Tren 7.30 PM Chapter 1

Mystery & Detective Completed 10294

Bab 1

“Kriukk..”

Azizah telan air liur. Anak mata dibawa pandang ke kiri dan kanan. Earphone yang disumbat ke telinga sedang rancak mendendangkan lagu-lagu yang entah apa bunyinya. Paling ketara bunyi yang dapat didengarinya sekarang adalah bunyi keroncong perutnya sendiri.

“Kriukk..kriukk..kriukk..”

Wahh..bergendang kau dalam perut ye..

Telefon bimbit yang dari tadi menghuni ruang dalam beg tangan dikeluarkan Azizah. Belek-belek Fac. Manalah tau boleh hilang lapar kalau menatap status-status rakan-rakannya di FB.

“Kriukkkkkkkkkk..”

Wahhh..makin panjang kau berbunyi ye..!!

Azizah sedar seorang mak cik yang sedang duduk rapat di sebelahnya turut mendengarkan bunyi pelik itu. Bunyi pelik yang hadirnya andai perut tidak dijamah sesuatu. Kalau ia kosong ia bunyi. Sayup bunyinya datang dari dalam perut.

Azizah alih pandangan. Lihat mak cik disebelah. Leka mak cik itu dengan beg plastik di tangannya. Spek mata tebal jadi kanta lihatnya. Anak matanya dibawa melihat Azizah. Dia senyum, Azizah pun balas senyuman.

“Senyum perli ke apa mak cik ni..??” bisik Azizah seorangan.

Bergema satu suara perempuan di corong speaker hentian komuter Bandar Tasik Selatan itu.

“Due to the train delayed..we are apologized for that issue..we will try to solved the issue as soon as possible for your convenience..thank you for using our services..”

Haduii..

Azizah melihatkan jam di tangan kirinya. Tepat jam 7.30 malam.

“Huwaaa..” teriak sendirian dalam hati.

“Nak balik..nak balik..nak balikkkkk..!!” tertunduk meraung dalam hati. Perut lapar, badan belengas, panas sebab penumpang makin ramai. Macam-macam bau dapat dihidunya.

“Lama betul rosaknya tren ni kan..??” mak cik sebelah bukak mulut ajak berbual.

“Haaa..??” Azizah seolah mendengar seseorang berkata padanya. Diperhatinya mak cik di sebelah terkebil-kebil memandangnya. Azizah pun lawan kebil. Betul ke mak cik ni sembang dengan aku? Ke dia pakai handsfree lepas tu borak dalam phone? Kalau salah aku jawab ni nanti, malu pulak.

Mak cik sebelah bagi signal suruh bukak earphone yang tersumbat dalam telinga Azizah.

“Ohhh.. he he he..” dua-dua earphone dicabut Azizah. Lagu yang terdendang tak lagi menghiburkan hatinya. Lagi memeningkan kepalanya adalah.

“Mak cik cakap dengan saya ke..??” soal Azizah sambil menayangkan giginya yang tersusun berseri.

“Iye nak..mak cik tanya tadi, lama betul rosaknya tren ni kan..??”

Betullah tu mak cik ni yang bercakap. Mati-mati aku ingatkan momok landasan komuter ni yang berbisik dekat aku.

“Haah..dari pukul 6.30 tadi saya tunggu tak sampai-sampai lagi tren ni mak cik..”

“Selalu tak macam ni kan..??”

“Itulah..agaknya hari ni heavy sangat kot train usage..itu yang sampai rosak tu..” Azizah turut mengangguk.

“Kriukk..kriukk..kriukkkkkkkkkkkk..”

Mak cik sebelah pandang lagi sambil tayang sengih. Azizah balas sengih sambil menekup perutnya.

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah hanya Azizah dan mak cik itu sahaja yang berdua di dalam tren?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience