Penunggu Pohon Rambai Chapter 3

Mystery & Detective Completed 10294

Bab 3

Rahman cuba menjeling-jeling melihatkan ke batang pokok rambai itu. Hendak dipalingnya pandangan ke atas rimbunan pohon, takut pula menyelubungi diri. Andai terlihat penunggu pohon itu bergayut sambil mengilai-ngilai.

Rahman teruskan langkah. Lega hatinya tika mana pohon itu berjaya dilepasinya tanpa sebarang dugaan. Tiada hilaian. Tiada gangguan dari si penunggu pohon rambai itu.

"Hek helleh..hantu hu hane hehani hengan haku.." bongkak pula Rahman setelah dilepasinya pohon rambai yang dikatakan berpenunggu itu. Bersiul dia terus menolak basikal tuanya.

"Hape hulak hahikal hi herat hehacam hee.." Rahman terhenti. Entah kenapa basikal yang dari tadi ditolaknya dirasakan berat. Padahal sebelum dia melalui pohon rambai tadi, senang sahaja ditolaknya.

Rahman membongkok melihatkan tayar depan basikalnya. Kalau-kalau bocor pula tayar itu. Mungkin kerana itu dirasakan berat benar basikal itu ditolaknya.

"Hakde hulak hocor.." Rahman garu kepala. Dia beralih ke tayar belakangnya pula. Pun dilihatnya tiada bocor atau apa-apa sahaja yang menghalang pergerakan tayar basikalnya. Sekali lagi digarunya kepalanya yang tidak gatal.

"Hain hape hulak hi..??" juntaian kain berwarna putih terselit di celahan tempat duduk belakangnya. Seingat Rahman, tiada pula dibelinya kain pasang semasa ke kedai tadi.

"Hakpe hah..helok hugak..holeh haku hap heluh.." kain putih dicapainya. Lantas, peluh yang membasahi leher dan mukanya, dilap kering menggunakan kain putih yang terjuntai itu.

"Haikkk..hape hau hemeyan hulak hain hi..hangan hacam-hacammmmm..." Rahman terketar. Teringatkan semula cerita si Mail tentang si penunggu pohon rambai.

Rahman mengangkat mukanya perlahan demi perlahan. Dia tika itu sedang mencangkung mengadap tayar basikalnya.

Perlahan..

Kepalanya diangkat meluruti juntaian kain itu..

Dari tayar beralih ke kerusi belakang basikalnya..

Kain itu masih terjuntai...

Diangkatnya lagi muka terus meluruti kain itu...

Hinggalah...

Terpaparnya satu lembaga yang diselubungi kain putih panjang berjuntai..

Rambut panjang mengurai menutupi muka..pangjang hingga melepasi paras lututnya..

Dan tika angin bertiup lembut..rambut itu perlahan terbuai dek angin..

Lalu menampakkan sebelah wajah lembaga itu..

Berulat, mata tersembul hampir terkeluar dari kelopak mata, dan lembaga itu..

Mengukirkan senyuman pada si Rahman..

Rahman mengengsot ke belakang. Mulut telah terkunci rapi. Hanya terdengar lututnya sahaja yang berlaga sesama sendiri. Hendak dijerit, lidah sudah terkelu. Hendak berlari, lutut semakin longgar dirasakan.

Rahman yakin, apa yang dilihatnya adalah penunggu pohon rambai. Langsuir!

Rahman yakin itu adalah langsuir.

"Hiiiiiiiii..hii hii hii....!!"

Langsuir pohon rambai itu mendakapkan tangannya. Perlahan semakin mendekati Rahman. Makin didekatinya Rahman, makin kuat hilaiannya.

"Hiiiii..hii hii hii.....!!"

Jari yang menampakkan kedut dan kuku yang panjang perlahan mendakap leher Rahman. Muka yang hodoh dan berulat makin menghampiri muka Rahman.

Saat hidung Rahman menyentuh helaian rambut si penunggu pohon rambai, terus sahaja dirasakan gelap pandangannya.

...bersambung

Bab akan datang:

Apakah yang berlaku selepas itu? Adakah langsuir itu akan merasuk Rahman?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience