Lesung Chapter 1

Mystery & Detective Completed 10294

Bab 1

“Kita dah sampai nak..”

Lirikan anak mata Farisha dihalakan ke luar tingkap teksi. Satu lorong kecil berada betul-betul di sebelah kanan kawasan teksi itu berhenti. Satu papan tanda kecil tertulisnya perkataan Kampung Istana Lama diperhatikan Farisha.

“Kenapa pakcik tak masuk dalam..??” laluan yang agak sempit dan suram itu kelihatan menyeramkan. Kanopi pokok yang menutupi ruang atas jalan kecil itu menghalang laluan masuk itu daripada disimbahi cahaya.

“Pakcik tak boleh masuk dalam ni nak..”

“Tapi kenapa pakcik..takkan saya nak berjalan..jauh lagi tak nak masuk ke dalam tu..??”

“Emm..” pemandu teksi yang lingkungan umurnya mungkin mencecah 60 an itu diperhatikan Farisha. Pakcik tua itu sekadar merenung jauh ke dalam laluan itu. Anak tekak tergerak-gerak seolah meneguk liur.

“Kenapa ni pak cik..??” soal Farisha menginginkan kepastian. Bukannya jalan itu terlalu sempit untuk dimasuki sebuah teksi. Cumanya kalau dilalui sebuah lori, mungkin risikonya untuk tersangkut di pembahagi jalan yang sempit itu adalah tinggi.

“Sebenarnya..anak ni nak pergi ke rumah siapa dekat dalam tu..??”

Seperti yang diberitahu ibunya, rumah yang akan ditumpanginya sementara menjadi guru sambilan di sebuah sekolah berhampiran itu adalah milik nenek saudaranya. Kata ibunya, nenek itu adalah saudara jauhnya. Memandangkan hanya itu sahaja saudara maranya yang tinggal berdekatan dengan kawasan sekolah itu, ibunya mengarahkan dia untuk menetap sementara di situ.

“Rumah nenek saudara saya pak cik..kenapa..?? pak cik kenal..??” pemandu teksi itu hanya menggeleng laju mendengarkan persoalan Farisha. Papan tanda lama di tepi jalan kecil itu dilihatnya semula.

“Yelah..pak cik hantar kamu sampai ke dalam..” walaupun hatinya bertingkah untuk mengelak dari memasuki jalan lama itu, namun dek kerana kasihankan anak gadis yang tidak tahu menahu tentang apa-apa itu, dia memaksa diri untuk menghantarnya masuk. Walaupun dia tahu ‘apa’ yang ada di dalam sana.

Teksi diundurkan sedikit bagi memudahkannya mengambil selekoh untuk masuk. Lega hati Farisha bila dirinya tidak perlu berjalan kaki untuk masuk ke sana. Lagipun hari hampir gelap dilihatnya. Jika apa-apa terjadi padanya nanti, pasti akan menyusahkan orang lain pula. Teksi dipandu perlahan menyusuri laluan kecil itu sehinggalah melewati sebuah binaan lama hampir runtuh. Anak mata Farisha terpaku melihatkan binaan yang sedang dilintasi mereka itu. Unik dan klasik. Sebuah tangga besar tersergam menyambungkan antara bangunan itu dengan muka tanah. Di kiri dan kanan tangga bangunan itu tercacapnya dua buah meriam kecil yang dihalakan ke arah luar.

“Bangunan apa ni pak cik..??” teruja Farisha saat bangunan itu telah mereka lepasi. Namun soalannya dirasakan tidak senang untuk dijawab oleh pemandu teksi yang membawanya masuk.

“Is…is…istana lama..” nadanya terketar.

…bersambung

Bab akan datang:

Bagaimana agaknya rupa rumah nenek saudaranya? Adakah berpenunggu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience