Rasuk Gadis Melayu Chapter 1

Mystery & Detective Completed 10294

Bab 1

"Cikgu..ada budak kena rasuk lagi cikgu..!!"

Masuk hari ini sudah hampir sepuluh kali kejadian sama berulang. Hampir setiap hari pelajar perempuan di asrama puteri sekolah tempat aku mengajar ini dilanda histeria. Apa puncanya, aku tak tahu.

Asrama ini memang aku tak nafikan kekerasannya. Memang sejak dari dahulu ada sahaja pelajar yang menjadi mangsa kerasukan. Saban tahun tidak pernah kes itu berjaya diselesaikan. Berpuluh ustaz, bomoh, pawang, dukun telah dibawa untuk 'menawarkan' kawasan asrama ini, namun tetap tak berjaya. Semakin lama semakin teruk adalah.

"Kali ni dekat mana pulak Siti..??"

"Dekat blok B cikgu..!" jawabnya dengan tubuh yang menggeletar.

Selaku warden yang sememangnya ditugaskan untuk menjaga segala perihal anak-anak murid di sekolah ini, adalah menjadi tugasku untuk sentiasa peka dengan permasaalahan mereka. Apa sahaja yang berlaku di asrama perlu aku selesaikan secepat mungkin. Walaupun pada jam 4.00 pagi!

"Kejap lagi cikgu datang..kamu pergi balik asrama dulu.."

Aku sekadar melihat langkah tiga orang anak muridku yang dilanda ketakutan itu pergi. Jarak asrama dan rumah kediamanku tidaklah jauh mana. Namun jika diredah dalam keadaan gelap gelita malam tanpa bulan menyimbahkan cahaya, adakalanya mampu menghadirkan rasa gerun dalam jiwa. Jika todak kena gayanya, tiang lampu boleh didangkakan sebagai susuk tubuh manusia yang tercegat berdiri.

"Warggghhhhh...!!" lolongan dan teriakan mula bersahutan dari arah asrama. Aku kian gelisah. Segera nombor Cikgu Shukri, warden lelaki di sekolah tempatku mengajar itu kudail. Saat aku kerlingkan mata melihatkan jam, jarum jam tepat menunjukkan jam 4.30 pagi. Malam kian tua.

"Cikgu..ni ada pelajar kene rasuk lagi ni..."

"Lagi sekali..?? dekat mana pulak kali ni..??" Garau suara Cikgu Shukri. Mungkin sedang lena dibuai mimpi.

"Blok B..tempat yang sama.."

"Ok..kejap lagi saya datang.."

Klik!

Tanpa membuang masa, aku sekadar menyarung apa sahaja yang sempat kucapai. Selipar di luar rumah ku sarung terus sahaja aku melangkah pergi. Kerdipan lampu suluh malap mengiringi perjalananku ke asrama. Dingin embun jantan yang telah menyimbah bumi terasakan hingga ke tulang belulang. Namun, aku tetap gagahi jua meredah malam.

"Pssstt.."

Aku terhenti saat bisikan itu berlalu di cuping telinga. Pancaran lampu suluh ku halakan rawak ke semua arah. Dari mana arahnya bisikan itu berbunyi tidak dapat ku pastikan. Perdu buluh yang tidak jauh dari tempat aku berdiri seolah melambai ke arahku. Beberapa batang pohon pisang yang penuh dek daun turut seolah berkibar melambai ke arahku. Seolah mengajak aku pergi ke arah itu. Ketika itu memang anak mata tidak aku kalihkan melihat ke arah lain. Hanya ke pokok pisang itu.

…bersambung

Bab akan datang:

Siapa yang tiba-tiba sahaja berbisik pada Cikgu Shukri itu? Apakah yang berselindung di sebalik pokok pisang itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience