Puja Chapter 3

Mystery & Detective Completed 10294

Bab 3

Mujur ibu ada di rumah. Fikirnya dia hanya keseorangan di rumah ketika itu.

“Kenapa kamu ni..?? muka macam kena kejar dengan hantu je..”

Faris sekadar menggeleng.Air liur diteguknya rasa kesat melalui anak tekak.Jangan disebut perkataan hantu padanya.Kerana memang benar dia sedang diburu hantu dek kerana kealpaannya.

“Dah selesai kawan kamu tu dikebumikan..??”

Faris mengangguk.Kosa katanya seperti hilang.Kelu untuk berbicara saat melihat ibunya mencapai sebilah pisau dari arah singki dapur.

“Ibu..!! Letak pisau tu..!!” jerit Faris lantang. Wajah ibunya ditenung tidak berkelip.Mungkin itu hanyalah jelmaan roh yang menyerupai ibunya. Bertujuan untuk memperalatkannya lalu membunuhnya dengan cara yang mengerikan. Tidak menunggu lama, langkahnya terus dibawanya berlari ke tingkat atas rumah.Masuk kebilik lalu dikuncinya dari dalam.Faris duduk memeluk pehanya sendiri di atas katil dengan esak tangis.Dia menyesal.Kerana perkara itu tidak lagi mampu diputarnya kembali. Mungkin nyawanya akan ditarik pergi selepas ini. Siapa tahu?Walau apa yang terjadi, dia perlu pertahankan dirinya sendiri. Dan dia tidak boleh leka walaupun seketika.

“Faris..kenapa ni..??” ketukan bertalu-talu kepintu bilik yang dikunci rapat dari dalam langsung tidak diendahkan Faris. Hanya termanggu di katil membisikkan ayat-ayat suci Al-Quran yang dihafalnya.Sebilah gunting digenggamnya erat. Jika ada sesuatu yang muncul di hadapannya kala itu, pasti akan dirodoknya. Segala isi perut akan dirobeknya keluar!

“Ibu nak bunuh Faris kan..?? pergii..!! pergi..!!” jeritnya membingitkan suasana rumah. Trauma mula menguasai diri.Segala yang berada di dalam bilik itu seakan mengejeknya.Semua diperhatikannya seakan bakal membawa petaka pada dirinya.Merasakan seakan ada bayang-bayang hitam yang mengelilingi dirinya saat itu.

Gunting yang digenggam diangkat tinggi.Dalam esak tangis, runcing bilah gunting itu diperhatikannya.Fikirannya mula bergolak.Bayangan syaitan yang menggangu tidak lagi menampakkan diri namun auranya sudah mula dirasakan.Faris kemam bibir meratap penuh penyesalan.Mungkin ini adalah cara dirinya ditamatkan riwayat.Bilah gunting diangkat tinggi di atas ubun-ubun kepalanya. Kedua belah tangan telah menggenggam erat sebilah gunting yang akan ditusuknya ke puncak ubun-ubunnya agar menembusi tengkorak lalu merobekkan otak. Dia nekad!

“Faris..!! aku ni Azlan..!! bukak pintu bilik kau ni..!!” kedatangan Azlan ke rumahnya semula untuk memulangkan telefon bimbit Faris yang tertinggal dalam raga motornya. Setibanya dia ke depan pintu rumah, ibu Faris teresak-esak menangis meminta pertolongan darinya. Faris seperti kerasukan terjerit-jerit di dalam rumah.Diajak berbincang dia enggan.Diarahkan untuk membuka pintu bilik pun dia enggan.Hanya membatu diri keseorangan di dalam bilik.

“Kau tipu..!!” bentak Faris. Itu hanya helah syaitan ingin menyesatkannya.

“Bukak pintu bilik ni dulu..!! jangan buat sebarangan..!!” pujuk Azlan namun tetap tidak diendahkan Faris. Dia masih membatukan diri di atas katil dengan sebilah gunting yang akan digunakannya.

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah Faris akan bertindak diluar jangkaan dengan meragut nyawanya sendiri atau ada yang terkorban?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience