Koridor Chapter 3

Mystery & Detective Completed 10294

Bab 3

Lensa kamera tetap dihalanya ke seluruh pelusuk yang diterangi lampu suluhnya.

“Kalau ada hantu..aku bagi lah kau dekat diorang..boleh diorang kekah kau ramai-ramai..!” barai tawa antara tiga jejaka yang mengelilingi dirinya ketika itu. Handal sangat kononnya nak mengikuti. Bila sudah tiba ke lokasi, macam-macam pula leternya.

“Bodoh..!” kepala Zaki ditujalnya dengan hujung jari. Geram bila disakat sebegitu.

“Diam..!” seraya itu Fahrin berhentikan langkah. Tertunduk dia sambil menghalakan cahaya lampu suluh kearah sebatang tiang. Seperti ada lintasan yang berjaya ditangkap anak matanya. Seolah ada bayang-bayang yang menyelinap lari ke sebalik tiang itu saat cahaya lampu suluhnya menerangi ruangan di tingkat dua bangunan itu. Kesemua di situ terdiam tidak terkutik. Memaku mata memerhatikan lembaran cahaya yang menerangi ke sebatang tiang pegun.

“Ada apa Fahrin..??” Johar halakan lensa kamera seperti yang diarahkan Fahrin sebelum itu. Jika ada sesuatu yang pelik kelihatan, terus sahaja merakam. Jangan dilepaskan sebarang detik-detik berharga yang tidak mungkin akan datang buat kali keduanya itu.

“Ada kelibat..” bisiknya lalu melangkah perlahan-lahan menuju ke tiang itu. Dengan sebatang kayu yang telah siap sedia digenggamnya, Fahrin hayunkan langkah satu persatu. Saat dijengahnya ke sebalik tiang, tiada sebarang susuk pun dapat diperhatikannya. Kosong. Fahrin mengeluhkan zahirkan rasa kecewa. Dia yakin ada sesuatu yang dilihatnya tadi. Matanya masih belum rabun. Sekadar menggeleng dengan langkah yang longlai menuju ke arah rakan-rakannya semula.

“Aku yakin aku nampak kelibat tadi tu..macam bayang perempuan berbaju kebaya yang menyelinap masuk sebalik tiang tu bila aku ternampakkan dia..” ulas rasa kecewa Fahrin dengan kegagalan itu. Hatinya semakin kuat mengatakan yang kawasan itu benar ada penunggunya. Lebih-lebih lagi selepas peristiwa kematian misteri dahulu itu.

“Perasaan kau je kot..” balas Johar perlahan. Dia memerhatikan sekeliling kalau-kalau bayangan yang didakwa Fahrin itu mungkin ada berada di sekitar. Namun jelas hanya gelap malam yang membukat membaluti kawasan itu. Hanya dinding yang bercontengkan entah apa perkataan yang dapat ditangkap bola matanya.

“Perempuan apa pulak yang pakai kebaya tengah-tengah malam dekat sini weh..??” jiwa Nani kian meresah. Entah dimana kebenarannya dakwaan Fahrin itu. Namun yang pasti jika ada benarnya kata-kata itu, sudah pasti ia adalah sesuatu yang agak menyeramkan untuk diselidiki di dalam kepekatan malam itu.

“Pelacur bangunan tinggal kot..!” ucap Johar sedikit kuat hingga bergema ruangan tingkat dua bangunan itu. Diselang seli dengan deraian tawa antara mereka bertiga. Nani tidak mampu lagi hendak membantah. Hanya mencemik kerana soalannya dijadikan bahan jenaka sahaja dari tadi.

“Korang cakaplah besar..kalau muncul benda tu depan mata…” terhenti kata-katanya sambil melihatkan wajah Fahrin yang tersengih.

…bersambung

Bab akan datang:

Betulkah seperti yang dikatakan Fahrin? Kelibat gadis berbaju kebaya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience