Koridor Chapter 6

Mystery & Detective Completed 10294

Bab 6

Zaki perlahan bangkit lalu melangkah merapati ke arah tiang yang terhalang pandangannya daripada Fahrin da Nani.

“Kau gelarkan aku pelacur..??” elus jemari lembutnya ke pipi Zaki. Wajahnya tenang mengutuskan senyuman. Zaki sekadar menggeleng tanpa berkata sepatah.

“Kau nak ikut aku..??”

Zaki mengangguk mengiakan. Tangannya dipimpin lalu mendekati ruang tepi bangunan yang tidak berdinding itu. Tubuhnya dibawa menghadapkan ke arah luar bangunan. Angin malam lembut menerpa wajah. Helaian rambutnya terbuai dek sapaan angina yang berlalu. Deretan lampu jalan yang menyala malap dapat disaksikannya dari atas bangunan itu. Bahunya digenggam kemas oleh wanita berbaju kebaya itu lalu bisikan halus diucapkannya ke cuping telinga Zaki.

“Kau sanggup temani aku selamanya..??”

Anggukan perlahan Zaki disusuli dengan tujahan keras dari arah belakang. Tubuhnya melayang di udara. Tarikan graviti membawanya menjunam laju ke bawah. Namun sudah terlambat untuk dia tersedar. Di saat kelopak mata seakan melebar dicucuk terpaan angin yang menggila, barulah dia tersedar bahawa muka bumi kian dihampirinya. Tangannya terkapai di udara sebelum tubuhnya menghempas bumi.

“Ok Zaki..shoot sekarang..” ucap Fahrin yang masih tidak menyedari kehilangan Zaki. Cahaya lampu suluh dihalakan ke arah tripod kamera milik Zaki. Namun bayang-bayang Zaki langsung tidak kelihatan.

“Zaki..??” panggil Fahrin semula. Dia mencari dalam kesamaran. Kalau-kalau Zaki ada di sekitar.

“Fahrin..tu..” Nani menunjukkan ke suatu arah yang diperhatikan tadi tidak berkelip. Saat cahaya lampu suluh Fahrin beralih arah, menuju tepat ke arah satu susuk tubuh yang sedang duduk mencangkung membelakangi mereka. Terhenjut-henjut tubuh itu seolah meratib.

“Kau buat apa tu Zaki..??” namun diam tidak dibalas walau sepatah. Hanya kekal menunduk dan menekur lantai. Detak kaki menghampiri tubuh itu. Fahrin menyapa Zaki dengan menepuk ke arah bahu kirinya. Bagaikan tersentak pandangan dialihkan ke belakang.

“Allahuakbar..!” Fahrin terjelepok jatuh. Nani hampir menjerit namun suaranya seolah tersekat di kerongkong tidak mampu berkata apa. Matanya terpaku melihatkan Zaki yang sedang enak meratah daging mentah yang diumpilnya keluar dari batang tengkuk Johar. Dia tersenyum menampakkan barisan gigi yang berlumuran darah. Cebisan daging halus terselit di celahan giginya. Telapak tangan dipenuhi darah yang membukat.

“Apa kau buat ni Zaki..!” jerit Fahrin masih tidak mampu hendak menerima kenyataan itu. Bola matanya digosok berkali-kali. Lutut dirasakan begitu longgar untuk terus berdiri. Hanya mengengsot di atas lantai untuk menjauhi.

“Melilis daging dan temulang manusia untuk mengisi kehausan nafsuku..” ringkas jawapannya dengan sebaris senyum. Tirus hujung anak mata memerhatikan Fahrin.

“Itu bukan Zaki Fahrin..itu bukan dia..!! cepat kita lari..!!” berbekalkan kekuatan yang masih berbaki, Nani merentap keras lengan Fahrin yang masih terpaku tidak mampu berdiri.

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah Fahrin dan Nani sempat melarikan diri dari kawasan itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience