Dukun Unjam Chapter 5

Mystery & Detective Completed 10294

Bab 5

Semuanya hendak bertuankan dukun jika dilanda masalah. Bukannya hendak meminta pertolongan dari Allah yang sudah tentunya akan membantu umatnya yang dalam kesusahan.

“Ehh bang..masam je muka balik dari laut ni..??” isteri Pak Kassim, Rahmah menegur saat dia melintasi dapur untuk ke bilik mandi. Sempat dia berhenti sebentar di meja makan untuk melihat lauk yang disediakan isteri untuk makan tengahari mereka siang itu.

“Selar masak pindang dengan kangkung goreng je hari ni Mah..??” soal Pak Kassim lalu menutup semula tudung saji. Wajah isteri yang sedang leka membasuh periuk di singki diperhatikannya.

“Kita berdua je bang.. cukuplah tu kan..??”

Untung Pak Kassim kerana berpunyakan isteri yang sentiasa memahami. Tidak pernah mengomel, tidak pernah merungut dengan kekurangan dirinya. Apa yang ada, itu sahaja digunakannya. Tidak pernah dia meminta lebih. Namun jauh di lubuk hati pak Kassim merasakan bersalah yang amat sangat. Dia gagal menyediakan kemewahan seperti mana orang lain. Buat masa ini dia masih belum mampu.

“Abang lepas mandi ni pergi ke pekan sekejap boleh..??

“Ada apa tu Mah..??”

Rahmah berkalih mengadap Pak Kassim yang tercegat di muka pintu bilik air.

“Masukkan duit belanja untuk anak kita tu..tadi dia ada telefon Mah..katanya nak guna duit lebih..lagipun hujung minggu ni katanya nak pergi lawatan anjuran kolej dia belajar tu..”

“Hmm..yelah..” sugul wajah Pak Kassim lalu terus melangkah ke dalam bilik mandi. Kali ini benar dia serabut memikirkan hal kewangan keluarganya itu. Anak yang belajar perlukan duit, bot di laut perlu dibaiki kerosakannya, gaji pekerja lagi, minyak bot lagi.

“Ahhh..” Pak Kassim mengeluh berat memikirkan segala hal yang bersarang dalam kepalanya.

Selesai sahaja mandi dia terus menuju ke meja makan. Selera makannya terbantut dek memikirkan pelbagai hal yang bermain dalam kotak fikirannnya. Rahmah turut merasakan janggal dengan tindak tanduk suaminya yang kelihatan sugul tidak bermaya itu.

“Kenapa bang..?? Tak sedap ke lauk saya masak tu..??”

“Bukan..abang je takda selera makan..”

“Abang tak sihat..??”

Pak Kassim sekadar menggeleng. Tangan dibasuhnya lalu langkah terus dibawanya keluar rumah. Motor Honda EX5 miliknya terus dihidupkan.

“Abang ke pekan Mah..” usai berkata demikian, motornya terus dipau menuju ke pekan untuk memasukkan wang seperti yang dipinta anaknya. Setibanya di bank, setelah semua urusan diselesaikannya, Pak Kassim memandang lama ke arah resit bank akaunnya. Lama diperhatikannya baki wang yang masih tersimpan dalam akaunnya itu.

“Cukup ke lagi duit ni aku nak gunakan..?? Kalau hasil ikan terus macam ni sampai minggu depan..teruk aku langsung dah tak berduit ni..” keluh Pak Kassim kembali merapati motornya.

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah Pak Kassim tidak akan terpengaruh untuk menggunakan dukun?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience