Potret Miyoko Chapter 1

Mystery & Detective Completed 10294

Bab 1

"Ina rasa rumah kita ni ada yang menumpanglah bang.."

Merasakan seperti ada penghuni ketiga di dalam rumah itu selain dirinya dan suami. Sejak dari mula berpindah ke rumah baru itu segalanya rasa seperti tidak kena. Memang ini rumah baru, tapi Ina merasakan seolah telah ada penghuninya sebelum mereka berpindah masuk. Ina hanya memerhatikan sahaja Azman yang leka terbaring di hadapan telivisyen menonton rancangan kegemarannya.

"Haishh..celuparnya mulut sayang ni..takde benda lain ke nak sebut malam-malam ni..??"

Kalau tiada angin takkan pokok bergoyang. Bukan sengaja Ina buat-buat cerita. Kalau tiada bukti takkan Ina bercakap melulu tanpa usul periksa. Lagi-lagi kalau melibatkan perkara yang tak masuk dek akal sebegini.

"Betul bang..Ina dapat rasa bang.." teringat kembali saat pertama kali mula melangkah masuk ke dalam rumah ini. Saat pertama kali terbukanya pintu rumah, Ina seolah melihatkan ada kelibat yang berlari menyusuri anak tangga rumah itu menuju ke tingkat atas. Tapi kala itu, dia merasakan itu mungkin hanyalah permainan perasaan. Jadi Ina tak ambil endah sahaja dengan perasaannya itu.

"Cuba bagitau abang apa punca awak cakap macam tu..??" Azman duduk bersila mengadap isterinya. Butang kawalan tv ditekan untuk mematikan siaran. Fokusnya terarah pada si isteri.

"Dah banyak kali Ina kena bang..cuma kali ni, Ina dah tak tahan..Ina kena jugak bagitau abang.."

Azman mengengsot merapati isterinya. Dapat dilihatnya wajah kusam Ina yang menatap wajahnya. Patutlah beberapa hari ini dilihatnya isterinya itu sugul kurang berbicara. Rupanya ada sesuatu yang disorok dari pengetahuannya.

Ina tidak tahu dimana untuk dia mulakan. Kerana semuanya bermula di hari pertama mereka memasuki rumah ini. Dan seterusnya berjangkit dari hari ke hari. Semakin lama semakin menjadi-jadi. Dari mulanya sekadar mainan perasaan kini mula menjadi realiti.

"Abang ingat lagi tak masa kita mula-mula masuk rumah ni minggu lepas..??"

Azman mengangguk namun berteka teki dalam hati tentang apa yang cuba disampaikan pada isterinya.

"Masa tu waktu maghrib..Ina nak ambil wudhu..dalam tandas dalam bilik kita tu.." perlahan diucapkan Ina. Sesekali anak matanya meliar melihatkan ke arah anak tangga dalam rumahnya itu. Kerana kelibat itu paling galak dilihatnya sebelum ini di anak tangga itu.

Azman hanya mengganguk. Tidak mahu menyampuk. Sekadar membiarkan Ina meneruskan ceritanya.

"Masa ina masuk dalam bilik air tu..abang ada pernah tak ketuk pintu bilik air tu kuat-kuat..??"

Azman termenung seketika. Tiada motif dia perlu mengetuk pintu itu andai Ina ada di dalamnya. Lagipun rumah itu mempunyai tiga buah tandas yang lain. Dia boleh pergi ke tandas yang lain andai tandas di bilik tidurnya itu digunakan Ina.

…bersambung

Bab akan datang:

Siapa yang mengetuk pintu itu sebenarnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience