Lesung Chapter 6

Mystery & Detective Completed 10318

Bab 6

“Nenek Su kata dia tinggal dengan anak dia..tapi tak ada pulak aku nampak kelibat orang lain dalam rumah ni..” dia berbisik seorangan. Dinding papan rumah usang itu menjadi tatapan Farisha. Ada rekahan pada dinding yang mungkin mengundang mata untuk mengintai lagi. Peristiwa diintai ketika di bilik air tadi, tetap tidak dapat dilupakannya.

“Grukk..Grukk..grukk..” satu bunyi memecahkan keheningan rumah itu. Farisha menoleh ke belakang. Anak tangga dapur diperhatikannya. Cahaya berbalam-balam dari tingkat atas rumah itu menambahkan seram suasana. Lenggokan api lilin yang menyala di atas rumah seakan ditiup angin. Namun yang menjadi persoalan bunyi apakah yang seakan bergolek di atas rumah itu.

Kerusi disorongkan semula merapati meja makan. Farisha melangkah perlahan menuju ke tepi anak tangga. Cahaya dari telefon bimbitnya dijadikan penerang jalannya. Matanya meliar memerhatikan dalam kesamaran. Mencari-cari gerangan apakah yang berbunyi. Kaki dibawa melangkah menyusuri anak tangga menuju ke atas rumah.

“Nenek..??” mungkin Nenek Su masih belum tidur fikirnya. Mungkin bunyi itu datangnya dari bilik nenek Su. Dadanya berolak kencang saat diperhatinya sebiji batu lesung bergolek merapati kakinya. Lagaan batu lesung dengan lantai papan rumah itu menghasilkan satu bunyian yang menyeramkan. Lebih-lebih lagi ketika dalam gelap.

“Macam mana pulak batu lesung ni boleh terlepas sampai ke atas rumah pulak..??” Farisha tergadah sendiri. Anak batu lesung dicapainya lantas diusap. Terdetik dalam hatinya mungkin tadi nenek Su ada membawanya ke atas rumah lalu terlupa untuk membawanya turun semula ke dapur. Sebuah almari kecil yang menempatkan berbagai jenis lesung di dapur rumah itu dirapati Farisha. Saiznya pelbagai namun jenisnya semua hampir serupa sahaja. Setiap ibu lesung kan diterbalikkan dan dihimpit di atas anak lesung. Masing-masing ada pasangan tersendiri.

“Jangan usik lesung nenek..!!” herdikan nenek Su dari atas rumah benar-benar mengejutkan Farisha. Palingan wajahnya serta merta menangkap raut wajah nenek Su yang berbalam-balam ditelan kelam. Tubuh nenek tua itu terketar-ketar sambil tangannya memegang hujung pintu di puncak anak tangga.

“Farisha jumpa anak lesung dekat atas rumah tadi..itu yang Farisha masukkan dalam almari ni semula nek..” dia tidak pasti kenapa hingga sebegitu sekali dia dimarahi. Hanya kerana sebiji anak lesung yang bergolek di atas rumah, dia ditengking seolah melakukan kesalahan yang benar-benar besar.

“Sudah.. pergi naik..! Jangan diusik lagi barang-barang nenek..!” arahan itu berupa amaran. Tidak boleh tidak ianya perlu dituruti Farisha. Dengan anggukan lemah, langkah kakinya dibawa pergi menuju ke dalam bilik. Saat berselisih dengan nenek tua itu, wajahnya bengis dengan mulut yang terkumat kamit memerhatikan dirinya. Mungkin sahaja memeperkatakan tentang dirinya fikir Farisha.

…bersambung

Bab akan datang:

Mengapa marah sangat nenek bila Farisha mengusik lesung batunya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience