Pssstt Chapter 5

Mystery & Detective Completed 10294

Bab 5

Merasakan saat seolah terhenti. Pandangannya serta merta terpaku pada sebuah kerusi di hadapannya ketika itu. Bibit-bibit penceritaan Kak Jah awal tadi kembali berlegar dalam kotak fikirannya. Dari kisah seorang wanita dijumpai mati di tangka air pejabat, sehinggalah peristiwa seorang pekerja wanita diganggu oleh roh yang tidak tenteram itu.

Lututnya mula terketar sendiri. Anak mata meliar menjeling lihatkan kea rah sisi. Aishah tidak berani untuk menoleh ke belakang. Entah mengapa ada terpaan angin lembut dari arah belakang yang membawa sama haruman kemboja hinggap di hidungnya. Bau bunga tanah perkuburan itu benar-benar menyentak perasaannya.

“Kak..pasal wanita yang bunuh diri tadi tu..pejabat dia dekat mana..??” Aishah memberanikan diri menyoal. Namun Kak Jah berdiam diri untuk seketika. Dalam debaran menantikan jawapan pasti, cuping telinganya menangkap bunyi seperti kain berkibaran dari arah belakangnya. Sedangkan bilik itu tidak ada kipasnya. Tingkap juga semuanya tertutup rapi. Dari mana hadirnya angin?

“Pejabat inilah..” jawab Kak Jah. Lembut suara itu masih kedengaran sama. Cuma kali ini seakan berbisik. Perlahan ditangkap cuping telinga. Dada kian berombak mendengarkan jawapan itu. Aishah hampir sahaja kehilangan kekuatan untuk berdiri. Segala sendi dirasakan tidak cukup kuat untuk menampung tubuh. Lidah kian kelu untuk terus berkata. Dan di hati telah berbisik bahawa yang dibelakangnya itu bukanlah Kak Jah. Mungkin jua bukan pengawal keselamatan di bangunan itu detik hatinya lagi.

“Saya balik dululah ye kak..kerja saya dah siap..” ucap Aishah tanpa pedulikan meja yang masih berselerak. Beg tangan di kerusi digalasnya segera. Langkah kaki dihayunnya laju menuju ke lif. Pandangan langsung tidak ditolehnya ke belakang. Dengan debaran di dada yang kian memuncak, pintu kaca pejabat dibukanya seluas mungkin.

“dah siap kerja kea tau takut..??” tergelak Kak Jah dengan nyaring memcahkan keheningan aras pejabat itu. Aishah sekadar mampu membaca ayat-ayat suci Al-Quran yang dihafalnya. Didalam hati telah menyumpah dan nekad tidak akan bekerja hingga larut malam sebegitu lagi selepas ini. Cukuplah sekali dia diganggu sedemikian. Tidak akan ada kali keduanya lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience