Dukun Unjam Chapter 3

Mystery & Detective Completed 10294

Bab 3

Apek tua berseluar pendek berbaju singlet itu berlalu pergi setelah urusannya dengan Pak Kassim selesai.

Pak Kassim sekadar mampu melihatkan isi tong yang dibawa naik Jailani. Ikan-ikan yang dibawanya naik jua bukan sebarangan ikan. Semuanya bersaiz mega dan boleh dikatakan ikan gred A. Sudah pasti hasilnya lumayan. Enggan mengeluh lebih lama di situ, dia membawa diri ke arah Pak Rahim yang menanti sahaja di dalam bot bersama dua orang awak-awak yang lain. Masing-masing menunggu upah setelah penat bermandi peluh di laut biru.

“Banyak dapat Kassim..??” soal Pak Rahim setelah langkah kuyu Pak Kassim tiba di atas bot.

“Bolehlah..” wang yang diberikan Ah Siong ditunjukkan ke arah Pak Rahim. Senyumannya tawar. Dalam kepala ligat memikirkan bagaimana caranya untuk meneruskan hari esoknya.

“Nah..ambil upah kamu..” tiga keping wang not RM50 bertukar tangan. Semua pembantunya dibayar seperti mana perjanjian yang telah dinyatakannya. Tinggallah beberapa keping wang syiling di telapak tangannya untuk dibawanya pulang ke rumah oleh Pak Kassim.

“Upah aku kau bayar separuh je la Kassim..kerja aku pun tak seberapa hari ni..” wang yang dihulurkan Pak Kassim ditolak Pak Rahim. Dia tahu rakannya itu tidak punya apa bekal untuk dibawa pulang ke rumah. Sebagai sahabat, dia tidak sampai hati melihatkan rakkannya itu pulang hanya dengan tangan kosong.

“Tak apa Rahim..itu bahagian kau..ambillah..aku masih ada simpanan aku sendiri..kau jangan risau pasal aku..” senyumannya tawar. Wang yang dihulur tetap bertukar tangan walaupun Pak Rahim berkeras. Desakan Pak Kassim tak dapat ditolaknya.

Setibanya di rumah, Pak Kassim melepaskan lelah di tangga rumah. Dia termenung jauh mengenangkan nasib. Cuba merungkai satu persatu dimana kesilapannya ketika melaut. Jika ada kesilapannya hingga menyebabkan tangkapannya berkurangan, perlulah segera dia memperbaiki kesilapannya itu. Mungkin ada pantang di laut yang diendahkannya selama ini.

“Jauh termenung Sim..!” Pak Dollah, jiran rumah sebelahnya menjerit pabila melihatkan Pak Kassim duduk seorangan di bucu tangga rumah. Mungkin menikmati angin petang fikirnya.

“Macam ni lah wak.. merenung nasib..” keluhan Pak Kassim mengundang Pak Dollah untuk menghampirinya.

“Sedih je bunyinya..??”

“Hasil laut tak seberapa Dollah..bila difikirkan macam-macam nak dibayar, jadi kusut kepala ni..”

“Hmm..betullah tu..semuanya perlukan duit sekarang ni..”

Kata-kata Pak Dollah itu sekadar berlalu di cuping telinganya. Matanya dipejam rapat sambil kepala direbahkan ke arah anak tangga rumahnya itu.

“Jailani tu aku tengok bukan main banyak lagi hasilnya kan..?? bertong-tong ikan dibawanya naik setiap kali dia ke lautan..”

“Hmm..” garau suara Pak Kassim. Endah tak endah sahaja dia dengan kata-kata Pak Dollah. Matanya terus dipejam rapat sambil menikmati bayu yang bertiup lembut.

…bersambung

Bab akan datang:

Apakah tindakan Pak Kassim selepas ini? Apa kelebihan Jailani hingga mendapat rezeki yang banyak?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience