Koridor Chapter 7

Mystery & Detective Completed 10294

Bab 7

Jelmaan menyerupai Zaki itu sekadar melihat pemergian dua anak muda itu dengan jelingan tajam. Namun perhatiannya kembali dialihkan terhadap mangsa lapahan di hadapannya ketika itu. Tubuh itu disiat-siat kulitnya dengan rakus. Lelehan darah yang mengalir di celahan jemari dijilatnya penuh nafsu.

“Cepat Fahrin..!!” langkah mereka merentasi anak tangga yang kelam. Lampu suluh yang digenggam Fahrin tadi entah kemana perginya. Mungkin tercampak dalam situasi kelam kabut tadi. Tercungap-cungap Nani mengheret lengan Fahrin yang masih belum reda ketakutan yang melanda dirinya seperti bah itu. Bayang-bayang wajah Zaki berlumuran darah masih terbayang-bayang dalam mindanya.

“Korang kenapa ni..??” kemunculan Johar dari sisi gelap bangunan benar-benar memeranjatkan. Tiba-tiba sahaja dia terpacul dari sebalik sebuah tiang yang menopang tegak bangunan itu.

“Johar..! syukur kau selamat lagi..!” Nani tertunduk menopang tapak tangannya beralaskan peha. Helaan nafas deras membataskan tutur bicaranya untuk seketika. Fikiran masih tertinggal di tingkat empat bangunan itu. Namun perasaannya cukup lega kala melihatkan Johar terpacak di hadapan mereka kala itu. Nyata apa yang dilihat mereka di tingkat empat bangunan itu sekadar ilusi yang dimainkan syaitan untuk mnyesatkan mereka.

“Mana Zaki..?? aku terdengar macam korang menjerit..jadi aku masuk semula..” jawab Johar ringkas.

“Aku tak tahu..rasanya Zaki dah kena rasuk dekat atas sana tu..” Fahrin termenung melihatkan kea rah tangga dengan helaan nafas yang berombak. Terkejar-kejar menuruni anak tangga. Nafas tidak tentu hala diaturnya dek kerana ketakutan yang amat.

“Cepat Fahrin..kita selamatkan Zaki dulu..!” Johar bergegas merangkul lengan Fahrin.

“Kau tunggu dekat bawah Nani..kalau kitorang tak turun dalam masa 10 minit..kau keluar dari bangunan ni..” sambung Johar lalu mengerahkan segala kudrat menarik naik Fahrin yang masih terpinga-pinga dengan ajakannya.

Akur dengan arahan Johar, walaupun dia tahu dia bakal seorangan di tingkat satu bangunan itu, Nani tetap pasrah menantikan kemunculan semula sahabatnya itu. Kelibat Johar dan Fahrin menghilang di anak tangga. Dalam kegelisahan, Nani cekal menanti.

Angin malam kian kuat bertiup. Tubuhnya dirangkul berpeluk tubuh. Anak mata meliar melihatkan sekeliling. Kalau-kalau penunggu bangunan itu muncul pula memburunya di kala itu. Mujur di tingkat bawah, jika ada yang tidak kena pada pandangan matanya, langkah seribu akan diatur. Dia tidak mahu menjadi seperti apa yang dilihatnya sebelum itu. Dutbuh dilapah, kulit disiat-siat dan daging dililis-lilis umpama binatang. Dia pasti itu kerja syaitan. Bukannya manusia.

Dari seminit berubah ke dua minit.

Dua minit ke lima minit.

Lima minit ke sepuluh minit.

Langsung tiada kelibat sesiapa yang menjengah di ruang muka tangga. Satu suara pun tidak dapat didengarinya dari ruang atas bangunan itu.

…bersambung

Bab akan datang:

Dapatkah Johar dan Fahrin menyelamatkan Zaki dan melarikan diri?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience