Miyoko Tiga Pagi Chapter 4

Mystery & Detective Completed 10294

Bab 4

Amira bergegas berlari ke tepi tingkap rumah. Langsir yang menutupi tingkap diselaknya perlahan. Anak matanya bundar lihatkan sekeliling. Dimana kawan barunya itu? Melihatkan ke arah pintu pagar rumah, Miyoko sedang berdiri seorangan sambil mengesat air matanya. Rakannya itu keseorangan di dalam gelap.

“Mummy…mummy..ajaklah kawan adik tu masuk..!” jerit Amira lantas mengheret lengan ibunya mengadap tingkap rumah. Sekali lagi langsir yang berjurai disingkapnya. Dapat diperhatikan Miyoko masih berdiri sambil memegang anak patung kesayangannya.

“Hishhh adik ni..kawan mana pulak ni..??” hati ibunya dipalit resah. Entah apa yang menggangu fikiran anak kecilnya itu. Dari tadi asyik sahaja mengulang kata ingin mengajak ‘kawannya’ bermain.

“Tuu..” Amira menudingkan jari ke arah pintu pagar rumah. Ke arah Miyoko. Si ibu sekadar memerhati. Tiada siapa di luar sana. Hanya sebatang pokok yang meliuk ditiup angin malam.

“Mana ada orang dekat luar tu dik..dah tengah malam macamni..kawan adik tu dah balik tu,,”

Amira merengus. Wajah si ibu diperhatikan penuh geram.

“Adik cakap ade..adelah mummy..tu dia ade luar sana..!” jeritan Amira memecah hening rumah. Azman sekadar memerhatikan isterinya Ina melayan kerenah anaknya itu dari muka pintu rumah. Sekadar mengeluh kerana menyangka anaknya itu merengek kerana terkejut dari tidurnya.

“Pergilah bawak dia masuk dalam nilik Ina..tak puas tidur tu..agaknya tadi baru nak terlelap, dah kena kejut..itu yang merengek tu..”

Ina mengangguk. Mungkin ada benarnya kata-kata suaminya itu.

“Abang nak kemana pulak tu..??” tegur Ina kala melihatkan Azman membuka semula pintu rumahnya.

“Abang tertinggal phone dalam kereta..nak pergi ambil..” jawab Azman lalu melangkah keluar dari rumah.

Miyoko kembali memahat senyum di bibir. Pintu rumah yang terbuka itu seakan mengajaknya untuk masuk semula ke dalam. Mungkin kali ini, penghuni rumah itu membenarkannya masuk. Langkahnya diatur, setapak demi setapak, merapati Azman yang sedang terbongkok di sisi pintu keretanya.

“Miyoko nak masuk boleh..??” juntaian kemeja Azman dicuit perlahan Miyoko. Baju itu ditariknya perlahan agar Azman menyedari kehadirannya.

…bersambung

Bab akan datang:

Mengapa hanya Amira sahaja yang dapat melihat Miyoko?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience