Puja Chapter 2

Mystery & Detective Completed 10294

Bab 2

Sebelum itu perbualan dia dan Zaki lebih menjerumus ke arah peristiwa kematian dua rakan mereka yang lain sebelum Zaki. Faris dapat melihatkan kerisauan di wajah Zaki sebelum dia berlalu pergi. Walau mereka cuba menyangkal kepercayaan itu, namun keraguan tetap ada. Mungkinkah benar Danial dan Johar mati akibat sumpahan jembalang.Selang beberapa ketika, Faris terdengar langkahan Danial dari dalam rumah.Dengan wajah yang penuh kemuraman, dia muncul di muka pintu rumah.Namun kali ini dengan sepucuk senapang patah milik ayahnya yang diambil dari dalam rumah.

“Aku takut Faris..malam tadi benda tu dah datang dekat rumah aku..aku dapat rasa benda tu dah datang nak cabut nyawa aku..” masih terngiang lagi kata-kata Danial di cuping telinganya. Laras senapang telah diacunya ke dalam mulut. Jari diletakkan rapi ke arah picu senapang selaras itu.dengan mata yang tertutup rapat, picu senapang dipetiknya tanpa berfikir panjang.Hamburan peluru menghambat memecahkan kepalanya. Terburai isi kepala bersepah disana sini .Percikan darah turut mengenai wajah Faris.Cebisan otak milik Danial turut melekat di dahinya.

Peristiwa itu benar-benar menghantui dirinya.

“Aku takutlah Lan..” ucap Faris saat motor Azlan berhenti tepat di hadapan rumahnya. Faris menekur muka jalan di hadapan rumahnya. Enggan untuk turun dari motor kerana keresahan. Mungkin gilirannya pula selepas ini.Kalau boleh dia tidak mahu menjejakkan kaki ke dalam rumahnya itu.

“Pandai buat..pandai tanggung..” Azlan berkata perlahan.Walaupun dia sendiri dihimpit rasa resah yang tidak berkalang.Mungkin juga gilirannya selepas ini.Tiada siapa tahu.

“Apa kita nak buat ni Lan..??”

“Duduk dalam rumah..mintak ampun dengan Allah..mohon perlindungan darinya..banyakkan baca Al-Quran..in sha Allah kita selamat..” ucap Azlan yakin. Untuk seketika barulah dia teringat akan perihal tuhan yang esa. Sewaktu disekutunya Allah dua minggu yang lepas, tidak pula dia memikirkan perihal taqwa dan iman kepada Allah.Sudah tergadah barulah mengaduh.Pemujaan yang yang ternyata menyekutukan Allah sebagai maha Pencipta hukumnya syirik.

Senja mula berlabuh saat Azlan meninggalkan perkarangan rumah Faris.Lembayung merah senja mengiringi kepulangannya ke rumah.Faris melangkah longlai menuju ke arah rumahnya sendiri.Pintu pagar ditutupnya rapat.Mata liar melihatkan sekeliling.Seolah-olah ada mata yang memerhatikannya dari kejauhan.Lenggokan pasu orkid yang digantung ibunya tika ditiup angin petang pun sudah cukup meremangkan bulu romanya.Pantas pintu rumah dikuaknya.Terpaan angin mengiringinya masuk ke dalam rumah.

“Dia ikut aku masuk ke..??” bisik Faris sendiri. Segera pintu rumah dihempasnya hingga berdentum keras.Peluh renek mula membasahi dahi.Runut-runut bunyi halus yang berbunyi seakan menandakan ‘dia’ telah memasuki ruang rumah itu.Langsir tingkap terbuai sendiri walau kipas tidak terpasang.Petanda apakah?

“Faris..??” suara ibunya muncul dari dapur. Wajah ibu yang terpacul sambil mengelap tangannya yang kebasahan melegakan Faris.

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah Faris juga akan mati seperti rakannya yang lain?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience