Pssstt Chapter 4

Mystery & Detective Completed 10294

Bab 4

“Maksud akak..hantu tu jelmakan diri..??”

Kak Jah mengangguk lalu kerusi ditariknya semakin mendekati Aishah.

“Ha ah..katanya perempuan tu elok berbaju kurung, Cuma dia tertunduk melihat kearah lantai..bila ditegur dia tak ucapkan sepatah kata pun..disebabkan budak perempuan tu dah kecut perut, dia tinggalkan ruang pantri dengan tergesa-gesa..sebab masa tu dia memang dah terbayang-bayangkan perkara buruk sahaja..memang tak cukup tanah budak perempuan tu lari pergi semula dekat meja dia..”

“Lepas tu apa yang jadi kak..??” Aishah mengusap lengan kanannya. Seakan merasakan dingin malam itu kian terasa. Mungkin suhu hawa dingin di ruang pejabat itu yang terlalu rendah fikirnya.

“Bila dia sampai dekat meja..dia nampak pulak kelibat yang sama berdiri dekat sebalik tiang yang bertentangan dengan meja dia tu..kalau diikutkan logik akal, mana mungkin manusia boleh bergerak sepantas itu kan..?? berada dekat dia tempat dengan sekelip mata..” terangkat kening Kak Jah mempersoalkan kebenaran kata-katanya itu.

“Itulah..” jawab Aishah ringkas.

“Sudahnya budak tu berlari ke lif..nak turun kononnya..tapi kelibat tu asyik mengekori dia..sampai dekat depan pintu lif, benda tu ada tercegat betul-betul dekat depan pintu lif tu..semacam taknak bagi dia keluar dari situ..”

“Pssstt..” bunyi dari ruang pantry itu kembali terdengar di saat perbualan Aishah dan Kak Jah menuju ke puncaknya. Serta merta pandangan Aishah terkalih melihatkan ke belakang. Meleset apa yang difikirnya tadi. Rupa-rupanya ‘dia’ masih ada disitu.

“Itu kak..bunyi tu..dari tadi sebenarnya mengganggu saya..pasal tu lah saya ajak akak temankan saya..” Aishah berterus terang. Kerana suasana itu benar-benar menggangu fikirannya.

“Biar akak tengokkan..” ujar Kak Jah lalu bangun dan melangkah pergi. Aishah mengekori dari belakang tanpa seulas kata. Makin dihampiri ruang pantry itu, makin segar bauan wangi menerjah hidungnya. Semakin dekat dia merapati tubuh Kak Jah. Mungkin kerana dia sudah terbiasa dengan situasi itu, kerana itulah dia seberani itu. Tugas sebagai pengawal keselamatan ada kalanya mereka terpaksa berdepan dengan situsai sebegitu.

Kak Jah berdiri di dalam kegelapan. Aishah sekadar menanti di ruang pintu pantri. Lampu sengaja tidak dipasangnya. Sekilas Kak Jah menoleh melihatkan Aishah yang tercangak sendiri menanti dirinya.

“Itu haa..benda yang atas cabinet tu yang berbunyi..” tunjuknya ke arah sebuah air freshner yang berkelip di atas sebuah cabinet.

“Lahh..” Aishah tersengih sendiri. Ternyata meleset sama sekali apa yang difikirkannya selama ini. Disangkanya hantu jembalang yang menyakat. Rupa-rupanya hanya sebuah pewangi. Aishah melangkah longlai dengan senyuman yang masih berbaki di bibirnya. Menuju semula ke meja tulisnya sebelum Kak Jah menegurnya semula.

“Inilah pantri yang akak ceritakan tadi..” ucapnya lembut terhadap Aishah.

…bersambung

Bab akan datang:

Memang benarlah pantri di dalam pejabat itu yang berhantu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience