Potret Miyoko Chapter 4

Mystery & Detective Completed 10294

Bab 4

Sekadar membaca surah-surah hafazan yang dihafalnya sahaja untuk sementara waktu. Dalam pada masa yang sama, Ina tidak henti melambai ke arahnya.

"Akuuu...nak ambil gambar dengan kauu..." meleret suara Ina. Terkebil-kebil Azman tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Dia memerhatikan pintu rumah. Perlukah dia keluar dan meminta pertolongan?

"Kauu tak boleh keluarrr.." Ina menggeleng. Makin haru Azman jadinya. Ina seakan tahu apa yang berlegar di fikirannya tika itu.

"Apa kau nak ni setan..! Pulangkan isteri aku..berambus kau..!" pekik Azman.

Ina hanya tersenyum. Dia berdiri sambil menggenggam telefon bimbit di tangan kanannya. Perlahan dia melangkah. Setapak demi setapak. Azman dihampirinya dengan satu senyuman yang penuh sinis.

"Kau nak tengok Miyoko tak..??" sekali lagi soalan yang sama terpacul dari mulut Ina. Langkahannya yang menghampiri cuba dielak Azman namun tak berjaya. Kakinya sendiri seolah dipaku ke lantai. Tidak mampu dia bergerak walaupun hatinya bergolak mahu lari pergi dari situ. Dia yakin di hadapannya itu bukan Ina.

Ina memeluk rapat Azman yang peluhnya telah meluncur turun membasahi baju. Kini bibirnya pula seakan dikunci tak mampu berbicara. Hanya anak matanya sahaja mampu digerakkan melihat helaian rambut Ina di bahunya. Ina memeluknya rapat tanpa berkata apa. Dengusan perlahan nafas Ina sahaja kedengaran. Azman meneguk air liur.

"Aku bagi kau tengok gambar Miyoko ye..??" Rangkulan ke badan Azman dilepaskan Ina. Dia kembali menatap tepat ke wajah Azman. Jarak mereka hanya sejengkal. Tangannya merayap mengelus pipi Azman. Anak mata Azman sekadar mengikut belekan jemari Ina yang berlegar di pipinya. Dia hanya mampu menjerit dalam hati.

"Ini Miyoko.." skrin telefon terpampang di hadapan muka Azman. Jelas dapat dilihat Azman wajah seorang budak perempuan mirip anak patung di skrin telefon bimbit isterinya itu. Senyuman milik budak perempuan itu mirip benar dengan senyuman yang terpamer di wajah Ina. Sinis dan tawar. Seolah cuba menyatakan sesuatu yang tersirat. Seram semakin membuak naik melingkari Azman.

"Miyoko akan sentiasa ada bersama kau..semakin galak kau bergambar, semakin galak Miyoko akan hadir mendekati kau.." Ina kembali merangkul tubuh Azman. Nafasnya turun naik semakin laju. Perlahan cuping telinga Azman merasakan bibir Ina mendekatinya. Dan dia berbisik perlahan..

"Kerana dahulu aku mati disaat butang kamera dipetik.." ucapnya perlahan lalu terus rebah disisi Azman. Dirinya yang terasa seperti dibekukan tadi mula terasa ringan. Azman kembali mampu menggerakkan segala sendi di tubuhnya. Ina diperhatikan terbaring di lantai tidak sedarkan diri.

"Allahuakbar...Ina..!" Azman mendakap isterinya yang terbaring lesu. Segera dipapahnya berbaring di sofa. Raut wajah isterinya itu diraup perlahan. Perlahan dibisiknya ayat-ayat suci Al-Quran di cuping telinga isterinya itu.

…bersambung

Bab akan datang:

Bagaimana Azman ingin memulih keadaan isterinya yang semakin galak dirasuk itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience