah dek manusia dahulu.

“Kalau ibu dengan ayah ada lagi..mesti Miyoko tak hidup sendiri macam sekarang..” makin berjuraian air matanya menyimbah bumi. Setiap malam pasti pohon itu dijadikan tempat berteduhnya. Setelah puas dicarinya andai ada pemilik rumah di kawasan itu yang bermurah hati untuk menumpangkannya, dia pasti akan kembali ke pohon itu duduk sendiri hingga ke pagi. Hanya disitu tempat teduhnya.

Leka Miyoko mengelamun bermain pasir, satu jalur cahaya menerangi dari kejauhan. Sebuah kereta datang menghampiri tempat teduhnya. Perlahan-lahan kereta itu membelok lalu memasuki ke perkarangan sebuah rumah. Terang cahaya dari kereta menyimbah terang ruang parkir rumah itu. Penghuni rumah yang mungkin baru pulang. Miyoko tersenyum.

Dia bangun lalu melangkah menghampiri rumah yang tidak jauh dari dirinya itu. Saat enjin kereta dimatikan, Miyoko telah berdiri di hadapan pintu pagar rumah yang masih menganga luas. Saat pintu kereta dikuak luas, sepasang pasangan turun dari kedua sisi kereta dengan gelak dan tawa. Miyoko dapat melihat keriangan yang terpancar di wajah mereka. Pasti mereka adalah pasangan yang baik-baik. Mungkin merekalah yang mampu ‘menjaga’ dirinya selepas ini. Miyoko melangkah menghampiri. Dia berdiri di sebelah kanan kereta seelum pintu belakang kereta itu dibuka luas.

“Miyoko ada kawan..” lebar senyumannya menampakkan barisan gigi yang tidak teratur dan kehitaman. Pasangan itu punyai seorang anak kecil yang mungkin sebaya dengannya. Anak perempuan yang mungkin boleh dijadikan rakan sepermainannya selama ini. Itupun jika diizinkan tuan rumah barunya itu untuk dia tumpang menginap.

“Amira..sini dekat mummy..” si ibu hulurkan tangan menggamit anak perempuan yang usianya baru lima tahun itu. Terpisat-pisat anak itu mengesat bola matanya lalu turun dari kereta.

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah Miyoko sebatang kara?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience