Koridor Chapter 4

Mystery & Detective Completed 10294

Bab 4

“Kalau muncul..kita interviewlah dia pasal kes bunuh tu..!” jawapan Fahrin kembali disambut hilai tawa oleh Johar dan Zaki. Masing-masing geli hati dengan gelagat Nani yang berang apabila dipermainkan sedemikian rupa. Butir-butir pasir di lantai bangunan ditujalnya dengan hujung kasut.

“Dah..jom pusing-pusing dekat aras ni lagi.. kalau takda apa-apa, kita naik atas pulak..” cadangan Fahrin diterima semuanya. Masing-masing kian berkobar dengan penemuan pertama Fahrin tadi. Walaupun tidak dapat dibuktikan apa-apa tentang kewujudan seperti yang didakwanya, namun ‘bunga-bunga’ itu telah dapat mereka rasakan.

Langkah terus diaju mengelilingi aras dua bangunan terbiar itu. Kebetulan malam itu adalah hari pertama di dalam kalendar Islam, maka cahaya dari bulan langsung tidak dapat mereka harapkan untuk menerangi. Hanya kerdipan lampu picit sahaja dijadikan pedoman untuk terus melangkah.

“Takda apalah dekat sini..naik satu floor lagilah..” Zaki mengelap peluh yang mula menghujani pipi. Tubuhnya yang gempal memudahkan lagi dirinya untuk berpeluh. Anak tangga mereka tujui. Nani sentiasa peka dengan kegelapan yang mengelilinginya ketika itu. Cuma sesekali dia menjeling melihatkan kea rah belakang. Mujur Zaki menjadi bodyguard untuk mengawasi dirinya dari belakang. Jika ada pun hantu yang ingin menerkam, pasti Zaki akan menjadi mangsanya yang pertama fikirnya. Nani tersengih.

“Alamak.. aras ni kena blocklah..” rungut Fahrin sambil menghalakan cahaya lampu suluhnya kea rah lambakan scalf folding dan papan pallet yang menghalang laluan ke aras tersebut. Mahu tak mahu, mereka terpaksa meneruskan pendakian anak tangga menuju ke aras empat bangunan itu. Langkah disusun berhati-hati. Risau jika ada anak tangga yang mungkin tidak rata dan jika dipijak akan mencederakan rakan-rakannya yang lain pula nanti. Pandangannya tertumpu pada anak tangga. Fahrin kekal folus mengemudi rakan-rakannya yang lain menyusuri naik ank tangga itu.

“Woi..!!” Zaki melompat merapati sisi kanan tangga. Tubuhnya melekap ke dinding. Segera Fahrin mengalihkan cahya lampu suluh ke arah Zaki yang terpinga-pinga sendirian. Pucat wajahnya.

“Kenapa kau ni..??” bebel Johar sambil merakamkan wajah Zaki yang jelas dalam ketakutan. Mengekek dia tergelak saat melihatkan wajah cemas Zaki yang terakam di lensa kameranya.

“Ada orang tarik kaki aku..” Zaki berbisik perlahan. Tebing kiri tangga yang tidak berpenghadang itu diperhatikan tidak berkelip. Nafasnya berlalu kencang.

“Bila aku toleh.. aku nampak macam ada orang yang menyorok dekat bawah tangga tu..” sambungnya semula dengan yakin.

“Pelacur baju kebaya tadilah tu..!” pekik Johar hingga bergema ruang tangga itu. Dia tergelak sendiri tanpa dipedulikan Fahrin dan Nani. Entah apa yang dilucukan ketika itu pun tidak pasti.

“Aku tak tipulah..!!” bentak Zaki lalu menolak kasar Johar yang mentertawakannya.

…bersambung

Bab akan datang:

Apakah makhluk yang menarik kaki Zaki itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience